Wednesday, December 23, 2009

DOT dah Kurang Indie

Dah lama tak mengarang di sini. Alasan? Malas. Tak ada mood. Kecewa. Frust. Cinta ditolak. Dan tidak bercadang untuk menulis sehingga habis tahun. Namun pengecualian dibuat atas sebab yang tak dapat kuelakkan.

DOT bermula dari suasana yang sederhana. Tak kira la bajet, bilangan orang mahupun dari segi kegahan setting. Semua berkonsepkan sederhana. Belum mampu menandingi lain-lain kolej yang mampu membawa suatu yang gah. Namun itu tidak penting kerna DOT bermula dari DOTters sendiri, ya, kamu yang sedang membaca sekarang ini.

Terlalu keterlaluan jika aku ingin ungkapkan bahawa DOT berpusar atas satu paksi, atas satu individu. Tidak. DOT melibatkan semua. DOTters ibarat kepingan kaca sebuah mahligai. Tanpa cebisan kaca yang lengkap, mahligai takkan dapat disempurnakan.

Hari ini mahligai itu retak. Walau masih gah, tapi retak.

Nurliyana Nadirah bt Abdul Zaki.

Kalau tulis nama ni dalam URTV mesti la tak sesaing dengan Misha Omar, Didier Drogba mahupun Obama. Tapi nama ini mengambil tempat yang istimewa dalam diri sesetengah orang, mahupun sesetengah DOTters.

Tak pernah tak terlibat dalam sebarang aktiviti kecuali drama BI baru-baru ini melambangkan komitmen beliau yang cukup kritikal. Beliau diibaratkan sebagai peserta yang prolifik. Ada saja beliau di setiap masa.

Rasanya belum mampu untuk diungkapkan sumbangan beliau dalam kalimah kata-kata apatah lagi dengan bahasa isyarat. Namun sumbangan beliau akan dihargai. Cuma pasti akan ada yang merindui selepas ini. Tak percaya, baca entry di bawah.

Kerna tiada lagi kelibat gadis indie yang cakap Nogori selepas ini. Dan pastinya tiada lagi adegan ini.



Biarlah orang lain tak rindu. Sebab aku pasti rindu. Biarlah kau sendiri di tempat lain, Yana. At least ko boleh tengok porn tanpa gangguan.

Untuk Arep, assume ja ko Gerard dan ko kena kad merah. Assume DOT ni Liverpool dan doakan kitorang masuk big 7 walaupun tanpa ko. Sebab lepas pergantungan ko, ko leh tolong kitorang masuk big 6 pula.

Stokastik.

Ini fenomena berlaku dalam mesyuarat ahli parlimen yang pertama pada pukul 9 malam tadi. Ada suka. Ada dukanya. Lumrah kehidupan. Seperti kata aku. Roda itu bulat. Kejap kita dibawah kejap kita di atas.

Malam tadi memang kejap suka. Kejap duka. Kejap suka balik. Ini proses stokastik dimana perubahan keadaan secara rawak. Ok. Hentikan pemberian maksud kata-kata di atas.

Berita yang aku dapat tahu. Ahli-ahli parlimen ini akan menyertai beberapa pertandingan teater yang dianjurkan oleh negara Rahim Kajai [MEFEK}. Mungkin akan mempersembahkan teater lif di Hari Terbuka negara dan menyertai pertandingan inter-negara. Ini mungkin.

Untuk MEFEK. Dayah telah dilantik sebagai perdana menteri. Timbalan oleh Rayn. Menteri kerja raya disandang oleh Sharif. Lain-lain menteri akan dilantik pada malam 23 Disember 2009. Pergerakan pertama negara ini memasuki pertandingan peringkat antarabangsa adalah pada 7 Januari 2010. Tempat kejadian belum dikenalpasti.

Ok. Masuk cerita duka. Bekas perdana menteri untuk drama English. Mungkin menarik diri. Dari merangkul jawatan ahli parlimen DOT. Atas alasan kukuh oleh ibu kandung beliau. Kerana keputusan peperiksaan pertama beliau yang tidak dapat diterima kerabat keluarga. Mungkin untuk 1 semester. Entah. Ini stokastik. Tidak boleh jamin bila dia akan kembali.

