Showing posts with label Tributes. Show all posts
Showing posts with label Tributes. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Akhirnya kepompong menjadi rama-rama.

Tahun ni ramai yang grad. Aku rasa sunyi sebab dotters yang satu batch dengan aku grad juga. Kecuali Kejut Babes. Diorang 4 tahun. Eh.. Aku sorang je yang extend dalam batch ni? Dem. Ok takpe. Aku nak assume aku budak Kejut juga.

Arepudan.
Masa awal-awal masuk DOT memang budak ni paling menonjol. Sebab rambut dia. Ya. Rambut dia.

Memet Mok.
Dulu dia ni pendiam. Tak bergaul sangat. Aku yang tegur dia dulu. Lepas 3 bulan macam tu terus pandai cakap lucah-lucah. Benda yang paling aku ingat dia cakap "Weh Wann. Aku nak kurus ah. Aku nak diet". Sampai sekarang aku tak nampak hasilnya.
Sarip.
Dia ni pendiam juga. Tapi bila start bercakap tu, hamboih! Macam pemidato!

K-Yoy.
Dia roomate aku masa 1st year dan 2nd year. Dia yang ajak aku masuk DOT. Dia suka pink. Suka sangat! Sekarang kami berdua duduk di bilik single. Tapi bilik dia depan bilik aku. Hah! Tak boleh berjauhan pun!
Terima kasih, kawan-kawan. Anda semua banyak mewarnai hari-hari aku dalam DOT. Terima kasih sangat-sangat.



Kepada abang-abang yang bakal grad, terima kasih atas segala tunjuk ajar, bantuan yang telah dihulurkan dan halalkan lah makan minum hasil perbelanjaan JPA. Terima kasih sangat-sangat.

Gaia Faiz.
Dia masuk DOT masa aku 2nd year. Diam je tak cakap banyak. Lama-lama baru aku tau kuat bergosip juga Faiz ni.
Baru perasan. Aku takde gambar dengan kau =.=
Amir Kecing.
Masa aku 1st year, dia berlakon untuk boria. Dialog dia yang paling famous "Eh. Nak terkecing ah".

Abg Zul.
Paling pendiam antara semua Kejut Rangers. Tapi dia baik. Kalau mintak sponsor, laju je dia tanya "Nak berapa?" sambil pegang wallet.

Say O.
Awal-awal masuk tu memang dah kenal dah Say O. Masa meeting pengenalan DOT tu, Say O tengah selsema. Tapi still banyak bercakap. Memang tak boleh lupa.

Aku rasa aku tak buat lagi tribute untuk senior-senior DOT yang telah melangkah jauh ke dunia di luar sana. Jadi, ini untuk anda semua.
 
Untuk Ecah dan Zati
Untuk Roy, Alia dan Kak K
Untuk Mat dan Paan
Untuk Kak Zai dan Kak Ayu
Untuk Pali


Untuk Kak Leha dan Kak Wawa
Untuk Fatin
Untuk Abg Nas
Untuk Abg Wan

 Terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua. Terima kasih.

Friday, September 3, 2010

7 Fakta : Edisi Fatin

Since gua tak boleh pergi Mines, maka gua pun tergerak hati untuk menulis tribute buat Fatin. Satu lagenda dalam hidup DOTters.

Fatin Sebelum

Ini antara beberapa fakta yang lu kena tau pasal Fatin.

1. Spesimen rare dalam DOT. Dalam DOT berat badan setiap individu sama ada makin bertambah (baca : Leha) atau maintain. Dia makin tahun makin kurang. Makan nasi sama juga dengan gua tiap-tiap hari.

2. Pemilik Kenari WLU 8686 (nombor belakang gua main sebat ja, yang gua tau memang ada 8 dengan 6). Kenari yang memperkenalkan gua dengan cendol dan laksa sedap. Rare jugak tu.

3. Tau hampir semua jalan-jalan di dunia, kenderaan awam dan website download lagu. Sempena Ramadan beliau sedang menimba ilmu dalam bidang baru. Jalan-jalan ke syurga. Rare.

4. Satu-satunya DOTters yang pernah pergi China. Walaupun rupa dia memang macam Cina dan ada boipren nama apek, dia bukan penduduk tetap China. Rare gila kan?

5. Tumbukan dia juga rare. Tapi mana-mana yang terkena tumbukan masa dia bertubuh sasa memang akan merana semalaman. Pedih la bodo!

6. Satu-satunya DOTters yang kerap berfikir pasal perkahwinan.

7. Tak pernah belanja gua.

Itu saja. 7 fakta ini masih belum cukup untuk anda mengenali Fatin. Nanti kalau jumpa di Mines, kenal-kenal lah sendiri ya. Peace.


