Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Teater Alang Buana

Keterangan / Sinopsis
Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL dengan Kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) Sempena Program Semarak Bangsawan 2011.

Mengisahkan tentang ketamakan dan perebutan harta yang berlaku antara 3 beradik iaitu Samsinar (Kakak), Kidam (yang tengah) dan Alang Buana (yang bongsu).

Tarikh / Masa: 10 – 12 Jun 2011 / 8.30 Malam

Masuk Tiket : RM5

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi: 03-26176303/6289/6305 (DBKL)
03-20523600 (JKKN)

Wednesday, December 9, 2009

Kisah Kapitalis yang Menelan Globalisasi Ke Arah Wawasan yang Tegar


Dan seperti biasa, apa yang gua tulis tak ada kaitan pun dengan tajuk. Kali ni gua nak hebohkan pada dunia. Tentang sesuatu aktiviti.

Aktiviti ni tak ada kaitan pun dengan DOT, tak ada pun ahli DOT yang mengerah kudrat untuk event ni. Tapi gua tulis juga for the sake of art and for the sake of this blog. Ye ah, kalau gua tak tulis, sampai tahun depan pun gua tak yakin blog ni akan diupdate atau tak. Gua taknak blog ni berkubur sepertimana group FS mahupun group FB yang sudah nyawa-nyawa ikan tu. Well, at least not while I'm watching.

Well, gua mulakan dengan memperkenalkan MAKUM. MAKUM tu majlis kebudayaan universiti-universiti Malaysia. Gua rasa dengan nama pun lu dah tau apa kerja pertubuhan tu. Kalau tak tau tanya Fatin. Dia tau semua.

Tahun ni pelik sikit. Segala jenis aktiviti kebudayaan disatukan dalam 1 festival. Ibarat macam sukan SEA. Sumpah. Macam sukan SEA. Sebab yang menang akan ditentukan dengan bilangan pingat emas, perak, gangsa yang diorang dapat. Bayangkan join boria dan dapat pingat emas. Cool kan? Atau mereng? Entah ah bai...

Trivia untuk DOT. Boria akan menggunakan lagu yang sama seperti boria KDO dengan konsep yang turut sama. Cuma bezanya adalah dari segi tema. Tema kali ni 1Malaysia.

Nak tau pasal jadual klik [sini].

Maaf. Entry kali ni membosankan. Gua cuma taknak tengok blog bersawang. Itu ja. Jangan baca kalau tak suka.

Sekian. Nas yang tulis.

Wednesday, October 28, 2009

DOT's Birthday Bash!!

Cakap banyak pun tak guna, ini antara foto yang ada.

____________________________________________________________


Ini pemangkin segalanya. Start dengan majlis Roy, semua orang pun nak disambut birthday. Tiada yang special sangat tentang birthday Roy. Hasil kolaborasi semua budak KEJUT. Ramai yang tak tau, termasuklah birthday boy sendiri.

____________________________________________________________


Ini birthday yang paling ramai disambut. 5 orang sekaligus. Tapi yang datang hanya 3 saja. Tak kisah la. Malam tu, aku puas mengenakan Ismeth. Puas ngata Ismeth. Daia pun terkena. Sentap kata beliau. Huh, aku suka. Aku suka menyentapkan orang.

____________________________________________________________

Alamak, birthday ni aku tak ada. Tapi katanya legasi tangisan itu berjaya diteruskan oleh Say O dan rakan-rakan. Aku tau, tahap ketahanan Ayu. Maaf Ayu, kalau aku ada pasti kau kena lebih teruk. Hahahahaha...

____________________________________________________________

Orang yang paling sibuk apabila birthday orang. Dan bila birthday dia, orang langsung tak sibuk. Tak peduli dan tak kisah. Tak ada gimik pun birthday dia, hanya dengan melengahkan sambutan dah cukup. Kesian Say O, semua orang sayang kau beb. Hahahaha

____________________________________________________________


Ini antara sambutan yang jadi gimiknya. Kerjasama memang kukuh pada sambutan ini. Kredit tu Opah. Aku tak expect langsung dia akan nangis. Barangkali tangisan kegembiraan untuk jodoh beliau. Birthday boy sendiri terdiam pada malam tu. Kredit juga untuk Leha dan Zai, menjadi penghasut tegar. Aku pun tak tau nak buat apa waktu tu.

____________________________________________________________

The most anticipated event of the year! Malangnya langsung tak jadi. Aku 100km away pada masa tu. Tapi idea-idea untuk mengenakan Leha dah lama aku curahkan hasil brainstorming dengan rumet dia. Malangnya Say O gagal meyakinkan Ummi kita. Its okay, there's always be next year.

____________________________________________________________

Sambutan paling best. Menjadi ikon sehingga ke hari ini. Siapa boleh lupa tangisan kad bank? Siapa boleh lupa kejayaan Zai mencilok laptop budak ni? Siapa boleh lupa budak tu menangis di depan abang burger? Terbaik ah!!


p/s : birthday Ijan juga disambut, tapi malangnya aku gagal mencari soft copy. sebenarnya orang lain juga kami nak sambut birthday, tapi malangnya banyak kekangan, birthday Palie masa exam, Huzei pun sama. ada yang menyambut masa cuti. tapi jangan isau, kenangan itu yang abadi.