Jamilah. Ini duka. Dia tidak bersama lagi dengan DOT. Dia telah dibuang negara. Telah memohon untuk ke negara Pendeta Zaaba. Jadi semakin jauh. Oh tidaklah dibuang negara sehingga tidak boleh kembali. Mungkin semester hadapan. Siapa tahu? Proses stokastik sukar dijangka.

Hanya kerana tidak membuat pengesahan untuk meneruskan visa supaya dapat menetap di negeri ini, masalah beliau berlanjutan. Apabila ibunda beliau nekad untuk mempertahankan maruah anakandanya sebagai ahli parlimen dalam DOT ini. Malangnya, pemerintah negara ini keras hati. Tekad untuk tidak mengekalkan posisi Jamilah di negara Dato' Onn ini.

Untuk sementara waktu, beliau berada di rumah Tun MD. Sebelum beliau berlepas ke negara Zaaba pada 24 Disember ini. Diharap beliau akan pulang untuk bersama kita semula.

Sekian.

Saturday, December 19, 2009

Storm Warriors: benar- benar 'STORM'



Maaf jika korang terganggu dengan hasil penulisanku ini di mana korang mungkin bermonolog dalaman seperti ini,"asyik2 dia je tulis.."....apakan daya kerna masa yang banyak ini aku ingin berkongsi pengalaman dengan korang semua tentang movie yang baru aku tengok tadi, tak lain tak bukan Storm Warriors...benar2 storm cerita nya...

Secara ringkasnya, ia berkisar tentang 2 sahabat yang bersatu melawan penjajahan musuh negara hingga wind sanggup pilih jalan hitam untuk berjaya. Akibatnya, wind menjadi tak terkawal, mengganas tak tentu hala. Adakah wind akan pulih? berjayakah mereka dalam menghalau penjajah? apakah kesudahannya? tengoklah sendiri TETAPI fikir 20x sebelum beli tiket wayang, sangat tak berbaloi dan lebih baik korang donload ngan internet lagi bagus.

Kenapa?

Terlalu banyak kelemahan dalam movie ini. Story line yang terlalu/ya amat/absolutely simple, dialog(skrip) yang sangat lemah, setplay yang sikit (TIGA SAHAJA sepanjang movie ini?), aksi lawan yang terlalu drag dan berulang, ending yang tak best dan semestinya tak da part yang langsung capture penonton( saya rasa anda pernah dengar ungkapan capture penonton ini).

chapter paling best dalam Pedang Setiawan: bila Awan terpaksa lawan Badai

Memang kalau nak jadi sebijik macam dalam komik adalah mustahil, tapi awat yang storm rider boley ja depa buat? cek siap tengok berulang- ulang lagi, last time tengok taun lepas.. Dalam movie baru ni kalo ikut story dalam komik ia mampu membuat anda MENANGIS, sekurang- kurangnya sangat sedih. tapi kerna ...arghhh!!!aku kecewa gila dengan movie ni!!

chapter paling best dalam Pedang Setiawan: bila Awan terpaksa lawan Badai

Korang nak tengok, silakan, donload la kat mana2 yang ada. Tak disarankan sama skali tengok kat panggung wayang.

Tuesday, December 15, 2009

At last! These are my words,

Sekali lagi, bila cuti antara sem tiba, perkara- perkara berikut berlaku pada aku:

Rutin harian
  1. bangun pagi, terus switch on computer, pi mandi, pastu main game.
  2. sampai tengah hari, makan sat. sambung main game lagi. baca novel.
  3. petang pi exercise(basketball atau jogging)tapi la ni x leh exercise, arahan pakcik tukang urut, maka bertambah gemuk la aku.
  4. malam main game lagi. tengok bola kalau ada.pastu tidoq.





Ulang aktiviti atas sampai hampir sebulan, semestinya datang perasaan yang tak terasa pun time kat ukm. mula rasa boring, mula tringat kat ukm, mula melayang ke arah FST, KDO, K2D204, dan mula teringat kat DOT.

Yeah. DOT.

Bila tringat kat ukm mesti ada bahagian DOT. Tak tau nak buat camna lagi, dah jadi cam satu kepastian biarpun diri ini ada love- hate relationship ngan DOT. Terlalu banyak peristiwa menarik berlaku sepanjang menjadi ahli DOT ini. Rasanya x perlu diulang sebab semua orang tahu apa aktiviti kita (Ekslusif- Boria Dato' Onn pecah tradisi!!haha.apa punya editor.) Waktu-waktu gembira, sedih, serabut, tension, jeles, geram, puas hati semua dirasai dalam DOT.

