Sunday, January 24, 2010

Skrip 101


Ini plot cerita yang aku bayangkan. Rasanya ramai yang pernah alami. Macam biasa, cerita berat.

Watak hanya ada 3 ; Gadis, Pemuda dan Perempuan.

Scene 1
Gadis dilumuri lumpur. Kotor. Chorus mengeji-ngeji gadis. Sepak terajang. Hina dan mengherdik Gadis. Tiba-tiba pemuda datang. Menghalau korus. Menyambut tangan Gadis, membersihkan lumpur pada badan Gadis. Permulaan baru dalam hidup Gadis.

Scene 2
Cuaca cerah. Gadis nampak ayu di bawah sinaran mentari. Pemuda datang. Menegur Gadis. Mereka berpegangan tangan. Gadis tersenyum. Bagi Gadis, Pemuda bukan sahaja cinta malah dunia. Perempuan datang. Mereka nampak gembira bersama. Gadis melayan perempuan seperti kakak kandung.

Scene 3
Gadis meluahkan pada penonton betapa dia menghargai Pemuda. Dia berharap dapat sehidup semati dengan lelaki yang telah menyelamatkannya. Esok adalah hari ulangtahun pertemuan Pemuda dan Gadis. Gadis mahu menghadiahkan sesuatu untuk Pemuda. Gadis bersyukur kerana Pemuda mencintainya.

Scene 4
Gadis membawa jambangan bunga untuk melawat Pemuda. Sampai di rumah Pemuda, Gadis melihat Perempuan pun ada. Pemuda dan Perempuan sedang bercumbuan di hadapan Gadis. Gadis terkedu. Lelaki yang telah memberikannya harapan, sinar hidup dan cinta kini mengkhianatinya. Hati Gadis hancur.

Scene 5
Gadis dilumuri lumpur. Kotor. Chorus mengeji-ngeji gadis. Sepak terajang. Hina dan mengherdik Gadis. Kali ini tiada lagi sesiapa yang datang menyelamatkan Gadis. Kalau ada pun, Gadis akan tetap di sini. Kerna Gadis sudah tak punya apa lagi untuk diselamatkan.

Ending : Cliche, itu memang. Tapi hakikatnya itu cliche dunia. Kalau kau dah ditipu, the end. Tiada fairy tale bila yang menipu akan ditimpa pembalasan.

Fin.

3 comments:

PaLi3 said...

i like...

klu nk try bwt skrip ble x?

say-0 said...

ini idea untuk bi drama?
ok gak..tapi kena kembang lagi.
malam ni bincang jom.

Nazrin Saad said...

ICAF aku ada idea lain....
ni just saja2 tulis...