Apa-apa pun, semua ni aku tulis berdasarkan pendapat, pemerhatian dan isi hati aku. Dan sebenarnya aku malas nak menulis pasal ni, tapi aku tulis la juga, kalau ada seorang dua boleh jadikan rujukan atau panduan pun aku dah cukup puas hati.
***
Teater konvensional tu istilah aku, tak ada dalam mana-mana nota tokoh teater. Teater konvensional ni teater yang kita selalu buat. Ada set, ada 4, 5 pelakon. Yang macam kat IB, yang macam Takdir Ilahi.
Teater minimalis pula adalah trend teater indie sekarang ni. Segalanya diminimakan. Set minimum, pelakon minimum. Malah seorang pelakon boleh memegang 3-5 watak dalam 1 masa seperti Teater Juta-juta dan JalanG Belakang Bukit Bintang yang pernah kita tengok.
***
Tak dinafikan teater minimalis sedang naik sekarang ni. Hampir semua teater indie kat luar ambil haluan ni, sebab utamanya adalah ianya cost effective. Dengan hanya satu dua pelakon dan set yang bermodalkan RM50 satu produksi teater boleh dihasilkan.
Jadi, apa signifikannya teater minimalis dengan scene teater konvensional budak-budak macam kita?
Bagi aku, tiada signifikannya. Kawan aku pernah cakap yang MAKUM sudah ketinggalan zaman, yang sepatutnya MAKUM cuba adapt teater minimalis kerana realitinya scene minimalis semakin berkembang. Yang sebetulnya jika budak-budak baru nak up macam kita nak survive di luar, kita perlu tahu ini semua.
Bagi aku tak.
Betul, teater minimalis makin up di luar. Tapi untuk kelompok macam kita, kelompok yang baru hendak belajar ia adalah faktor luar.
Secara jujurnya, macam mana kita nak faham konsep absurd, realis, perbezaannya jika semua karya dipertandingkan atas kanvas minimalis?
Teater adalah cabang seni yang popular, tapi jika cuba dikenalkan di peringkat universiti menerusi konsep yang terlalu berat, maka berapa ramai yang akan berminat untuk join benda ni? Dan dah terlalu banyak orang yang aku tengok pergi selepas tahu teater itu bukan benda main-main.
Mungkin teater minimalis, sebuah teater eksperimental boleh diperkenalkan pada pelajar-pelajar IPTA, tapi untuk MAKUM secara overallnya, masih terlalu awal apabila aku melihat juri MAKUM sendiri lebih gemar pada konsep realis dan surealis pada festival yang lepas.
***
Kesimpulannya, teater konvensional adalah comfort zone. Aku bukan tak setuju 100% dengan pendapat kawan aku tu. Malah dengan adanya teater eksperimental baru kita boleh kembangkan ilmu kita, bukan?
Tapi setiap benda kena ada stage dan prosedurnya.
Dan melihat pada kelibat dan mentaliti kita, tak semua bersedia untuk adapt dengan konsep minimalis buat masa ini.
Kalau teater konvensional pun tak lepas lagi, macam mana nak adapt dengan teater ekperimental.
p/s : tak ada masa nak check typo.
fin.
3 comments:
terima kasih abg naz.
teater minimalis ni menarik gila. pelakon mmg kena kuat. dari dulu teringin nak bawak teater minimalis
dah nama teater minimalis-semua bnda kna minimal, silap2 haribulan lakonan pon smpai tahap minimal (kalau nangis-nangis asal nangis je:contoh)
setuju ngan statement ni. teater is precious, something yg we inherited from our ancestors and had even been changed tremendously through times. seriously, kalau kita rancak sangat berteater minimalis, takut2 keterujaan untuk bekerja berpasukan (buat set, cari duit, berlakon bagai nak rak, etc) semua hilang n merasakan bnda2 lain tak perlu, ckup sekadar semuanya perlu 'minimal'. -EMO-
Post a Comment