Sunday, February 22, 2009

Laila Majnun: Cinta Sejati, Adakah Realiti...



Di celah-celah keheningan pagi ini, aku membuka tinta siber dan berkarya semula...

Setelah sebulan mendiamkan diri, DOT muncul lagi dengan karya terbaru, Laila Majnun The Musical...


Cinta sejati takkan mati.... Itulah kata-kata Gusti Putri yang terngiang-ngiang dalam minda penulis semasa mendengar tajuk teater muzikal yang bakal dipersembahkan... Merujuk karya seperti Romeo & Juliet, naskhah ini juga tidak terkecuali dari tragedi tragis dan babak yang menusuk kalbu...
Percintaan terhalang disebabkan perbezaan darjat adalah satu isu persoalan yang tidak asing lagi dalam arena drama dan teater di Malaysia...

Namun, setiap naskhah pasti mampu memberi secebis ingatan dalam hati penonton.. Yang paling diingati oleh penulis ialah Laila Majnun lakonan Noordin Ahmad dan Antara Dua Darjat dari P Ramlee sendiri...


Namun, dalam dunia moden ini cinta sejati, sehidup semati, adakah ia masih menjadi satu realiti... Dalam peredaran arus globalisasi, masih wujudkah pasangan merpati dua sejoli yang sanggup menempuhi segala onak demi mendapatkan kebahagiaan yang dibekalkan cinta??

Di dalam dunia yang serba baru ini, masih wujudkah Laila yang menyintai Qais sepenuh jiwa??



DOT Production House dengan penuh rendah hati menyingkap kisah cinta yang menjadai sebutan zaman berzaman...


Laila Majnun The Musical...

Wednesday, January 28, 2009

Tangan Emas DOT v2.0


//post ini adalah berbentuk rekreasi//

Bagi sesiapa yang belum membaca Tangan Emas DOT v1.0, maka sila tekan
ini... Namun, bagi sesiapa yang belum tahu membaca, sila mohon surat berhenti dari Unit Akademik UKM...

Satu assessment telah diadakan pada tarikh 18hb Januari di Metropoint Kajang bagi menentukan level bowling untuk adik-adik tahun pertama... Abang Safwan turut serta dan ternyata beliau bermain dengan kurang bersungguh-sungguh kerana beliau kalah pada kedua-dua game...


Semuanya bermula apabila seorang jejaka kacak telah menyuarakan pendapat untuk semua keluar bermain bowling pada keesokan hari... Abang Safwan yang pada mulanya ingin balik ke rumah dan agak ragu-ragu untuk ikut telah bersetuju apabila telah disogok dengan dua kek hari jadi...


Dan pagi itu semua keluar tepat pada masa yang dijanjikan kecuali beberapa pelajar yang hanya mempunyai jam matahari di dalam bilik mereka ( so, selagi matahari tak terpacak, jam tak akan berfungsi laa)... Yang paling lambat adalah Aida Najwa (Owh, Aida Najwa mesti tengah mengetap bibir 'kegeramang' apabila membaca post ini)... Dan terima kasih buat Zai dan Ayu yang telah memaksa daku menyalin semula baju biru yang telah kupakai...


Setelah semuanya selesai, kami pun bergegas untuk keluar menunggu bas mini di luar.. Namun kami sempat juga singgah di beberapa pit stop atau checkpoint untuk sesi photoshoot... Dan seramai 15 orang menaiki bas mini pada hari itu.. Di atas bas mini kami sempat berkaraoke... Budak-budak KEJUT yang duduk di depan berani betul buat-buat tak kenal kami yang berkaraoke di belakang...



Gambar untuk yang kalah@loser...

Perhatikan Opah yang memakai bintang itu...

Yana : Kalau aku baling camni, okey tak??
Zai : Ko kena hayun punggung ko sekali baru boleh...
Ayu : Owhhhhhhhhh


Sesampai saja di Metropoint, maka assessment pun bermula...


Di dalam assessment tersebut, didapati beberapa bintang baru yang akan menyinar dalam arena bowling DOT... Di antara yang jelas kelihatan adalah Zul@Jamil... Beliau bermain dalam form yang agak membanggakan sehingga berjaya mencecah angka 109 pada game beliau...

3 juara hanya mampu melihat karenah pemain amatur di depan..