Terus- terang cakap, aku paling suka time DOT season 2008/2009.

Bukan ingin mengecilkan/ mengguriskan hati junior2 1st year, tapi itulah apa yang aku rasa selama ni. Biar aku jelaskan dulu sebabnya.

Bila aku reflect balik sesi 2008/2009 aku nampak unity yang kuat antara ahli2 DOT. DOT dalam keadaan terbaik. Semua orang work as a unit. We held our meetings, discussions, training, rehearsals, hanging out, even g pesta konvo pun skali. Aku sangat suka kalau abang Naz cakap "malam ni training, gtau semua orang". Hasilnya malam tu semua orang dapat sms trademark "jom teater", haha.. Reason? I like being with my fellow dotters, x kisah junior senior. Aku sangat suka bekerjasama dengan ahli2 DOT , aku sanggup pakai duit kerajaan untuk DOT (tapi jangan banyak sangat!!), sanggup kadang2 kena bahan ngan ahli2 K2D (biasa la tu,tapi diorang la penyokong setia DOT setiap kali ada function), ringkasnya,

Aku suka ngan ahli2 DOT.

Kalau macam bila beli pc baru, hard disk 500 gig akan dibuat satu partition bertajuk DOT.
DOT always special to me, personally and professionally. But unfortunately, time bring changes to people.

Tak semua orang sama pemikiran, tanggungjawab dan perasaan. Setiap orang ada tanggungjawab dan pendirian masing2. I understand, and good luck in your work. Dan dengan adanya ahli2 junior yang tak seberapa ramai ni (korang lagi sikit dari batch aku, haha), aku cuba untuk mewujudkan atmosphere macam dulu,,tapi rasanya aku fail. Biarpun aku sempat merasa kemenangan mutlak dalam satu pertandingan itu, tapi bila kenang balik, ia tak dapat padam rasa yang 'lost' itu. Huhu..

Pada junior2 1st year, arip-ismeth-sharip-rayn-syeera-dayah-oja-izayu-wann-kk, korang memang terbaik. aku salute korang punya effort dan pengorbanan selama ni. Aku berharap, korang akan terus stay, dan terus enjoy dalam DOT. Hayati dan hargai apa yang korang miliki sebelum ia sudah mustahil untuk dirasai lagi. Buat senior sekalian, harapannya sama juga seperti di atas, haha.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku, mungkin aku akan berpisah dengan DOT? mungkin DOT terus menang pertandingan lagi? mungkin tiba2 ahli DOT bertambah 3 kali ganda? Only God knows..
Akhir kata, jika ada salah dan silap sepanjang karangan teks ini, harap maaf. Bukan apa, aku cuma tak mahu lagi berlaku keadaan ini: junior tanya aku soalan yang sama aku tanya kepada abang Naz pada penghujung sem 2 sesi 2008/2009. Itu saja.



Saturday, December 12, 2009

Ini Teman DOT.


Manusia-manusia ini berkongsi tarikh lahir yang sama. Manusia-manusia ini berkongsi umur yang sama. Manusia-manusia ini dari kolej yang sama. Manusia-manusia ini berada dalam UKM. Of course! Manusia-manusia ini mempunyai kegemaran yang sama. Mungkinlah. Tapi manusia-manusia ini suka lepak bersama-sama. Kembarkan. Pasti mahu ke mana saja bersama-sama.

Manusia-manusia secara fizikalnya dan terang lagi nyata berlainan jantina. Manusia-manusia ini berlainan bidangnya. Manusia-manusia ini berlainan batch nya. Manusia-manusia ini bukan kembar kandung. Manusia-manusia ini berlainan ibu dan bapa. Manusia-manusia ini berlainan taste. Mungkin? Hehehe.

Ok. Tanggal 12 Disember 1988 dilahirkan dengan waktu yang sangat berbeza mungkin. Mereka mungkin sedang menyambut hari kelahiran mereka dengan cara masing-masing. Disebabkan seorang di Sg. Petani seorang di Bangi Lama. Disebabkan cuti semester, mereka berjauhan. Mereka hanya berhubung melalui telefon bimbit dan internet.

Mereka akan berjumpa kembali untuk lagi seminggu. Mungkin. Aku tidak mengikuti perkembangan mereka. Mereka akan meraikan hari kelahiran mereka bersama. Mungkinlah. Aku pasti ya! Hahaha.

Ok. Aku mengarut panjang pula. Jadi, SELAMAT HARI LAHIR TEMAN YANG KE-21 TEMAN!

Ini dari Fatin. Hahaha.

Terus terang sejak aku tiada langsung jawatan dalam kelab kebudayaan Kolej Dato Onn itu. Aku langsung tidak mengetahui apa-apa update yang mendatang. Hanya mengharapkan rakan-rakan yang berjawatan tinggi dalam DOT untuk memberitahu apa yang akan, sedang dan telah berlaku.

Disebabkan itu aku tidak mengetahui apa yang patut aku tulis disini. Hahaha. Ini bukan alasan! Tak tak. Sebab kalau nak diikutkan blog aku juga kehausan entri-entri yang macam huduh tapi mampu menarik minat manusia keliling aku baca. HANYA yang keliling aku. Kawan saja lah maksudnya. Heh.

Ok. Petikan diatas tidak masuk topik mungkin. Eh eh masuk! Aku dah tulis. Kira masuklah. Oh ya! Selama sebulan dirumah. Langsung tak mengikuti apa yang berlaku. Aku menjadi katak bawah tempurung kembali.

Eh sesiapa yang berkenaan. Jika sudah penat tulis disini. Mesej aku di nombor Maxis aku. Supaya aku yang mempunyai waktu lapang yang teramat ini mampu memenuhkan ruangan yang kosong ini.

Ha! Pasal baju kebudayaan atau DOT sekalipun. Lenyap tiba-tiba. Mengapa? Cuti saja kau orang tak buat kerja ya. Lepas itu bila sudah masuk UKM balik sudah malas mahu ikuti DOT kan? Hahaha. Ini zaman aku dulu. Macam inilah jadinya. Aku tak tahu kau orang. Harap lagi baik. Pastikan ia lebih baik!

Ok. Entri ini celaru. Maaf. Aku memang ada masalah penyusunan ayat. Serius! Aku gagal dalam mengarang. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi begini. Hahaha. Jadi kalau celaru, jangan baca. Senang. Betul? Hahaha.

Baiklah. Setakat ini mungkin. Nanti ada apa-apa akan aku sematkan penulisanku yang sangat celaru ini disini. Eh! Selamat berjumpa kembali minggu depan! Bila PTPTN masuk ya

Kalau sakit mata baca. Hahaha. Padan muka!

Wednesday, December 9, 2009

Kisah Kapitalis yang Menelan Globalisasi Ke Arah Wawasan yang Tegar


Dan seperti biasa, apa yang gua tulis tak ada kaitan pun dengan tajuk. Kali ni gua nak hebohkan pada dunia. Tentang sesuatu aktiviti.

Aktiviti ni tak ada kaitan pun dengan DOT, tak ada pun ahli DOT yang mengerah kudrat untuk event ni. Tapi gua tulis juga for the sake of art and for the sake of this blog. Ye ah, kalau gua tak tulis, sampai tahun depan pun gua tak yakin blog ni akan diupdate atau tak. Gua taknak blog ni berkubur sepertimana group FS mahupun group FB yang sudah nyawa-nyawa ikan tu. Well, at least not while I'm watching.

Well, gua mulakan dengan memperkenalkan MAKUM. MAKUM tu majlis kebudayaan universiti-universiti Malaysia. Gua rasa dengan nama pun lu dah tau apa kerja pertubuhan tu. Kalau tak tau tanya Fatin. Dia tau semua.

Tahun ni pelik sikit. Segala jenis aktiviti kebudayaan disatukan dalam 1 festival. Ibarat macam sukan SEA. Sumpah. Macam sukan SEA. Sebab yang menang akan ditentukan dengan bilangan pingat emas, perak, gangsa yang diorang dapat. Bayangkan join boria dan dapat pingat emas. Cool kan? Atau mereng? Entah ah bai...

Trivia untuk DOT. Boria akan menggunakan lagu yang sama seperti boria KDO dengan konsep yang turut sama. Cuma bezanya adalah dari segi tema. Tema kali ni 1Malaysia.

Nak tau pasal jadual klik [sini].

Maaf. Entry kali ni membosankan. Gua cuma taknak tengok blog bersawang. Itu ja. Jangan baca kalau tak suka.

Sekian. Nas yang tulis.