Nama aku Lam. Ya. Aku adalah sehelai lampin pakai buang berjenama terkenal di serata dunia. Aku dilahirkan di Barcelona sewaktu warga Barcelona gigih meraikan kemenangan FC Barcelona ke atas Manchester United dalam pertandingan akhir Liga Juara-juara di Rome. Namun, hayat aku di Barcelona tidak lama. Kemudian aku terus dibungkus dan diexport ke Malaysia.
Sekarang aku berada di salah sebuah pasar raya yang terkenal di Malaysia. Jusco? Bukan. Carrefour? Bukan. Giant? Pun bukan. Aku ditempatkan di Mydin. Dipamerkan bersama rakan-rakan lampin yang lain. Sudah sebulan aku di sini, dah bermacam-macam orang yang aku jumpa di sini. Berikut adalah rantaian ‘flashback’ daku.
Kisah 1
Hari pertama aku di sini, aku didatangi sepasag lelaki dan perempuan. Barangkali kekasih agaknya. Mereka agak cocok jika digambarkan bersama. Dari segi perbualan, mungkin si gadis dari Kedah, Sungai Petani kot. Lelaki pula mungkin dari Perak, mungkin Manjong. Mereka berlalu tanpa memperdulikan aku. Ahhhh, biarlah. Lagipun mereka terlalu TUA untuk memilikiku.
Kisah 2
Dua hari kemudian, aku didatangi oleh 3 orang gadis kerdil. Maaf. Aku tak ingat nama mereka. Cukuplah dengan panggilan Orang Kerdil 1, Orang kerdil 2 dan Orang Kerdil 3.
“Ahhh, ada pun kat sini, ingatkan tak jual” kata orang kerdil 3 sambil mendongak memandangku.
“Ayu, Wawa, nak buat apa kat sini?” marah Orang kerdil 2.
“Kay. Apa kau tanya lagi? Mesti la nak beli ni?” jelas orang kerdil 1 sambil melompat-lompat cuba menggapaiku tapi gagal.
“Tak muat la. Jom kita pergi kat bahagian kanak-kanak” ajak orang kerdil 2 sambil berlalu pergi.
Tiba-tiba, orang kerdil 1 menjerit, "Arghhh!!!! Kad bank hilang!!!"
Kisah 3
Beberapa jam kemudian, datang pula jejaka yang menggelar diri mereka KEJUT Rangers. Maka berkata-katalah jejaka yang bernama Zul.
Zul :Suara siapakah itu? (ala2 Laila Majnun)
Ijan : Mana ada suara siapa pun, aku ingat nak beli ni la (sambil menuding jari ke arahku). Aku nak bagi hadiah kat Say O.
Amir : Ada saiz ke?
Ijan : Kurang ajar KEJUT Rangers Hitam!! Aku pukul kau sekarang!
Maka bergaduhlah mereka dengan seganas-ganasnya dan tiba-tiba Hazal yang tidak terlibat dalam pergaduhan pun telah jatuh mati.
Roy : Oww, s***!!! Kalau pengetua tahu ni mesti dia marah.
Kisah 4
Hari ini agak ganjil. Seorang gadis datang ke arahku sambil menggoyang-goyangkan tubuh badannya. Sambil memegang buah epal di tangan, dan bakul di atas kepala, dia menjerit-jerit menjual buah. Entahlah. Aku pun tak tau siapa nama dia, biarlah kekal dengan gelaran Tauke Buah Gedik.
Kisah 5
Pagi ini belum lagi cerah, sepasang sahabat bernama Mat dan Fatin telah datang ke pasar raya ini. Dengan wajah yang kacak, mereka berada di depanku.
“Apa kau mau beli ini, ya Fatin?” tanya Mat.
“Sudah tentu itu, Mat.” jawab Fatin sambil menuding ke arahku
“Apa padan denganmu?” soal Mat mengundang padah.
Maka padah yang diundang, padahlah jua yang menemui Mat. Cedera parahlah Mat di saat itu akibat dibelasah oleh Fatin.
