Cerita kali ini hanya sekadar ingin mengongsi pengalaman dan juga perasaan. Bukannya mahu menzahirkan perasaan di hati a.k.a membuatkan Ijan berkata "apa emo2 ni?"(hah!), tetapi mungkin berjaya dalam membantu Wawa memahami lebih dalam bidang yang dia kurang faham setakat ini (hehe! sekadar andaian..)
Ok ni citer dia. Satu petang yang cerah, seorang lelaki berasal dari utara baru je habis menjalani proses lab kimia nya, maka dia pun pergi ke seksyen 15 a.k.a area mapley dengan niat untuk menggunting rambut di Kedai Gunting Rambut Abang Macho (ni nama betul la! aku tak tipu!).
Selesai aktiviti memendekkan rambut, si lelaki ni pun menghidupkan motor kriss birunya. Tetapi, semasa baru hendak memulas minyak, diperhatikannya dari jauh!!!!...........
Gerai pisang goreng yang di depan longgokan sampah juga bersebelahan petronas itu beroperasi.
Fokus lagi!!!.......
Gadis penjualnya adalah gadis itu..
Tanpa berlengah si lelaki ini terus memecut dan henti betul2 depan gerai itu, dengan wajah selamba seraya berkata:
"kak, pisang 3."
"ha?"
"pisang 3 ringgit."
"ok."
Ini dinamakan nafsu. Ada 2 nafsu yang berbeza.Pertama, si lelaki ini tak lapar pun, dahaga pun tidak, tapi masih menggedik mau beli pisang goreng, kononnya mahu dimakan sambil main fb. Keduanya, faktor si gadis itu. Ha......
Dia memang cantik a.k.a lawa .a.k.a cun. Cantik camna? Korang g la tengok sendiri, tapi jangan berharap sangat sebab dia jarang ada, maybe dia student kot? Kalau nak diekspresikan melalui ayat2 indah, saya rasa saya kurang mahir, tetapi mungkin cukup untuk diimaginasikan dengan gambar ini:
Maka, dengan berbekalkan pisang goreng 3 ringgit beserta air kelapa satu (macam set combo tengok wayang pulak), si lelaki ni pun sampai ke bilik dan mula ber-fb- dengan tenangnya. Namun, pisang goreng yang 3 ringgit itu hanya mampu dihabiskan 1 ringgit je..selebihnya disedekahkan kepada teman2 di bilik.
Nampak tak, seorang lelaki dengan mudahnya terpengaruh untuk membeli pisang goreng hanya dengan kehadiran gadis itu. Hebat bukan?
Thursday, February 11, 2010
Friday, February 5, 2010
Life Must Go On
Aku pun pernah merasai kehilangan itu.
Tika itu, ada orang cakap, "Whatever happen, life must go on"
Ya. Betul. Tapi life will never be the same again.
Sebab itulah ada kami di sini.
Al-Fatihah untuk Allahyarham dan Allahyarhamah.
Fin.
Tika itu, ada orang cakap, "Whatever happen, life must go on"
Ya. Betul. Tapi life will never be the same again.
Sebab itulah ada kami di sini.
Al-Fatihah untuk Allahyarham dan Allahyarhamah.
Fin.
~ al-fatihah ~
Setiap yg hidup pasti akan mati
Itu lumrah alam
Tp setiap yg masih hidup perlu meneruskan kehidupan
Mmg ia terlalu pedih
Apatah lg org yg dikasihi pergi mninggalkan kita buat selamanya
Tp ingatlah...
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
Dia lebih menyayangi hamba-Nya
Dia lebih mengetahui apa yg dirancang-Nya
Dia tidak akan menguji hamba-Nya tanpa sebab
Itu pasti...
Namun...
Dia tidak akan menguji dgn apa yg tidak terdaya dipikul oleh hamba-Nya
Kerana Dia tahu hamba-Nya hanyalah seorang manusia
yg lemah lg hina di sisi-Nya...
Oleh itu...
Yakinlah
Anda sebenarnya mampu menanganinya
Kami di sini ttp akan menyokong anda
Percayalah...
~ khas utk wann dan rayn ~
p/s: maaf sbb ble kata aku bwt ni agak (ntah la...), tp ni lah luahan hati aku...

Thursday, February 4, 2010
Award
Ala-ala Academy Award, DOT juga akan memperkenalkan Awardnya sendiri nanti. Award yang akan ditentukan akan dibentang dalam dinner atau AGM DOT kelak. Award yang akan ditonjolkan adalah menyerupai Academy Award atau Anugerah Skrin dalam bahasa Kebangsaan.
Nota :
Hanya 3 produksi yang akan dinilai ; Boria, Drama BI, MeFEK. ICAF tidak sempat dihantar untuk dinilai oleh panel juri.
Juri adalah di kalangan penghuni blog ini juga. Poll akan dilancarkan dari hari ke hari. Jadi, undilah ya!
Jika berlaku seri, akan diadakan tie-break menerusi kuasa veto gua sendiri.
Berikut adalah senarai anugerah yang akan dipertandingkan.

- Best Production
- Best Director
- Best Actor
- Best Actress
- Best Supporting Actor
- Best Supporting Actress
- Best Soundtrack
- Best Comedy Performance
- Future Star (Male)
- Future Star (Female)
- Best Production Manager
- Special Scene Award
- DOTters of the year
Fin.
Tuesday, February 2, 2010
Untuk Semua...
Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh
Fin.
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh
Fin.
Monday, February 1, 2010
...
Aku tak tahu nak tulis tajuk apa. Aku rasa kauorang kawan aku yang paling bagus. Even aku macam celaka. Still kau orang layan aku macam tak ada apa-apa. Still kau orang tolong aku. Terima idea aku. Even mungkin ada cerita belakang pasal aku. Aku tak kisah.
Sebab kau orang pandai jaga hati. Kau orang kawan baguslah. Kau orang belum ada yang pijak kepala aku. Aku harap jangan ada. Aku tak nak ada kawan macam itu. Aku dah penat. Aku tak akan maki orang yang baik dengan aku. Apatah lagi orang yang macam celaka dengan aku. Sebab aku tahu sakit jiwanya bila kena maki. Rasa macam nak maki orang tu balik.
Maaf tiba-tiba emo. Aku nak beritahu yang kau orang paling baik untuk aku. Selain apek. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)