Thursday, December 31, 2009

Dewasa di 10.

Sudah mahu masuk tahun 2010. Esok. Ini 1 perubahan. Perubahan dari nombor tiga puluh satu di bulan dua belas kepada satu di bulan satu. Perubahan dari tahun 2009 kepada 2010. Perubahan pada hari khamis kepada hari jumaat.

Tapi apa yang aku pasti. Setakat ini. Tiada perubahan dengan yang di sini. Tiada perubahan dalam famili ini. Maksudnya semua masih bersama. Masih disini. Masih ingin bersama-sama. Masih ingin panjangkan memori. Masih ingin menuju ke sana.

Aku tahu. Semua ada azam masing-masing. Semua ada komitmen masing-masing. Semua ada masalah masing-masing. Semua ada pemikiran yang lain dalam diri. Masing-masing. Tapi tetap ada disini. Di satu tempat ini. Di tapak yang sama. Untuk bersama-sama.

Jadi. Satu harapan. Agar ia berkekalan untuk satu memori lagi. Agar bila tiba tiga puluh satu di bulan dua belas 2010 nanti. Tempat ini masih kekal ada.

"Sape nak air?"

Semalam hari yang biasa.
Cuaca juga biasa.
Tetapi latihannya sedikit luar biasa.

Manakan tidak? Secara ajaibnya dapat sponsor nasi goreng ayam dari kafe. Yang normalnya, bermula lambat sikit. Dan juga rakyat DOT banyak yang sibuk malam tu. Tapi tak apa, yang hadir tetap memeriahkan acara dengan menulis skrip, membincangkan scene2, bersembang lagha, menghabiskan nasi dan ada yang hanya meratah ayam saja, membuatkan ada pinggan yang bernasi tapi tak berayam.
Itu semua tak apa, dengan kehadiran pun dah cukup untuk bagi semangat.

AJK Kebajikan menjalankan tugas buat kali pertama. Menyediakan minuman yang manis cantik sedap diminum iatu tak lain dan tak bukan-sirap dalam jug plastik. Malangnya, sepanjang berada di bilik itu, tak habis2 kedengaran ayat2 ini:

"Ismeth nak air?"

......
"Abang Say-o nak minum?"

......

"Sape nak air?"

...............................

Kasihan. Saya harap dia tak perlu buat begitu lagi pada hari2 yang mendatang nanti.


Tuesday, December 29, 2009

Ini Bukan Kelab, Ini Famili

Kerap kali kita mengungkapkan motto ini. Ya, kerap kali juga terkeluar dari bibir kita. Pengakuan bahawa selagi di bumi UKM, hanya DOT-ters yang dianggap sebagai famili. DOT-ters yang paling hampir dengan famili.

Bullshit.

Jangan cakap kalau tak ikhlas. Jangan cakap kalau tak memaksudkannya. Jangan memainkan perkataan famili itu. Jangan kalau anda tak bersedia.

Aku mengambil serius perkataan ini. Bagi aku DOT-ters itu famili. Dan aku serius.

fin.

Disana kita ceria.

Semua salah Pali! Secara asasnya, Pali bersalah! Kalau bukan kerana kau siap lambat, kita tak akan pergi ambil duit lambat-lambat. Kita tak akan melihat bas bergerak dengan selambanya di depan mata kita. Yang penting, kita tak akan drag pukul 10pagi jadi 12 tengah hari! Tak kira. Aku sebagai pengarah nak salahkan kau juga. Hahaha.

Secara dalamannya, a.Nas bersalah! Sebab kalau tak kuat mengutuk sana-sini, kita tak akan terlepas tren komuter berlalu begitu saja. Sebab a.Nas, kita tak akan tunggu tren selama setengah jam. Tak kira! Ini salah a.Nas. Sebab bukan salah Ismeth yang membuatkan proses pemberian tiket secara rawak dengan relaxnya. Sebab bukan salah Wann yang pergi beli air semasa tren sampai. Salah a.Nas! Sebab a.Nas ketua program.

Salah a.Nas juga. Sebab buat lambat-lambat proses membeli tiket di LRT. Tapi ini nasib baik sebab tren belum sampai. Kalutnya a.Nas sampai lorong boleh menjadi lolong. Apakah? Menipu mereka dengan mengatakan aku tidak follow mereka, pulang ke rumah hanya kerana aku menggunakan kad Touch n Go saja. Apakah?

Perjalanan yang memakan masa ini membuatkan semua lapar. Lalu aku cadangkan Wendy's memandangkan ada Ismeth dan Say-o. Erk...jangan tanya aku mengapa. Atas dasar kepercayaan, mereka menuju ke Wendy's. Masing-masing masih was-was untuk beli apakah. Langsung semua makan berger. Ok. Berger Ismeth beger 3 slices daging. Akibat tamak! Sampai hampir muntah. Nasib tak muntah.