Kisah….Eh, kejap! Rupanya ada individu yang ketiga dalam kisah ini. Tapi kenapa tidak dapat dilihat di awal cerita?
Kisah 6
Hari ini aku didatangi lagi oleh orang kerdil yang dinamai Ayu itu. Dia datang dan berbisik padaku.
“Kau tunggu la. Aku tak puas hati ni. Bila aku dah besar aku datang balik beli kau”, katanya sambil berlalu pergi.
Kisah 7
Aku didatangi orang pelik lagi pada hari ini. Sambil berjalan, gadis itu memusingkan tangannya 360 darjah. Aku pelik. Tapi dia masih memusing-musingkan tangannya ibarat kipas helikopter. Bezanya, gadis itu tak mungkin terbang kerana lapisan lemak di pinggang beliau. Sambil memusing-musingkan tangannya dia berlalu melepasi aku.
Nasib baik dia tidak membeliku. Aku tidak mau dimiliki oleh seorang gadis pelik.
Kisah 8
Seorang gadis yang bertahi lalat di bibir dan memegang beg silang. meluncur laju ke arahku. Kian lama kian dekat. Matanya merenung tepat ke arahku seperti sudah jatuh cinta padaku. Di saat itu, dadaku berdegup kencang. Aku tau aku jua sudah jatuh cinta dengan gadis yang memiliki beg silang itu.
Dia sudah menghampiriku. Owh, hanya 2 tapak yang memisahkan aku dengan gadis beg silang itu. Apakah ini jodohku? Owhh, datanglah padaku wahai gadis beg silang! Aku ingin memelukmu!
“Kak, bahagian wantan sebelah kiri” tegur pekerja pasar raya itu.
“Owh, sori.” kata gadis beg silang itu sambil berlalu pergi.
Dan setelah sebulan, aku masih di sini. Menanti simpati orang untuk membeliku. Ahhhhh, biarlah. Biarlah siapapun yang membeliku. Gadis pelik ke, gadis beg silang, KEJUT Rangers, hatta Fatin atau gadis tua tempoh hari. Kerna aku sedar hakikat takdir aku.
Sejauh mana sekalipun aku pergi, ke dalam tong hitam yang berbau dan melekit itu jugalah destinasi terakhirku. Kerna aku hanyalah sehelai lampin pakai buang.
Ya. Kerna kelak aku pasti akan dibuang.
P/S: Lampin pakai buang. Memenuhi fungsi apabila dipakai dan dibuang. Tapi manusia pula bagaimana? Kenapa perlu dibuang apabila tidak perlu? Pakai hanya perlu? Kenapa tiada istilah manusia pakai buang? Kerna manusia ada secebis kelebihan dari sehelai lampin. Manusia punya seketul daging. Yang kau panggil hati.

______________________________________________________________

____________________________________________________________________
Dan setelah sebulan, aku masih di sini. Menanti simpati orang untuk membeliku. Ahhhhh, biarlah. Biarlah siapapun yang membeliku. Gadis pelik ke, gadis beg silang, KEJUT Rangers, hatta Fatin atau gadis tua tempoh hari. Kerna aku sedar hakikat takdir aku.
Sejauh mana sekalipun aku pergi, ke dalam tong hitam yang berbau dan melekit itu jugalah destinasi terakhirku. Kerna aku hanyalah sehelai lampin pakai buang.
Ya. Kerna kelak aku pasti akan dibuang.
P/S: Lampin pakai buang. Memenuhi fungsi apabila dipakai dan dibuang. Tapi manusia pula bagaimana? Kenapa perlu dibuang apabila tidak perlu? Pakai hanya perlu? Kenapa tiada istilah manusia pakai buang? Kerna manusia ada secebis kelebihan dari sehelai lampin. Manusia punya seketul daging. Yang kau panggil hati.
1 comment:
oh dear, get a life. hahaha. apa khabar akak kerani? hiks.
Post a Comment