hari ni aku bertekad untuk keluar dari rumah mewah tu. dan kembali ke rumah usang yang dah lama aku tinggalkan x berjaga.
aku gagahkan diri merentasi 66km untuk sampai ke rumah usang tu. dan akhirnya aku berdiri di depan pintu rumah yang sangat lama aku x tatap.
dengan nafas yang berat, aku menolak daun pintu dan melangkah masuk. segalanya tidak berubah. malah seperti dijaga oleh seseorang. masih elok. masih cantik.
aku duduk di suatu sudut. mengenang kembali kisah2 dulu. kenangan gembira, pahit, manis, gelak tawa, tangisan, semua datang bertalu2 menerkam lubuk hati aku.
aku bergegas keluar. keluar dengan hati yang berat. tapi lega. berat kerana rindu aku pada rumah tu masih belum habis. lega kerana rumah tu masih elok berjaga.
dengan butir2 jernih yang kian membasahi pipi, aku berjalan pulang ke rumah mewah. dengan senyuman.
aku tau, hati aku masih pada rumah usang tu.
No comments:
Post a Comment