Sunday, October 31, 2010

Hari Comel Saya.

Oh! Hasil paksaan budak-budak selenger ni. Aku masukkan gambar. Oh, entri ini dibuat ketika aku sedang kejar masa. Jadi, aku tulis sikit saja. Yang Hari Comel aku berjaya! Terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih meriahkan mejlis. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Oh, doakan kami kekal ke anak cucu. Harap-harap kekal lah ya. Jika menjadi, akanku jemput kamu semua JIKA teringat. Ehe.

Dah, ini untuk tatapan. Malas masuk banyak-banyak.

Hantaran dia kepada aku.


Hantaran aku kepada dia.


Huru-hara tak tahu posing

p/s : jangan banyak tanya. tengok kat FB je!

Friday, October 29, 2010

Surat Dari Kekasih DOT

Nama gua Arif. Kalau uols tak tahu, gua merupakan JAKSA Keceriaan blog DOT. Gua memang suka gila-gila kuasa. Sesuka hati gua ja nak ubah apa-apa.

Setelah sekian lama gua memegang jawatan yang hampir-hampir berbaur kediktatoran ni, gua mengambil keputusan untuk memlastik sergerikan wajah blog DOT. Sudah terlalu lama wajah beliau kekal begitu.

Ini,


Sudah tiada lagi. Ucapan selamat tinggal untuk beliau yang telah sekian lama berkecimpung dalam arena memegang wajah utama blog DOT. Jasa anda dikenang.

Kerusi wajah blog DOT sekarang dipegang oleh yang uols tengok sekarang ini. Gua akan terus mewarnai wajah blog DOT dengan pelbagai kosmetik yang disponsor oleh perisian Adobe KedaiFoto just that blog DOT sentiasa nampak ceria, and uols pun suka saja nak selalu melawat blog ini.

Yang menjalankan tugas,

Arif

JAKSA Keceriaan,
Organisasi blog DOT,
MediaDOT,
Dato Onn's Theater.

p/s: beberapa nama penting telah diubahsuai atas kesesuaian untuk mengelak saman. Selain itu, sebarang komen sila usulkan di ruangan komen dibawah. Jika anda menyokong pergerakan ini, sila Like semua status FB yang gua dah post sejak gua buka FB.

Thursday, October 28, 2010

ICAF

sory kacau korang time2 exam ni. tapi aku xleh kalau x fikir pasal ICAF. yup, i know MEFEK comes first. tapi aku dah cakap, aku nak prepare awal untuk ICAF. sebab? ni english presentation. and even yang dah melaluinye pun berpeluh2 lagi bile fikir pasal english drama ke english teater ke. kan?

so sekarang aku bagi korang peluang decide storyline. kalau boleh, dengan segera lah. "dengan segera" tu bukan maksud esok aku nak. at least ble dah bulan 1 tu, dah ade ah storyline. tu pun aku rase macam dah lambat.

aku x suka benda lambat2. pastu kalau dah buat pun last minute, dont expect high. please. so kalau nak menang, sila bagi kerjasama to the max.

di sini tiada paksaan. aku just nak korang decide storyline. so that bila tibe2 ade skrip, xde ah yang nak bangkang ke whatsoever. aku sedang cari skrip yang sesuai. so, aku hope korang boleh buat benda yang sama. bukan untuk aku. untuk dot. only if dot means much to u.

p/s : sila pulang cuti dan berfikir cerita apa yang nak kamu pentaskan. kalau rajin tulis, tulis. kalau rajin lagi, lukis. this is important. as long dah ada storyline bila mula sem, insya allah dah boleh buat skrip dan kembangkan cerita. ingat, storyline saja. tak minta lebih.

p/s kepada p/s : storyline dibold berkali-kali sebab takut ada yang misinterpret entri ini.

salut~

Monday, October 25, 2010

good luck =)

sory tahun ni aku x sempat nak edit2 gambar good luck nak bagi kat korang.

so, aku hanya mampu letak kat blog DOT and wish korang good luck in final exams. hope to see u guys in a few months.

happy holidays.

Friday, October 22, 2010

Teringin...Bukan Mengidam

Gua rindu di kala ini...

