Friday, July 22, 2011

That Lady



So esok adalah the day. Aku mohon maaf pada tuan punya badan dengan tuan punya badan punya tunang sebab aku dan Ismeth tak dapat hadir atas komitmen kerja atau dalam erti kata lain tak dapat cuti. Kalau cuti kena potong gaji.

*****

Kenangan gua dengan That Lady banyak. Jadi gua kesal sorang-sorang sebab tak dapat pergi. Damn. Jadi gua harap esok adalah hari yang paling bermakna dalam hidup dia. Berikut adalah fakta untuk orang yang tak kenal That Lady.

1. Dulu gua lagi kurus dari dia.

2. Gua pernah conteng muka dia macam celaka tapi orang kata lawa. Sampai sekarang gua tak faham kenapa.

3. Kalau tak ada dia, gua mungkin duduk PTSL dan tak berani keluar KL.

4. Setahun sekali mesti dia tanya gua 'Siapa lagi putih?'. Gua akur.

5. 40% SMS dari dia untuk gua ajak makan, 40% ajak keluar jalan-jalan ke tempat yang gua tak pernah dengar, selebihnya bersembang pasal isu semasa.

6. Nama betul dia Fatin Fasihah bt Mazelan. Mazelan tu nama ayah dia, kerap orang eja silap. Ayah dia tu garang. Ada misai kalau tak percaya.

7. Adik dia ambik medik macam adik gua. Tapi adik gua kat Poland, adik dia kat Russia. Gua tak ingat nama tempatnya.

8. Masa dia 1st year, dia pendiam, gua selalu buli dia. Sekarang dah terbalik pula keadaannya.

9. Bertentangan dengan kepercayaan umum, dia pun pandai masak selain pandai makan.

10. Ismeth takut gila dengan dia.

*****

Okay, 10 fakta dah cukup dulu. Tribute selanjutnya akan gua lancarkan setelah segala majlis selesai.

Buat adik Fatin Fasihah bt Mazelan, gua ucapkan tahniah dan good luck untuk beliau.

Tahniah untuk hari esok dan lusa. Good luck is for the rest of your life. Aku dan rakan-rakan yang tak dapat hadir mendoakan semuanya selamat dan semoga kau menjadi isteri dan ibu yang terbaik.

Amin.

5 comments:

Anonymous said...

pos la hadiah kalo xdpt dtg...
haha...

say- O said...

time really flies baby...

satu macam tamparan realiti pada aku. sila move on, jangan sandar pada kenangan sangat.

N.W.I said...

ya,good luck...
berdebaq plak hati cek!~ hahahaha...
semoga bahgia sampai syurga~

hazal said...

semoga bahagia cik Fatin~

ini jiran leha said...

semoga mnjadi isteri ppsm yang hebat dan bersistematik. ouhyeah.~!

tahniah kak faten ;)