Sunday, October 11, 2009

Pergi Bukan untuk Suka-suka

Semalam 10.10.09. Tiada yang spesel. Hanya hari yang biasa. Tapi semalam hari minggu. Semua DOT-ters pun bercuti. Ada yang pergi open house, buat projek sprinkler, hantar assignment ko-k dan melengkapkan puasa 6.



Tapi.

Tapi ada juga DOT-ters yang masih perlu bekerja. Hanya bertiga. Nasib baik la mereka kacak. Jadi tak kisah la mereka bekerja. Mereka bekerja dalam kacak.



Sebelum ke LI, ada la suara-suara comel menyurakan nak ke PD. Tapi sampai ke sudah laut PD pun tak pernah cecah. Jadi, selaku jejaka yang kacak, nak tak nak kami terpaksa memikul perihal ini ke bahu sendiri. Kami ke PD untuk melihat lokasi strategik bagi aktiviti lagha yang boleh dilakukan oleh semua DOT-ters.

Janji pukul 9 pagi nak gerak. Namun seorang ja berjaya bangun pada jam itu. Itu pun sempat main Farmville lagi. Sudah pukul 10 baru terhegeh-hegeh ke kafe. Sempat lagi nak meneguk teh tarik gelas. Tolak masa ke bank dan masa drebar yang mengisi minyak yang lama tahap infiniti itu, kami bertolak pada jam 11 pagi.

Sampai jam 12.

oleh sebab tidak membawa losyen, kami tidak mandi kerna bimbang akan dikutuk akibat sunburn. Jadi kami pun pergi la survey beberapa hotel dan resort. *hanya 1 hotel ja receptionist gadis lawa, yang lain semua lelaki perut boroi*



Memang mencabar la, walaupun kami kacak, kami sering dipandang sinis dengan pandangan "Muka dah ada, duit ada ke?". Tapi kami tak kisah, kami maintain kacak.

Semasa dalam perjalanan nak survey seorang peraih undi sempat mengangkat 1 banner yang menarik pada kami.

"Hon jika anda PAS"

Nak tau kami undi atau tau? Emm, itu cerita lain.

Dah puas survey, maka kami pun mandi. Tak lama pun kami mandi. 2 jam saja. Naik pun sebab kaki dah luka terpijak batu.

Malamnya kami sempat lagi pergi makan ikan siakap 3 rasa. Nak cakap ke sedap ke tak? Tak payah cakap la. Yang penting semua habis.



Tak sampai 12 jam kami di PD. Macam-macam yang kami rasa. Puas dan seronok itu sudah tentu. Penat pun dicampur adukkan sekali. Namun kami buat ini untuk kita semua. Anda semua mau pergi atau tidak, itu terpulang.



Tapi selaku semua budak final year, aku sarankan kamu pergi. Dah lama tak berjimba dengan kamu semua. Adik-adik mungkin ada peluang lain, tapi marilah berjimba bersama kami. Itu aku sarankan.

Sekali lagi. Mau pergi atau tidak, itu terpulang. Ini negara demokrasi, apatah lagi aku memang tidak berbakat untuk menjadi diktator. Jadi buatlah keputusan sendiri. Kamu sudah besar. Bila mau pergi, itu terpulang.

Aku, Palie dan Ijan sudah rasa. Memang gembira berjimba bersama. Sangat gembira. Apatah lagi dengan sahabat yang dah dianggap seperti keluarga.

Kami sudah rasa bersama. Jadi kami pun mau rasa perasaan ini bersama anda.





Jadi, nak pergi PD?

Wednesday, April 1, 2009

Event > Lagi-lagi Makan!!


Ohhh
Semua dah maklum
Jumaat malam akan diadakan majlis makan

Bukan

Majlis Kudapan
(Bimbang akan melukakan hati Leha dan Say O)

Kami faham
Kami faham bahawa hobi Leha dan Say O bukan "makan"

Persiapan akan dimulakan pada jam 6.30 ptg
Yang percuma minta datang mengadap memberi bantuan

Aktiviti malam itu
Akan diadakan persembahan multimedia
Akan diadakan permainan
Akan diadakan sesi mak...errr...kudapan

Ini request
Dari abang itu yang sudah mau habis extendnya
Minta setiap batch buat persembahan
Satu batch, satu persembahan
Katanya, lebih pun tak kisah

Dan sudah tentu
Abang itu jua perlu buat persembahan
Sendirian
Kasihan

Tapi
Aku pun sama

Itu saja
Segalanya akan diupdate lagi kelak

Thursday, March 26, 2009

Event > Makan Lagi??

Maaf Zati.
Maaf Leha.
Maaf jua buat Say O.

Impianmu untuk kurus mungkin akan hanya tinggal kenangan.
Kerna masih ada lagi jamuan makan untuk semua.

Berkat kupasan idea dari semua pihak, maka keputusan idea telah diambil.
Satu jamuan makan akan dibuat pada 3 April ini.
Maklumat lanjut, klik saja pada gambar di bawah.


Owh, pasti ada gimik.
Jangan kau risau.
Harap bersabar.

Mintak semua DOTters ringankan punggung untuk menghadiri jamuan makan ini.

Sebarang maklumat lanjut akan dipost lagi melalui blog ini.
Atau boleh terus rujuk pada group friendster DOT.