Selamat Beronggeng di Mines.

p/s : rekod oversea paling jauh masih lagi gua pegang sebab gua buat praktikal di Paris. nombor dua dipegang oleh Ijan sebab dia pernah ke Okinawa. yang ketiga baru Fatin.

fin.

Saturday, August 14, 2010

A Tribute to org-org LAMA .



Morning D.O.T family (sbb ak buat nie pagi nie, aku ponteng HX,sbb terlebih tdo) , mewakili budak-budak hingusan tahun 1 D.O.T 2010 nak feeling2 exited buat tribute kat angpaa suma . Excited gilaaa, boleegakk Argghhh .

baby tgh excited ne, so jgn ganggu baby tau !

Kami amat2 laa berase bangga, terharu, down, dan segala-gale perasaan setelahh wat performance Boria ari 2, dapat ape, Persembahan terbaik dgn 1st runner up kann, sungguh x sangka. Still kami bole feeling2 diva boria sbb ader persembahan terbaik pnyer award kann .

Mak !! baby dpt award, baby dah jadi diva . kau hadeew??

kami x mungkin laaa mampu rembat anugerah ngan nombor 2 tanpa anda suma . Rase pelik ponn ada bila tgk anda suma beria sgt train kami padahal anda bukan join boria ponn, dan akhirnyaa kami tau ape pasal. seriusly aku rase pada awalnya, (ni pandangan peribadi yg terlupe nk ckp mase dalam bulatan walaupon dah berpuluh juta kali duduk dlm bulatan) seronok sgt ke D.O.T niee?? aku masuk D.O.T ponn sbb kelab lain cam hempeh ( maaf, mungkin kerana strategi pemancingan 1st year yg lemah) .Lagi pulak ygk anda semangat mcm org gila terjerit jerit, terkinja kinja suruh bdk 1st year join, x bole lupa KK, menjerit jerit atas kerusi tetapi masih syukur laa sbb KK x bawak pisau . hahah

Korang, masuk laa D.O.T, kompem stay kolej ! cepat cepat cepat !

___________________________________________________________________

to senior ;

abg hazal ; bes jugak ade pengarah yg x brape nk reti marah, terase enjoy bukan main. selaku peng'sketch' dbwh abg Hazal, idea anda juga unikk & diperlukann .

kak pod ; haaaaa, ini yg paling puas di atas pentas time menari, tanpamuu x mungkin borai kita semeriahh ituu . kann kann kann?

se-o ; penipu besar, ckp x nk tolong kann. tp ang laa antara pnyumbang n sumber motivasi kat kamiorg, hahah. Mekasihh burung kedidi .**tibee jee.

kak leha ; "heh, pegi main bola tampaq kt tmpat lain, sbuk r, aku nk tulis blog pasai kak leha nehh!", sorry kak lehaa, ada org main bola tampaq sebelahh saya neh . kak lehaa mmg sgt bess r, x terkata . x bole nak keluaq dari mulut nie, kak leha mmg bes sgt ahh . idea boleh tahan sangat merepek , tp berkesann sgt2 ! !

kak wawa & abg Ijan ; kenpa tah tibew je combine name, xpe, saling pesan2 ye . kak wawa abg ijan, semoga berbahagia hendaknya ye, abg ijan sentiasa laa protect kak wawa dari segala bencana alam yg bole menghilagkan bibir mahal itu . Kau ingat org pas accident x kuat ka??

kak shira ; sumpahh anda laa savior boria D.O.T malam tu !! ( jap nk lap air mata, terharu sgt neh dgn kak shira ). klu kak shira xda, entahh laa pe jadi . Sbnrnye saya pernah terpikir, cane klu tibe jaah musik problem. x sangka lakk betoll2 jadi . cukup masin x fikiran aku?? kak shira juga penyeri boria hari tuhh . klu kak shira x da, kiteorg msti kurang semangat ( petikan dari kata-kata Hafizi )

Yuyu Mai ; budak2 paling kiuk miuk utk pesta konvo mlm 2, tenkiu sbb dpt bg aku feeling2 mcm budak2 ( cam budak2 terencat pon ye jugak ) klu yuyu x dak, susah skit kot nak bwk watak budak itew . hahah

Kak Wan ; huummm, baik lahh . rock it out beybeh . tanpa suara anda, x mungkin kita bole menang kan kan kan kann . timekaseh juga atas nasihat & kritikan membina anda kpd produksi boria ye .

Kak Dayah ; suara anda adalah sgt kiut, berlemak, merdu . sedapp mcm brownie SR . tenkiu sbb sanggup menyumbang jugaaak .

