Monday, July 13, 2009

Tahi Bintang bukan dari Cybertron...

Indahnya tahi bintang itu...
Tapi malangnya bukan dari Cybertron...
Jadi takkan adalah Optimus Prime mahupun Bumblee Bee dari tahi bintang itu...
Kata Iss sebelum mati dilanggar tahi bintang tersebut..

(Kisah hiasan, sekadar untuk lawak jenaka)


Owh, tanggal Julai, DOT juga bakal menjadi seperti geng-geng Optimus dan Bumble Bee... DOT juga bakal mengalami transformasi.. Yang dikatakang pengasas DOT sudah pun grad selepas dikatakan menikah (belum dapat dipastikan kesahihan fakta ini).. Yang dikatakan legenda DOT di samping mempunyai paras rupa pula sedang menjalani Latihan Industri di Paris (owh, spelling error, malas nak betulkan)... Lalalalalalaaaaa~


Jadi, pada Julai ini DOT bakal mengalami transformasi apabila tenaga pengajar dan idea-idea segar ibarat daun teh dari ladang akan diadaptasikan oleh muka-muka baru. Jangan gentar, walaupun sesetengah mereka mempunyai wajah dan bentuk tubuh yang ganas (Fatin, Leha dan Say O), mereka ni tak merbahaya sepertimana kolestrol pada 1 hidangan KFC.


Selain itu, DOT juga mungkin menceburkan diri dalam bidang boria. Sangat menarik. Kerana kecuali penulis yang mempunyai pengalaman mewakili UKM dalam boria pada tahun lepas, hanya Kak Leha mempunyai pengalaman bertahun-tahun sebelum dia menjadi sebulat ini, yakni ketika darjah 3...


Owh, tidak lupa DOT juga dimeriahkan dengan kehadiran jejaka kacak selain penulis dan gadis cantik dari kalangan adik-adik Tahun 1.. Baru saja bertemu dengan mereka, penulis telah mengenalpasti 1 bakat besar dari kalangan mereka iaitu saudara Syukri (tepuk2)... Kerna pada meeting sebelum ini, selain suara penulis, suara dia yang dinanti-nantikan oleh DOTters...


Buat Si Kecil Aida Najwa pula, kehadiran geng-geng Ganu beliau amatlah dinantikan.. Jelas sekali amat sukar untuk mencuri kad bank beliau pada tahun hadapan. Dan buat Amir, tahun ini adalah masanya anda menonjolkan keTrangganu-an anda.


Buat semua di UKM jangan rindukan saya... Carilah cahaya anda dalam dunia DOT, betul tak Aliaa?


"Kadang-kadang kita menoleh dan tak nampak sesiapa pun di belakang. Kadang-kadang kita pejam mata dan hanya mendengar kesunyian. Tak apa. Kerna kita tahu di garisan penamat, tangan itu sedang menunggu. Mari, bangun, berdiri dan berlari ke infiniti!"

No comments: