Showing posts with label Arif bosan di rumah. Show all posts
Showing posts with label Arif bosan di rumah. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Spanish Lullaby

Hari ni ada Hari Keluarga di Kolej Dato Onn. Macam biasa D.O.T pun menyibukkan diri untuk menjual pelbagai jenis produk seperti murtabak megi, soda gembira duniawi dan tak kurang juga yang menjual kecantikan diri sendiri.

Oh ya, corn-in-cup menggunakan taktik perniagaan yang baru, sekarang dengan extra cabai. Gua pasti jualan corn-in-cup akan membatasi jualan murtabak megi pada tahun ini.

Untuk informasi tambahan, tahun ini KDO mengadakan aktiviti baru. Chef Besi! Gua tau tajuk dia agak mencilok nama program di televisyen, tapi biasalah cilok-mencilok. Macam AF.

Agak menarik juga aktiviti ni, sesiapa saja b0leh join dan masak apa saja dalam masa 15 minit. Juri akan merasa makanan setiap peserta dan jika juri keracunan makanan, team portable Bulan Sabit Merah KDO disediakan.

Gua juga nampak ada khemah baru di hujung sana. Jual keranda. Just in case.

Ramai ahli D.O.T terbakar dan membara nak join. Tak cukup bulu hidung nak bilang.

Lepas dengar saja Chef Besi, Wann terus hangus membara. Dia yang berpegang dengan konsep Kuku Besi ingin meluaskan lagi empayar D.O.T. Dengan kediktatorannya, dia rasa tahun depan dia dapat kuasai KDO pula. Wann pon join.

Say O dari pagi tadi semangat gila turun pasang khemah, alatan masak D.O.T bagai. Wangi kot Say O. Entah berapa gelen bedak dia pakai hari ni. Tiba-tiba dia pun join Chef Besi. Gua memang musykil. Tak kan nak masak air saja kot Say O ni?

Oh. OK. Gadis Tebu buka gerai di khemah sebelah. Besarnya.. Tebu.. Err..

Oh, ada pasangan duet dari D.O.T. Eh, seperti tri-et. Tapi, Yuyu tengah tidur. Tak dikira. Ijan dan Wawa juga join! Gua rasa pihak penganjur kena rendahkan meja masak sedikit. Takut ada complaint nanti kalau tak menang. Mungkin kena tambah cabai lagi.

Leha juga masuk! Tapi gua rasa dia tengah cari publisiti disamping kalau-kalau dapat pakwe yang sedang menonton dia masak. Dia upah ane masak sambal. Siap pasang TV LCD lagi. Ada cop "Mapley" pula.

Shira dan Daia juga masuk. Gua tak pasti diorang nak masak apa. Tapi gua rasa diorang cuba mempersadakan resepi murtabak megi D.O.T. Lagi pun gua rasa itu saja yang diorang reti masak. Selain masak air guna cerek eletrik.

Tak lain dan tak bukan, Ismeth. Dia dah lama bertenggek dekat khemah Chef Besi. Gua rasa dia ingat ni khemah makanan buffet. Sebab tu dia sign-up tadi. Tapi. Dah join. Nanti kita lihat macam mana dia perform.

Ahli-ahli D.O.T yang lain tak dapat join. Sibuk dengan gerai D.O.T, ada yang sibuk mencari jejaka, tak kurang juga yang tengah menyelamatkan dunia.

Okay, nanti gua sambung cerita bila pertandingan dah bermula. Gua nak tilik siapa yang menang juga susah. Sebab semua pun gua tak pasti boleh masak ke tidak. Kalu pertandingan makan, gua dah tak payah buat laporan dah.


bersambung...



cut.






Tuesday, May 4, 2010

Awek Dekat China Cun Tak?

Di keheningan 1 pagi di Kolej Dato' Onn, Wang Afzang masih belum tidur. Dia masih khusyuk menonton marathon siri cerekarama 'Watashi wa Sukides di Okinawa' sambil exercise bajet nak kurangkan peratusan lemak badan.

Tiba-tiba penat. Makan burger ayam 2 biji.

Tengah rakus Wang Afzang menelan 2 biji burger ayam secara serentak, tiba-tiba external harddisk 1 Terabyte pujaan beliau berhenti berfungsi.

Pemikiran kritikal Wang Afzang straight to the point mengkonklusikan, ada meteor besar bakal berlanggar dengan Bumi!

Pantas dia merampas telefon bimbit KK yang tengah sibuk blushing depan YM lalu menaip mesej kepada Pengarah ANGKASA, Fatin,

"Ada meteor besar nak langgar Bumi! Bubye. xoxo!"

"p/s. nak pergi Mapley tak?"


Fatin dengan jentera ANGKASA telah menyewa Space Shuttle dari syarikat terkenal, Kiffah. Tapi dapat sebuah saja. Duit PT beliau tak cukup.

ANGKASA memerlukan 3 orang yang cukup berkaliber untuk memandu sebuah Space Shuttle. Setelah perbincangan 5 minit di meja makan Mapley, 3 orang tersebut telah terpilih. Makan 4 jam.

Seorang pakar nuklear, Ismeth telah diberi tugas untuk meledakkan meteor itu kepada dua.

Jurutera juga diperlukan, cuma ada Ijan. Yang lain tengah sibuk menyelamatkan dunia.

Dan satu pilihan bebas, Palie. Yang lain semua ada alasan nak menari, nak pergi dating dan tak kurang juga lesen memandu yang dah tamat tempoh. Termasuk juga alasan pergi balik ke negara asal.

Tapi, yang sampai dekat tempat berlepas, cuma Ismeth dan Palie yang kelihatan. Mana mungkin tak kelihatan bukan? Saiz memainkan peranan dalam menonjolkan diri.

Fatin baca surat khabar pagi ini, Lelaki Masuk Wad Cabai Masuk Mata. Dem kata Fatin.

2 orang pun tak mengapa. Sampai di pintu lif. Palie kena tahan dengan pak guard. Ketinggian melebihi had yang dibenarkan. Dem lagi kata Fatin.

Tiada masa lagi. Ismeth memikul tanggungjawab memandu, meletupkan meteor dan membayar balance sewa Space Shuttle.

Berlepaslah Ismeth. Tu pun lepas dah keluarkan semua benda-benda yang tak penting untuk meringankan Space Shuttle kecuali makanan dan DVD porn.

Setelah beberapa jam Auto-Pilot dan bermesej dengan Cik M. Ismeth telah diketemukan dengan meteor yang diheboh-hebohkan itu.

Memang besar. Saiz ukuran lilit pinggang Wang Afzang.

Ismeth meng-activate-kan bomb nuklear bersaiz bucket KFC itu. Dia buka tingkap, dia baling tepat dekat tengah-tengah meteor itu. Beliau pun chow.

Fatin roger Ismeth,

"Lu set pukul berapa bomb tu meletup?"

"Gua set dalam pukul 6 macam tu nanti gua nak bangun tonton Maria Ozawa in Okinawa."

"Baik lu cepat der, lu lupa ka kat sana cepat 4 jam, ada lagi 15 minit saja der."

"Dem!"


Cuma tinggal 5 minit lagi sekarang. Ismeth masih belum memasuki atmosfera bumi. 2 minit saja lagi, Fatin suruh Ismeth eject.

"Nanti sapa nak ganti rugi?!"

"Kita pakai duit DOT dulu!"


Ismeth tekan eject. Tak ada apa-apa berlaku.

"Eject rosak!"

"Cuba check dashboard!"

"Seat overload! Dem!"


Itu kata-kata terakhir Ismeth. Sampai bila-bila semua jentera ANGKASA akan ingat kata-kata itu. Lepas peristiwa tu Fatin letak jawatan dan pergi bercuti ke China.

Bumi selamat dari berlanggar dengan meteor.



Ismeth juga selamat. Crash landing betul-betul depan porch rumah Cik M.



cut.