Kiri berger a.Nas, kanan berger Say-O.
Berger Say-O 2 slices daging.
Cuba bayang berger Ismeth?

Cardigan a.Nas menjadi mangsa kekejaman tuannya apabila tuannya terlalu hyperactive untuk tangkap gambar Wann. Akibatnya siku cardigan itu telah diliputi oleh sejenis cecair likat berwarna merah. Dicop oleh sos cili Wendy's. Sampai ke sudah a.Nas gulung saja cardigan itu.

Selepas menonton Muallaf yang pastinya separuh dari kita tidak memahami apa motif cerita itu, semua bergegas ke Plaza Low Yat. 1/2 dari rancangan asal seminar ini berjaya disitu. Lagi 1/4 disendatkan dengan aktiviti di Plaza Sg. Wang. Setelah puas menjayakan aktiviti, 1/4 rancangan asal dipenuhi dengan menonton Avatar. Bukan 3D. Ini puas hati.

Setelah berkira-kira semua rancangan berjaya. Lalu kami berangkat pulang. Muka letih. Muka mengantuk. Muka malas pergi meeting. Muka puas! Ok. Perjalanan pulang tidak pula seperti perjalanan pergi. Ikut masa semuanya. Perjalanan pulang amat berjaya.

Thursday, December 24, 2009

Ikhlas

" walau apa pun yang aku cakap, aku buat, aku zahirkan...
ini adalah sebahagian dari darah daging aku sekarang...
katalah apa pun, inilah famili..
aku sayang semua

minta maaf semua"

Wednesday, December 23, 2009

Niat aku untuk menolong. Jangan kau sombong.

Aku ulang ini. Memandangkan semester baru telah dibarukan. Aku mahu jual buku ini. Tolong ambil perhatian. Kepada pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), UKM [diutamakan]. Kepada pelajar PPSM universiti lain. Boleh juga. Aku kurang tahu buku apa kamu guna.

1. Elementary Linear Algebra, Howard Anton (original book - Aljabar Linear)
2. Programming in C++, McGraw Hill (original book - C++)
3. Introduction of Linear Regression Analysis, Wiley (original book - Pemodelan Statistik)
4. Probability and Statistical Inference, Pearson (original book - Pentaabiran Statistik)
5. Mathematical Statistics and data Analysis, john A. Rice (original book - Statistik II)
6. Chemistry (Kimia Am II)
7. Sampling : Design and Analysis, Sharon L. Lohr (Tinjauan dan Persampelan)
8. Forecasting, Time Series and Regression (Pemodelan Statistik)
9. Mathematical Statistics with Application, John E. Freund (Statistik II)
10. Mikroekonomi (Asas Ekonomi I)


Buku BUKAN original ini aku jual rm10.
Buku original aku jual separuh harga.


Jika ingin nota biasa, aku ada juga. TANYA! Aku bagi percuma. Jangan segan. Aku bukan puak Hannibal yang akan jilat tulang kau orang sampai licin. Jangan sombong-sombong. Nanti kata senior tak nak tolonglah. Apa lah. Aku sepak terajang karang orang itu.

Tolong beritahu yang lain. Aku tak berapa kenal dengan junior. Jadi ini masanya. Mari kenal senior anda ini.


*siapa ada facebook aku, boleh lihat wajah-wajah buku ini dalam album "book sale!". ATAU add aku : paradoxinkl@yahoo.com

Design Baju

Tak cukup dengan Facebook, design baju nak juga dipaparkan di sini. Agak gedik tapi agak stail. Berpandukan kata-kata stail, maka design baju yang baru diupload di sini.

Pemilihan warna hitam adalah dipilih berdasarkan kesesuaian kerna setiap produksi adalah wajib memakai baju hitam. Maka alang-alang menyeluk wantan, biarlah menyeluk wantan asli di pasar malam Hentian Kajang. Namun amaran diberi kepada sesetengah pihak, jangan memandu motorsikal sambil memakai baju ini di lebuh raya pada malam hari.

Kalau ikut gua, baju ni dah agak stail dah. Kalau ikut gua sekarang jugak gua tenun baju ni.

Gua rasa baju ni tak ada cutting. Sebab agak susah untuk warga DOT yang tak punya cutting 30-25-30 ni. Sebab ada sesetengah cutting dia agak keterlaluan untuk diucapkan di sini.

So komen je apa yang korang suka di sini, ataupun di Facebook. Dan ingat untuk hari ini ;

"sila pilih saiz baju yang bersesuaian kerna bimbang baju akan terkoyak bila anda memakainya nanti"

Sekian.

p/s : baju ini juga boleh dipakai bersama jersi pasukan kegemaran anda. kalau anda pakai jersi di dalam, nescaya tiada yang nampak. so, kalau kalah korang rilek je ah, bila menang sila selak baju sambil mendabik dada. *bukan untuk fan arsenal*