Adaptasi adalah proses evolusi di mana suatu populasi menjadi serasi dengan suatu habitat. - sumber : wikipediasebabakutakadakamusdewan -
Itu definisi adaptasi secara amnya. Dalam bidang teater juga ada penggunaan perkataan adaptasi ini.
Kata kunci : Serasi.
Mana-mana hasil sastera yang diambil untuk dipentaskan mestilah diserasikan dengan latar dan tema yang ditetapkan oleh pengarah, bukan sekadar mengambil bulat-bulat apa yang dibaca atau dilihat dari hasil sastera mentah itu.
Satu perkara yang kebanyakan pengarah filem kita gagal kuasai.
Kebanyakan filem atau novel dari luar adalah sangat menarik jika dapat dipentaskan. Tapi keadaan di negara kita yang masih mengekalkan keadaan budaya bangsa yang tinggi masih banyak benda yang ingin kita preserve walaupun melalui adaptasi.
Contoh yang terdekat sudah tentu KL Drift. Sila tengok dan beritahu aku 'alah, sikit ja tiru Fast and Furious'. Orang seni/pengarah tak panggil tiru. Mereka panggil adaptasi. Syamsul cuba adaptasi filem itu ke dalam Malaysia.
Dan bagi gua dia gagal. Banyak aspek Hollywood di dalam filem itu yang tak kena langsung dengan keadaan di Malaysia. Untuk itu, senang aku katakan adaptasi dia gagal sama sekali.
Dan sudah tentu karya fairy tale seperti Sleeping Beauty dan Frog Prince tidak dapat dilakukan di Malaysia.
Dan sudah tentu karya fairy tale seperti Sleeping Beauty dan Frog Prince tidak dapat dilakukan di Malaysia.
Untuk menjadi seorang pengarah, proses adaptasi adalah proses yang sukar di mana sangat susah kita mencari kesempurnaan karya tanpa mencalarkan karya asal dan mengekalkan originaliti karya itu.
Pasti anda masih teringat kegagalan Dragon Ball bukan. Itu kerana proses adaptasi yang melampau hinggakan originaliti karya terkenal itu hilang di dalam proses.
Jadi apa yang penting di sini adalah research. Bukan sekadar mengenal karya, tetapi mengenal penghasil karya itu. Jadi kau tahu apa yang hendak dia sampaikan. Pengarahan aku yang pertama di dalam FTU, aku gagal mengenal penulis skrip Superptuih menyebabkan aku gagal interpret 100% apa yang ingin disampaikan.
Jadi adaptasi itu bukan senang. Kata Ismeth mahu cuba pentaskan A Walk to Remember. Sudah tentu nama watak utama di dalam novel itu bukan Senah dan Karim bukan? Dan jika mahu ambil terus karya itu, kostum dan pelbagainya haruslah bersesuaian. Disebabkan itu karya cinta dari Barat jika hendak diadaptasi di sini sangat mengambil kreativiti yang tinggi.
Teruskan membaca karya dari luar. Itu merangsang kreativiti anda secara tidak sedar.
Tapi sekali lagi ingin tegaskan. Menjadi pengarah bukan tugas yang mudah. Proses adaptasi apatah lagi. Jika adaptasi gagal, pengarah 100% to be blame.
p/s : since kamu semua sibuk memilih karya untuk dipentaskan ini hanya secebis nasihat untuk kamu. terima kasih sebab membaca.
fin.
6 comments:
trimas kongsi ilmu
xsilap gua adaptasi psl satu karya tu ditukarkan kpd karya b'bntuk len...
contoh...
harry potter
dr buku jd filem...
kalo cnth org amik idea dr filem, then wat plak filem...bkn namanye plagiat ke? haha...
mgkn fatin, hazal n ilya lbih tau kerana mereka mngmbil bntuk2 penulisan...
ermmm btoi jgak kn..tenkiu ats nsihat ni org tua~
kalau plagiat, lagi teruklah industri filem kita.
tak. aku rasa itu adaptasi. dia nak bawa masuk ke industri kita dgn elemen malaysia di dalamnya. tapi how he fail.
lebih memalukan dia menang anugerah untuk cerita itu. lagi teruklah industri kita.
eh jap..x phm..pe bndenye plagiat?? terang skit ley x ??
plagiat tu bahasa sastera...
atau bahasa seni...
atau ayat skema...
ayat kita2...
tiru...copy...
Post a Comment