Muzik Masa Kini

*Amaran awal. Artikel ini amatlah biased dan subjektif. Jikalau kamu tidak suka dan tidak setuju, silalah zahirkannya melaui cara verbal kepada skrin laptop mahupun lcd anda*



Petang tadi ketika perutku sedang khusyuk bekerja mencerna semua isi2 pisang goreng dan cokkodoq yang aku beli di gerai sebelah Petronas, secara tiba2 aku ternampak iklan dalam youtube yanglebih kurang begini ayatnya:


Cody Simpson, another Justin Bieber?

Ouh. Terhenti seketika aku, kaku bagaikan ternampak kucing terbang di tepi tingkapku. Apa ni? Another Justin Bieber? Ok, aku cuba untuk menepis segala macam tanggapan buruk aku. Don't judge a book by it's cover. Tapi nampaknya kali ini memang aku terpaksa men-judge- an artist by its picture. Ini gambar beliau, kacak dan tough bukan?


Damn, mati2 aku ingat Cody ni somebody yang rare. Yang special. Yang ada charisma. Yang ada X- Factor. Yang ada ummphh! Yang mana kalau kita sekali tengok performance dia kita terus rasa tertarik dan wow!! dengan dia.

Tapi, bila aku tengok video mamat ni. Hampeh.

Boleh la main gitar, pastu nyanyi sikit. Itu saja. Cukup untuk menjadi sensasi masa kini di USA dan aku rasa tak lama lagi bakal ke Malaysia dan digilai gadis2 sekolah Malaysia mahupun peringkat undergraduate universiti.

Dan aku teringat komen2 yang aku baca bila pada aku menonton video2 Queen, Muse, Elvis, Beatles, Michael Jackson, Celine Dion mahupun Coldplay di youtube. Apa komennya?

"I'm sad that I live in this era where cute/pretty face, sexy/ busty body artists are the ones people love and adore, not based on their musical abilities"- lebih kurang camni la puratanya.Adoi...zaman sekarang ni nak jadi sensational senang je..muka jambu sket, tahu nyanyi sikit2 pastu pos kat youtube. Senang kan? Senang, memang senang. Tapi, berkualitikah itu? Berbakatkah?

Teringat satu artikel yang aku baca dalam paper Star. Penulis tu menyuarakan kesedihan dan kerisauan kepada dunia muzik sekarang. Yang cantik, sexy, comel, kacak, jambu diagungkan sebagai great artists. Diberikan pendedahan sededah- dedahnya pada dunia. Ditaja sedunia untuk buat album dan konsert.

Tapi, benar2 great kah? Nyanyi pun takat tekak ngan hidung. Performance live memang hancur, showmanship memang x nampak. Lagu pun bukan buat sendiri. Alat muzik pun tak tahu main!!!

Penulis tu risau sebab daughter dia sorang ni hari2 dengar lagu Jonas Brothers. Dia ada cuba dengar, dan apa yang dia rasa adalah mual?muak?menyampah?meluat?benci?geli? dengan lagu2 Jonas ni. Takda 'feel' dan 'aura' lagu2 diorang. Last ayat penulis tu dalam artikel dia, dia janji nak kuar beli album ngan lives video Queen, Michael Jackson, Elvis, Beatles nak bagi anak2 dia tengok, especially daughter dia tu. Biar diorang kenal 'real music'.

*amik contoh cuba korang search youtube 2 lagu sama tajuk tapi berbeza ni. 1st is Queen-Somebody to Love and the other one is Justin Bieber- Somebody to Love. Oh ya perhatikan komen2 di video yang lagu Bieber tu, hahahaha*

Real music?

Apa tu real music? Well, I don't know the exact and correct definition of real music. But one thing I can be sure is, when people listen and watch they quickly acknowledge it as a real class of act. And the music will remain evergreen. Just listen to P.Ramlee, Sudirman, Michael Jackson, Elvis, Beatles, Queen. Anybody still love The Moffats?(Jonas Brothers, beware)

Oh you want to watch something as evidences? Easy, watch this masterpiece and this legend. You'll learn it soon enough.

Wahahahahaahha!!! Memang aku pandang slack gila kat Justin Bieber dan Cody Simpson ni. Oh, Cody tu menang sikit dari Justin. Dia tau main gitar.

p/s: jangan sapa2 kaitkan illuminati kat sini. kang aku bakar kaki dia nanti.