Pelajar lain bermain dengan agak sederhana, Roy seolah-olah ingin memecah tradisi apabila membaling dengan penuh semangat pada awal permainan bersama Say O... Namun selepas itu, permainan mereka kian pudar apabila mereka lebih gemar bertanding bola siapa paling laju daripada markah siapa yang lebih tinggi... Agaknya mereka sukar untuk membezakan di antara permainan bowling dan perlumbaan Formula One...

Jurugambar: Kalau korang senyum ni, mesti nampak macam korang yang menang...

Alyaa, Roy, Fantagino : Ehhhh!! Kitorang memang menang laaa.... Tapi kitorang senyum gak laaa...

Owh, kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi merapatkan hubungan dan meningkatkan persaingan...


Kumpulan 1
Motto : Bowling dont discriminate the elders...

Kumpulan 2
Motto : Keayuan di Dalam Pertandingan


Kumpulan 3
Motto : Eh, dah 100 markah ke??
(tidak termasuk 2 dari kanan)


Kumpulan 4
Motto : Anda Pandang Kami, Kami Baling Anda!!

Tidak lupa juga ingin saya tujukan ucapan terima kasih kepada Alyaa Angola yang telah berjaya menyelamatkan sebiji bola bowling yang nyaris mati lemas di dalam lane bowling... Terima kasih jua pada Zai kerana beliau sempat membaling bola ke arah penonton di belakang beliau... Ia membuatkan mereka yang menonton merasakan seolah-olah "kami turut dihargai seperti pin-pin yang dijatuhkan"... Terima kasih juga buat Opah Zimbabwe yang tidak jatuh strok di tempat kejadian...



Reaksi Zai setelah bola yang dibaling beliau terkena kepala seorang pemuda yang sedang sedap menghirup cendol di belakang....

Trauma akibat tidak dapat menerima kekalahan...

Permainan sebanyak 2 game itu memberi suatu angin baru pada diriku... Agaknya pesaing baru untukku telah dilahirkan di dalam DOT... Seperti mana Mat yang baru main 2-3 kali tiba-tiba je reti buat strike dan mengalahkan semua orang... Owh, Fatin.... Errr.... Okey, dan deru angin ini membuatkan aku berasa kuat semula...

Terima kasih kerana menerima permainan bowling ini sebagai sebahagian daripada dunia DOT... Kerana dari sinilah anda mengenali siapa keluarga anda, rakan gelak ketawa anda...

So, everybody...







Lets Bowl!!

Friday, January 23, 2009

Semoga selamat..



Cuti sudah bermula.
Ramai yang sudah siap mengemas beg.
Rata-rata sudah pun melangkah keluar
keluar dari tempat ini.
Bersiap untuk pulang ke kampung halaman.
Bertemu mereka yang tersayang.
Yang tak menyambut Tahun Baru Cina pun sama excited.


Selamat Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyabut.
Selamat bercuti kepada warga UKM dan KDO.


Kepada yang masih disini,
semoga tabahkan diri hendaknya.


Pulang nanti, bermulalah jejak warga DOT di bilik sejuk & lantai berhabuk itu.


Terima kasih diatas penyatuan semula itu.
Berita gembira yang sangat dihargai.
*senyum*

Wednesday, January 21, 2009

Demi 'Kasih' Itu...


Tajuk : Demi Kasih Itu
Genre : Drama
Durasi : 20 minit
Pengarah : Iskandar Zulkarnain
Koreografer : Mohd Safwan Ishak
Pelakon :
Mohd Hazal Abd Salam
Nurul Idayu Kambali
Ezzati Sulhi Abdul Razak
Zaiha Jumai

Sinopsis:
Kisah ini menyingkap kehidupan dua beradik yang terperangkap di dalam kancah peperangan.. Kehilangan ibu bapa, hanya kasih sayang yang menjadi pendorong kehidupan mereka.. Kisah ini merungkai kekejaman manusia dan menilai semula sejauh manakah nilai kehidupan seorang insan...

Saturday, December 27, 2008

Welcome Back DOT!!

Wah.... Semuanya datang dan pergi... Ibarat hembusan bayu di tepian pantai, ibarat sinaran bulan di malam hari... Seperti cuti semester ini, ia berakhir jua...

Selamat pulang warga DOT!! Selamat datang kepada semester yang akan menjanjikan perubahan dan permulaan yang baru.... Tatkala post ini ditulis keadaan bilikku masih lagi dalam keadaan pra-sem walaupun dah lama aku balik ke UKM nie...

Baiklah, tak seronok bicara tentang bilik aku... Hanya Say O sahaja tau keistimewaan bilik ini... PES 2008, owh maaf, PC aku dah format....

