Sunday, October 11, 2009

Pergi Bukan untuk Suka-suka

Semalam 10.10.09. Tiada yang spesel. Hanya hari yang biasa. Tapi semalam hari minggu. Semua DOT-ters pun bercuti. Ada yang pergi open house, buat projek sprinkler, hantar assignment ko-k dan melengkapkan puasa 6.



Tapi.

Tapi ada juga DOT-ters yang masih perlu bekerja. Hanya bertiga. Nasib baik la mereka kacak. Jadi tak kisah la mereka bekerja. Mereka bekerja dalam kacak.



Sebelum ke LI, ada la suara-suara comel menyurakan nak ke PD. Tapi sampai ke sudah laut PD pun tak pernah cecah. Jadi, selaku jejaka yang kacak, nak tak nak kami terpaksa memikul perihal ini ke bahu sendiri. Kami ke PD untuk melihat lokasi strategik bagi aktiviti lagha yang boleh dilakukan oleh semua DOT-ters.

Janji pukul 9 pagi nak gerak. Namun seorang ja berjaya bangun pada jam itu. Itu pun sempat main Farmville lagi. Sudah pukul 10 baru terhegeh-hegeh ke kafe. Sempat lagi nak meneguk teh tarik gelas. Tolak masa ke bank dan masa drebar yang mengisi minyak yang lama tahap infiniti itu, kami bertolak pada jam 11 pagi.

Sampai jam 12.

oleh sebab tidak membawa losyen, kami tidak mandi kerna bimbang akan dikutuk akibat sunburn. Jadi kami pun pergi la survey beberapa hotel dan resort. *hanya 1 hotel ja receptionist gadis lawa, yang lain semua lelaki perut boroi*



Memang mencabar la, walaupun kami kacak, kami sering dipandang sinis dengan pandangan "Muka dah ada, duit ada ke?". Tapi kami tak kisah, kami maintain kacak.

Semasa dalam perjalanan nak survey seorang peraih undi sempat mengangkat 1 banner yang menarik pada kami.

"Hon jika anda PAS"

Nak tau kami undi atau tau? Emm, itu cerita lain.

Dah puas survey, maka kami pun mandi. Tak lama pun kami mandi. 2 jam saja. Naik pun sebab kaki dah luka terpijak batu.

Malamnya kami sempat lagi pergi makan ikan siakap 3 rasa. Nak cakap ke sedap ke tak? Tak payah cakap la. Yang penting semua habis.



Tak sampai 12 jam kami di PD. Macam-macam yang kami rasa. Puas dan seronok itu sudah tentu. Penat pun dicampur adukkan sekali. Namun kami buat ini untuk kita semua. Anda semua mau pergi atau tidak, itu terpulang.



Tapi selaku semua budak final year, aku sarankan kamu pergi. Dah lama tak berjimba dengan kamu semua. Adik-adik mungkin ada peluang lain, tapi marilah berjimba bersama kami. Itu aku sarankan.

Sekali lagi. Mau pergi atau tidak, itu terpulang. Ini negara demokrasi, apatah lagi aku memang tidak berbakat untuk menjadi diktator. Jadi buatlah keputusan sendiri. Kamu sudah besar. Bila mau pergi, itu terpulang.

Aku, Palie dan Ijan sudah rasa. Memang gembira berjimba bersama. Sangat gembira. Apatah lagi dengan sahabat yang dah dianggap seperti keluarga.

Kami sudah rasa bersama. Jadi kami pun mau rasa perasaan ini bersama anda.





Jadi, nak pergi PD?

4 comments:

wann afzan™ said...

nk...
tp klu sy sorg??
hurm..
kate nk tulis name sy??

Nazrin Saad said...

jgn isau...
kite cube spya ko xsorg...
dh tulis nama ko..
tapi kami tak tulis kt pasir...
kami tulis dlm hati kami...

Unknown said...

hurm...

wann afzan™ said...

awww..
so lomantik!!!!