Kak Zai ; kami lambat skit mengenali anda, tp billlllleeeeeeeeee nk buat spaghetti lagi !! Nakkkk!!dah la dapat rase skit je hari tu . BUAT LA LAGI !! tenks la jgk sbb sanggup jd penyanyi latar , beybeeeh !

Arip ; ape ekk . bguihh laaa, personal tenkss sbb ajaq skit2 aku loghat utara . naseb aku x tercampur dgn loghat Kelantan, N.9, dan Iban . Selamatt, mekasehh weii !

Ismeth ; anda x pernah bersalah, tenkiu sbab jadi pengemudi audio yg sangat sangat berkaliber, wawasan ,cemerlang, gemilang dan terbilang kami . klu ismeth xda, mesti Vee x teringin nk ajaq kami . kann .

Abg Zul & Amir ; huha, suare base n tenor terbaikk r ! meriahh boria kitaa ari tuhh . *classification suara 2 aku hentam je.

Abg Palie ; oitt si haloba . hahah . anda seorang haloba yg bgus untuk produksi boria ni. bak kata Abg. Hazal, anda menjaga semua branch boria ari tu ; sketch, tukang karang, tarian, & penyanyi latar . itu adalh satu effort yg luar biasa . tepuk tgn utk diri sendiri ! yaaahhh

Abg Naz ; x da kata lain utk anda, D.O.T sentiasa perlukann andaaa !!!

kpd senoir & ahli dotters yg lain ; sama-sama laa kita terus menggemilangkan D.O.T, memetik kata kata abg naz ; jom memanusiakan manusia dgn teater !!


p/s ; nie post terpanjang dlm blog nie ke ??


Tuesday, August 10, 2010

Dan Orang Tanya Kenapa Aku Sayang DOT

Air mata gua payah nak gugur. Kecuali hanya untuk orang tersayang.

Malam boria rasanya lu all nampak sendiri. Siapa yang gua sayang.

Lepas post mortem salah seorang ahli keluarga kita pula menghebahkan khabar yang kita tak nak dengar. Gua tak payah nak perjelaskan. Kalau dah nama ahli keluarga mesti kita tahu sendiri.

Gua hampir menangis lagi selepas itu. Dan gua cakap ini,

"Dan orang tanya kenapa aku sayang DOT?"

Semua orang buat pengorbanan. Sama ada besar ataupun kecil. Tapi adik, awak buat pengorbanan yang menyebabkan gua rasa pengorbanan gua selama ni hanyalah picisan kecil sahaja.

Kita kenal dari MMP lagi. Tapi baru sebulan lebih.

Tapi entah kenapa, hati ni rasa macam dah kenal sepanjang hayat.


Adik. Jadi kuat. Jadi tabah. Jadilah manusia.

Insya Allah. Kalau kau terjatuh, kau tolehlah ke belakang. Kami pasti ada. Jangan gusar.

Sebab bila aku ungkapkan famili, itu bukan kata-kata luahan dari mulut saja.

We will be waiting and supporting you Farah.

Cause you know what? We are FAMILY.

Fin.

Tuesday, February 2, 2010

Untuk Semua...



Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Fin.

Monday, January 11, 2010

Ini Bukan Kelab, Ini Famili

Inspired by some certain individuals. Know that you all are the one who made me cry, laugh, love and live the life. You are the one who made me feel human.



p/s : masih belum siap. ini baru intro. komen jika perlu. lirik korus telah diubahsuai seperti dalam video. ingat. ini tribute untuk semua dotters.

Thursday, November 12, 2009

Its Hard to Say Good Bye My Love

As our journey come to the conclusion for this part of the year, I reminisced those days that we're together, and those smile that you gave me.

.......mode BM semula........

Julai :

Summary :

Masa ni gua kat Parit lagi. Tapi telah dijemput oleh Ijan untuk pulang bagi menolong sedikit sebanyak dalam boria dan buat sedikit pengenalan dengan budak 1st year. Aku ingat 3 kali gua buat perjumpaan dengan budak 1st year, dan masing-masing gua berjumpa dengan orang yang berbeza. Masih ingat, Wann, Zayu, Ismeth, Ariff, KK dan Shiera gua just jumpa sekali je sepanjang 3 perjumpaan tersebut. Anehnya, mereka dah menjadi super rapat dengan gua sekarang.

Gua juga sempat meronggeng Alamanda dengan Wawa dan Leha waktu balik ni. Hahahaha, waktu ni ah Wann dapat modal nak ngata gua. Gua masih ingat.

Event of the Month :

Sudah tentu birthday Leha. Dari 100km lagi Ijan, Say O dan Wawa mesej gua, minta pendapat macam mana nak kenakan Leha. Gua bagi idea gua. Nak tau jadi ke tak? Nak tau apa perancangan dia? Tanya je Leha, Say O dan Wawa. Yang gua tau, gua frust tak ada kat situ.

