Salam sejahtera Salam Satu Malaysia, Salam Perpaduan, Salam Muslimin Muslimat, Salam Gemilang, Salam Izan Muslimin, Salam D. Hazal. Ampun bejuta-juta ampun sebab sudah berkurun rasanya tak contribute kepada blog DOT ini. Sedikit busy dan buat2 busy juga. Ampun...ampun....
Ok tujuan kali ni cuma satu. Nak mencadangkan kepada korang semua satu buku yang mana mungkin sikit sebanyak dapat membantu latihan teater pada masa depan. Presumably, the closest one are ICAF and PTU in next sem rite? So, buku yang aku nak cadangkan ni, tajuk dia
*Fuckkkk bising syial orang repair jalan ni!!!*
Ok tajuk buku tu- The Definitive Book of Body Language.
To all those yang penah lepak ngan Say-0 pada masa awal2 sem ni, maka korang akan perasan aku ada selalu sembang pasal buku ni. Kenapa selalu? Sebab buku ni best dalam membantu kita baca minda dan tingkahlaku orang sekitaran kita. Senang kata, it helps you to be a great observer.
Contoh, bila lepak mapley. Dari ramai2 dalam 7-10 orang korang boleh detect masing2 punya feeling/mood hanya dengan tengok dia punya tangan-kepala-jari-mulut-badan. Cara dia pegang mulut-hidung-telinga, mata tengok mana, leher lentok macam mana, tangan support kepala macam mana. Macam2.
Itu baru aktiviti duduk saja.
Kalau bila berdiri, lagi banyak boleh tahu. Tahap minat seseorang tu pada orang lain. His willingness to discuss something, his hidden objective. Yeah baby korang boleh jadi great stalker kalau baca buku ni.
Oh so apa kena mengena dengan teater?
Mesti ada.
Kalau berlakon, ada scene bebai. Gadis yang bebal. Body language orang yang bebal macam mana?
Kalau berlakon scene jiwang kat restaurant. Handsome sedang mengayat cantik. Cantik terpikat. Body language dia macam mana? Tangan dia, kepala dia, mata dia? Kalau free hair?
Kalau scene detektif/ bermuka- muka. 2 lelaki sedang play the game macam Sherlock Holmes dalam movie terbaru dia. Body language? Tangan camana? Bila salam? Gaya berdiri?
Itu seberapa yang aku rasakan ianya banyak dibantu kalau ada sedikit knowledge dari buku ini. Jadi,
Saya sarankan pada SEMUA DOT MEMBERS untuk membaca buku ini. Kalau nak beli, ada saja kat MPH Alamanda. Murah sangat, RM65. Ok mahal. Kalau nak, boleh pinjam dari aku. Tapi agak tebal, dan mungkin take time sikit untuk seseorang tu habiskan. Terlupa, Salam D. Hazal nak pinjam dulu. Lepas ni aku g KDO aku akan pass pada dia dulu. Selepas dia setelkan, pass pada sesiapa yang berkenan.
Priority- bakal2 directors. At least bakal2 directors diharuskan dahulu baca buku ni berbanding ahli2 biasa. Cadangan sahaja.
Ok itu saja kali ni. Kalau ada apa2 problem, kasi sms sama saya. Nasihat juga, kalau boleh prepare awal2 ICAF dan PTU tu.
Good luck boys, good luck girls.
p/s: Info tambahan. Buku ni ada 380 pages camtu. Kertas yang sedap dipegang. Ada ilustrasi menarik simple senang paham. Level english dia senang sangat. Tak perlu kamus atau online kamus pun untuk baca. Aku habiskan..take time gak. Sebab aku nak paham, dan mungkin sebab aku memang slow habiskan buku.