Thursday, October 14, 2010

Cahaya Melonkolia

Doa Rohani termakbul juga aku rasa. I'm logging in back. Its better if this is the last time I'm logging back in.

Panggil aku gila, panggil aku tua, panggil aku emosi, panggil aku sensitif. Tapi aku dapat rasa bila ada sesuatu yang tak kena di sini.

Kelab ini bukan aku yang bina. Aku tipu kalau aku cakap aku yang bina. Ia dah ada bila aku ada di sini.

Kejayaan kelab bukan aku juga yang gapai, itu dicapai bersama.

Tapi aku pelik, kenapa sejak aku tak ada (mungkin perasaan aku saja, sebab aku kan terlalu emosi) kamu nampak agak pelik. Kamu nampak lain. Terasalah if you must, tapi regarding the club aku cakap apa yang perlu.

Objektif kelab apa?
1. Memberi pendedahan dalam bidang seni lakon (ini benda basic penubuhan kelab).
2. Menyertai sebarang pertandingan anjuran kolej atau universiti (untuk promosi, in fact unit-unit dalam kelab kebud kalau bukan untuk pertandingan apa lagi?).

Itu objektif yang aku dapat simpulkan.

Memang ahli kelab semuanya keluarga, famili. Granted. In fact, aku yang cakap sedemikian. Aku tak akan tarik balik apa yang aku cakap.

Tapi untuk kelab ni terus hidup, tolonglah tunaikan objektif kelab tu.

Orang luar tak tengok DOT ini bagus atau tak based on hubungan anda semua. Bagus, kita ada hubungan yang kuat, itu boleh jadi 1 platform yang bagus untuk mana-mana bidang sekalipun.

Kerja dulu, bersuka kemudian, bukankah hidup ini memang sebegitu?

Jadi sekarang, semua sila jawab bersama, tak perlu komen, jawab saja dalam hati, kamu semua sudah menunaikan objektif kelab tak?

Kalau ya, terima kasih. Kalau belum, kau tahu apa yang kau perlu buat bukan.

Dokk, ini bukan, kelab ini famili. If the club is no more how can you call this a family anymore?

Mula dengan itu. Mula dengan niat untuk bangunkan kelab dulu. Bukan niat tengok wayang, bowling, main lesen atau mapley.

Insya Allah, semua akan berjalan dengan lancar selepas itu. Aku kenal kamu semua semasa kita berusaha bersama untuk kelab bukan?

Back to basic. Do it for the club bukan untuk diri sendiri. Dan kamu akan jumpa semula diri kamu yang hilang itu.

p/s : aku tak tau apa masalah yang melanda. tapi berdasarkan entri beberapa individu aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.

Ada siapa-siapa mahu cakap apa-apa?

Wednesday, October 13, 2010

Mula Mencari Sebab

Kenapa aku suka bilik itu?

Sebab hanya bilik itu yang buat aku rasa aku di rumah.


Jangan sesekali ubah tradisi bilik itu.

Nanti aku akan kehilangan rumah.

ICAF 2010/2011

ICAF. 23-27 Mac 2011. Teater


(Syarat)
1. Kru tidak lebih 25 orang.
2. English. penting ni dimerahkan.
3. Tidak kurang 45 minit, tidak lebih 1 jam.
4. Mesti ada sejam di Panggung Seni sebelum turn.
5. Postgraduate/Undergraduate bole masuk.


(Info tambahan)
1. Plasmines 2 minggu lepas Dinner KDO.
2. Pengarah, Wann. (betul ah aku taip!)
3. Wann minta draft pertama skrip siap sebelum habis sem ni. (demand sial)
4. Persiapan ICAF start awal.
5. Banyak dotters join organisasi Dinner.
6. Mende ni dah diberitahu semalam dalam meeting Kebud. Tapi just nak bagitau lagi untuk yang tak hadir and senior-senior.
7. Nak tulis dalam mesej FB, tapi tak muat orang nak tag. Sial.


(Yang rasa nak cucuk hidung dengan garfu)
Yang kebarangkalian tidak join ICAF,
1. Arif (Band), saja nak merahkan.
2. Shira, Pod (Tarian),
3. maybe KK (KTR),
4. mungkin ada senior-senior juga berdasarkan khabar taufan.


