Wednesday, July 28, 2010

JalanG Belakang Bukit Bintang

Ini bukan review yang amat. Sekadar apa yang aku faham berkenaan teater berkenaan.

Premis JalanG Belakang Bukit Bintang sangat mudah. Simpel kata omputih. Kalau awak tengok, mesti awak faham apa yang ingin disampaikan. Dengar tajuk sendiri anda pasti faham bukan? Ya. Kisah hidup manusia yang pelbagai di Jalan Bukit Bintang.

Simpel. Tapi penyampaian agak menarik untuk dibincangkan.

Teater dimulakan dengan 7 orang pelakon saling duduk di 7 kerusi berbeza. "Aku pilih yang ni" setelah duduk di kerusi pertama, "Yang ni kot" setelah duduk di kerusi 2. Fahaman saya, kerusi adalah pilihan hidup. Kita memilih tapi kadang kala kita ragu-ragu dalam pilihan kita. Dan selalu saja dalam hidup kita boleh berubah seperti implikasi pelakon yang sering bertukar kerusi.

Premis Bukit Bintang dipilih adalah semata-semata (seperti penjelasan Fatin) adalah untuk menggambarkan kehidupan di kota yang indah khabar dari rupa.

Apa yang mengagumkan saya di dalam pementasan ini adalah stamina pelakon. Walaupun perlu melakonkan korus dan bermain pelbagai watak yang berbeza, tiada hilang fokus yang ketara di kalangan pelakon.

Konsep surealis yang ditunjukkan dapat dibaca oleh khalayak sama ada khalayak teater ataupun tidak.

Bagi saya ia adalah pementasan teater yang bagus dari segi lakonan. Mungkin dari segi skrip terdapat beberapa kelemahan yang ketara. Namun disebabkan pementasan berada di atas konsep surealis, maka kelemahan itu dapat ditutup dengan sinografi yang menarik.

Yang lebih menambat jiwa saya, kehebatan pelakon yang mampu melakonkan pelbagai watak dengan efisien dan menarik menjadikan saya ternanti-nanti apa pula yang akan dilakonkan oleh cik/encik ini selepas ini.

Pengakhiran cerita yang membawa kepada kegembiraan watak Zahra membuktikan juga hidup di kota tidak semuanya celaka.

Satu-satu perkara yang saya rasa agak anti klimaks adalah cara pengarah menamatkan teater. Setelah bermula dengan cara yang menarik, saya menantikan pengakhiran yang agak menambat, mungkin dengan korus atau gerak. Tapi saya hampa.

Ini pandangan ringkas saya. Seorang amatur dalam dunia teater.

(JalanG Belakang Bukit Bintang. Saya terfikir, jika ditulis begini Jalang belakang Bukit Bintang. Bukankah ia simbolik kepada watak Zahra yang Jalang dan sekarang sedang mencari rezeki di Bukit Bintang. But then again, semua karakter yang ditonjolkan di sini ada sifat jalangnya.)

Fin.

3 comments:

wann afzan™ said...

er...sy x ske ending gak.

Nazrin Saad said...

ikut aku je ah eah??

hazal said...

bg naz,apa kelemahan yang ketara tu?