Sem ini menjanjikan banyak perkara baru dalam hidup setiap warga DOT... Sem ini akan menyaksikan release video DOT yang pertama... Sem ini juga akan menjanjikan pelbagai pertandingan teater untuk tontonan dan penyertaan... Semua ini adalah dari cadangan aku... Sebarang bantahan sila datang kepada aku dengan membawa wang sagu hati RM50 ya....

1- Teater Muzikal Kajai...
Walaupun surat masih belum diterima tapi rasanya sudah hampir 90% konfirm bahawa akan ada pertandingan ini.... Oleh disebabkan permintaan adalah teater muzikal, maka Abg Safwan sudah bersetuju untuk membawa kembali naskhah konvo tetapi dengan sedikit perubahan... Maka bagi sesiapa yang terlibat, bersiap sedialah... Owh, mungkin bukan lagi berkonsepkan hantu...
Pengarah Projek : Aida Najwa dibantu oleh...????

2-Persembahan HAKERA...
Cadangan asal adalah membuat satu persembahan yang menyerupai pertandingan di bawah... tetapi bila difikirkan kembali mungkin akan ada sedikit kelainan untuk menimbulkan unsur kekaguman....
Pengarah Projek: Nana dibantu oleh Fatin...

3-Pertandingan Drama BI
Seperti persembahan di atas, tapi mungkin akan ada kejutan.. Oleh itu bersiap sedia... Owh ya, jangka masa adalah lebih kurang 45 minit... Jadi aku harap korang bersedia jadi lebih kreatif...
Pengarah Projek: Mat dibantu oleh Palie dan Paan...

Seperti yang dikatakan, kalau anda tak puas hati boleh la menghubungi saya di talian 999... Anyway, welcome back guys... Missing you all...


Trailer DOT

Sunday, December 7, 2008

DOT dan Tahun 2009 dan Awal Muharram dan Tahun Baru Cina....

Menanti dan menanti, akhirnya ada juga la usul yang boleh dihantarkan post dalam blog ni... Minta maaf sebab dah lama menyepi dari blog...


Setiap tahun baru membawa azam serta keyakinan baru dalam setiap individu.. Mengambil pengalaman lepas sebagai pengajaran, tahun baru menjanjikan permulaan baru dalam hidup kita... And so, it all start as zero again....


Kemerapuan perenggan atas adalah untuk menyatakan bahawa DOT juga akan bermula ibarat bayi yang kudus yang baru menerjah rahim ibunya ke dunia luar... Dan, apa aktiviti DOT tahun depan?? DOT adalah kelab yang terkenal sebagai sebuag kelab yang berhibernasi dalam semester 2... Dah tu, nape susah-susah nak post entry ni??


Hehehehe... Sebabnya dah ada projek untuk DOT pada semester akan datang... Biarlah aku cakap projek ini merupakan projek yang ditakuti oleh aku sebab kita tak pernah buat dan yang paling best, aku pun tak pernah buat...


Projeknya adalah teater Inggeris.... Senang la tu teater Inggeris, suh ja Kay, Opah, Roy dengan Fantagino buat... Hahahaha, nak buat skrip dan pengolahan idea tak menjadi masalah pun sebab pengalaman dari FTU, Konvo dan Sketch ESZ membuktikan bahawa kita ada idea... Tapi macam mana dengan berbahasa Inggeris kita nak menyampaikan kepada penonton?? Because, as we know it, bukan semua orang dapat band 4 dan ke atas dalam peperiksaan MUET mereka....


Dan aku dah cakap ke pertandingan tu jangka masa dia 45 minit hingga 1 jam?? Boleh ke kita mengulangi kejayaan Sketch ESZ?? Idea, skrip, latar dan konsep kita akan brainstorm beramai-ramai... Pemilihan produksi juga akan dibuat kelak...


Sekarang adalah masa persiapan dari segi mental sebab rasanya anda mungkin dah bersedia dari segi fizikal... Kejutan demi kejutan akan menanti sepanjang perjalanan latihan... Sesiapa yang dah mengecapi kejayaan Sem 1, pasti nak meragut kejayaan Sem 2 pula dari segi nak dapat merit yang melampau banyak (tahun lepas join konvo dapat no 2 pun dah leh stay kolej, bayangkan kalau join 2 pertandingan) atau sekadar untuk kepuasan...


P/S: Poll yang dibuat ni adalah sekadar suke-suke semata-mata... Perbincangan yang sebenar akan dibuat kelak...