(Hal-hal duniawi)
1. Penulis skrip dicari.
2. Akan ditetapkan tarikh untuk brainstorming idea.
3. Kepada yang join organisasi HAKERA/Dinner, takde hal lah untuk join ICAF, ia bukan untuk alasan. Sebab aku yang join HAKERA/band pun probably akan luang masa untuk DOT. saja nak merahkan lagi.


(Terkini Panas Dari Kuali)
1. Aliaa nak join jadi krew.
#Latest hapdet rujukan 13/10/2010#


Akan dihapdetkan lagi. Jika berlaku kesilapan sila nyatakan. Sekian.

Wakil Wann.

Friday, October 8, 2010

Bila ahli D.O.T menjadi Pengarah HAKERA .

Arip ; Pengarah Publisiti
  • bakal menggantung bunting dan banner di setiap wayar dan tiang2 elektrik serta Kolej2 lain di dalam UKM demi mencapai matlamat utk mencapapkan HAKERA .
  • mengerah dan memaksa dgn ugutan supaya seluruh warga UKM dtg memberi sokongan kepada HAKERA .
lebih baik kau dtg meriahkan HAKERA, kalau x datang,
kau tau laa ape nasib kau . RAWWWWRR .

Fizi ; Pengarah Pemasaran
  • Matilahhh kau .
  • Bakal mencari sponsor melalui sugar daddy-sugar daddy beliau .
  • Sedang sibuk memunggah buku2 telefon Yellow Pages utk cari semula list2 sugar daddy beliau yg terdiri daripd Dato' A, Dato' B, Dato' C smpai Dato' Z .

Ouhh my bapa gulaa . tolong laa bg sponsor utk Hakera yerr . plizz, plizzz, plizzz .
20 ribu punn jadi laahh . tolong lahh ye ye ye .

Khai ; Pengarah Persembahan
  • memikirkan tentang artis mane yg nk disuruh wt prsmbhan nnti .
  • artis tua mintak maaf, anda tiada dlm senarai .
  • Bakal buat buat sibuk dgn call para event management untuk mnguruskan artis-artis .
  • Ouhhh artis, artis, artis . kalau ade duit nk panggil artis .
u, jom laa dtg UKM, kHai dahh offer I nk wat performance dekat HAKERA.
I x kire, kite kne g jugak .






p/s ; second year, baik join .
ader markah untuk kursus HE,
joinlahh HAKERA ajk bwh mne2 pengarah.
kami perlukan sokongan anda juaa .
susah senang kita bersama kann .

Tuesday, October 5, 2010

Siri Selebriti DOT #1: Ismeth Azril

Setelah sekian lama gua menghilangkan diri dari arena menulis entri di blog DOT, hari ini atas faktor kebosanan setelah puas menerokai webcam yang baru dibeli disamping desakan oleh ramai peminat setia yang tertunggu-tunggu entri dari gua, gua memutuskan untuk kembali ke blog ini.

Disini gua ingin menyatakan ribuan terima kasih kepada semua pembaca-pembaca yang terus menerus memberi sokongan kepada gua untuk terus menulis di blog ini, dan jutaan terima kasih kepada mereka yang membaca entri gua hanya kerana tertarik terhadap kekacakan penulisan gua disamping wajah gua sekali. Terima kasih. Tanpa anda, tiada beza pun sebenarnya ada ke tak ada.

Topik yang akan gua bahaskan kali ini, cuma menceritakan tentang sedikit salasilah dan latar belakang beberapa ahli DOT. Tujuannya hanya untuk memperkenalkan kepada junior yang masih mentah dalam arena seni DOT itu sendiri, disamping untuk menganjeng atau pun secara keseluruhannya.

Selebriti DOT kita pada kali ini ialah, saudara Ismeth.


Info Ismeth

Nama penuh beliau ialah Ismeth Azril Bin Shamsuddin. Gua dah syak uols memang akan kata macam familiar. Khabarnya bapak beliau, Haji Shamsuddin terpengaruh dengan nama Ismet Ulam Raja dari filem Tiga Abdul arahan P.Ramlee.

Serius bai.

Beliau dilahirkan pada 24 September 1990. Pukul berapa gua tak pasti. Lain-lain berkenaan boleh rujuk pada kad pengenalan serta sijil lahir beliau.

Berat beliau semasa dilahirkan turut tercatat didalam sijil lahir bagi sesiapa yang kecurigaan.

Beliau merupakan mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi dalam jurusan major Sains Nuklear.

Walaupun beliau seringkali tercicir kelas mahupun mencicirkan kelas, beliau masih dalam golongan 45 mahasiswa terbaik yang amat membanggakan yang di dalam keseluruhannya 45 orang mahasiswa Sains Nuklear.

Oh ya, jika terlihat Ismeth memakai kaca mata, sila respek beliau dengan memanggil Azril. Ini penting.




Minat Ismeth

Sekilas pandang, kita memang boleh syak dah Ismeth mesti suka tengok cerita-cerita berunsurkan pemikiran dewasa.

Dengan gaya dan cara percakapan beliau yang matang, Ismeth mempelajari ilmu tentang kehidupan sebenar dari filem-filem dan drama-drama yang mengandungi nilai dan moral kehidupan yang kompleks.

Untuk sesiapa yang tidak tahu atau memang tak ambil tahu, Ismeth pernah membintangi kumpulan nasyid KDO. Beliau telah tersenarai sebagai pemain keduabelasan kumpulan terbabit sebagai pemain percussion.

Atas kehebatan dan kegigihan menjadikan perut sendiri sebagai jukebox mudahalih, beliau pernah memenangi beberapa anugerah yang cuma diiktiraf oleh ahli DOT sendiri.

Beliau juga pernah beraksi di padang bola bermain bola sepak untuk beberapa minit! Selain bermain sepenuh masa dalam permainan Pro Evolution Soccer 2010. Hebat bukan?


Jiwa Seni Ismeth

Ismeth pernah membintangi beberapa produksi DOT, antaranya, drama Inggeris, The Taste of Life yang mana beliau secara kurang sengaja bercakap terlalu perlahan hingga satu panggung tidak tahu dia cakap apa.

Dalam drama melayu, beliau pernah berlakon dalam ceritera muzikal, Antara Dua Darjat, yang mana beliau memegang watak Ah Pao selaku pembelasah watak utama. Beliau secara rasminya menyebabkan masa tertambah seminit akibat scene gaduh yang berlebihan dari asal.

Beliau turut membintangi sketsa raya DOT untuk openhouse raya KDO baru-baru ini. Kali ini beliau sempurna.

Selain itu beliau pernah membawa tugas krew disebalik tabir, seperti audio semasa Pertandingan Boria Konvo UKM yang ke-38, dan anda tahu apa yang telah berlaku bukan? Itu kerja Ismeth. Lighting pula perfect gila gampang.


Tambahan Ismeth

Kalau Ismeth makan, yang pasti cuma tulang ayam yang akan kelihatan. Itu pun dah hancur dikunyah beliau.

Beliau tak membawa kenderaan ke UKM, tapi boleh kelihatan menunggang moto ke kelas atau ke kelab malam. Setiap kali terlihat, lain-lain moto, tak tahu mana dia rembat.

Beliau tidak ada skandal dengan Abang Vee, walaupun kebenaran jelas terserlah.

Selain peminat hadkor animasi One Piece, beliau amat meminati filem dan drama berunsur pemikiran dewasa. Eh, ni dah bagitau tadi.

Beliau pernah menghabiskan nasi beriani cheese. Tak cukup hebat? Tanpa sakit perut.

Beliau juga pernah terduduk di atas makanan beberapa kali hingga terpenyek, tetapi masih sanggup untuk menghabiskannya, walaupun makanan itu bukan dia yang punya.


Cukuplah sampai disitu sedikit infomasi tentang seorang ahli DOT. Ini ialah tribute untuk beliau yang masih setia di dalam organisasi DOT. Jasa anda sentiasa dikenang.

Semoga junior mengambil iktibar dari entri pendek ini dan jadikannya sebagai pedoman hidup sekarang dan masa depan.

Siapa pula selebriti undangan seterusnya. *usya rapat*

Sumber gambar ini masih dalam siasatan.



cut.

Sunday, October 3, 2010

Kata Pujangga III

*The two hardest things to say in life*

hello for the first time
and
goodbye for the last