Quote of the Month :

Ini dari Say O masa gua mesej dia suruh buat birthday Leha,

"Gila geli!!!"

DOT-ters of the Month :

Untuk bulan Julai gua rasa gua bagi kat Say O. Beliau sangat gigih dengan boria. Selalu kot mesej gua tanya semua ni bagai. Wawa dan Leha juga membantu, mereka dah natural dalam hal ni, tapi bila Say O buat benda macam ni, gua rasa sangat terharu. Kalau gua nak bagi naib johan, mungkin Wawa dan Leha kongsi tempat kedua.

Ogos :

Summary :

Masa ni pun gua kat Parit lagi. Tapi gua balik dalam kekerapan yang sangat tinggi sebab masa pertandingan dah dekat. Masa ni la semua benda nak jadi. Bulan ni rasanya penuh dengan segalanya. Gelak tawa dan tangis sedih. Bulan ni juga mencatatkan bulatan paling lama dalam sejarah DOT, yakni sampai pukul 5 pagi. Dan semua orang pun tahu apa yang terjadi dalam bulatan tu kan? Tak perlu ah gua elaborate.

Bulan ni juga mencatatkan kemenangan DOT dalam boria. Gua tak ambil port sangat sebab bagi gua menang kalah semua tu gua dah biasa. Oh, gua juga sempat balik lagi dan menganjurkan majlis buka puasa bersama budak-budak DOT. Sori, gua tak ingat siapa yang hadir, yang gua tau, Leha, Wawa, Say O, Kejut Rangers, Zayu dan Shiera.

Event of the Month :

Semua orang mesti fikir gua akan tulis kemenangan boria. Tapi bagi gua pengalaman yang paling gua hargai masa bulan ni adalah bulatan yang sampai pukul 5 tu. Sebab apa? Sebab dalam bulatan tu semua orang ikhlas, semua orang cakap dari hati.

What are family for if we can't say from our heart?

Quote of the Month :

Ini dari Leha masa bulatan yang lama tu,

"Saya sayang DOT!"

Ini dari KK masa dia ngadu kat Leha,

"Saya tak nak bagi tau abg Nas sebab saya takut dengan dia"

DOT-ters of the Month :

Bulan ni gua bagi Leha. Sebab masa gua bagi dia tanggungan pegang sketsa, gua tak pernah bajet dia akan menerima tekanan macam yang dia rasa. Jadi respon dia pada malam tu yang menyebabkan penukaran pelakon, gua tak akan salahkan dia. Tribute untuk dia sebab dia buat sendiri sketsa dan frankly on the 17th the 3 of them look like the enjoyed themselves together on the stage.

September :

Summary :

Masa ni gua dah balik UKM. Dan masa ni juga segala aktiviti DOT telah dibekukan buat sementara disebabkan bulan puasa. Hanya ada beberapa aktiviti buka puasa beramai-ramai di kafe KDO, Mines dan sebagainya.

Walaupun puasa, ukhuwwah di kalangan DOTters masih terjaga.

Event of the Month :

Disebabkan ada buka puasa beramai-ramai je, maka peristiwa paling best adalah sesi buka puasa di Mines. Ini kali pertama keluar bersama adik 1st year, masa tu hanya ada Wann dan KK saja. Nasib diorang la, teruk juga dingutuk oleh gua dan rakan-rakan masa di sana. All in all, we have fun, aint we??

Quote of the Month :

Ini dari KK,

"Bowling adalah permainan paling membosankan!"

DOT-ters of the Month :

Bulan ni gua tak tau nak bagi kat siapa. Tapi rasannya mungkin Fatin. Walaupun dia sibuk dengan hal dia, tiap-tiap hari ada je dia ajak untuk buka puasa dan sahur bersama. Walaupun kadang-kala ajak je, jasad dia tak ada. Papepun tribute untuk beliau.

Oktober :

Summary :

Bulan ni ada pertandingan Drama BI, so budak-budak ni agak sibuk dalam seminggu untuk menyiapkan diri bagi pertandingan ni. Ikut stail gua, even last minit pun kena tukar-tukar lagi, sekarang rasanya budak-budak ni dah tau dah kot.

Menang nombor 2 walaupun ramai yang rasa patut dapt lebih dari tu, tapi macam biasa gua rilek jer. Lepas menang pergi celebrate di KFC Kajang, ada orang ngorat Zayu masa tu. Bulan ni juga the Beach Boys pergi PD untuk survey tempat Family Day DOT yang tah bila la nak buat. Tak kisah la, kami mampu buat sesetengah orang dengki masa tu.

Event of the Month :

Gua rasa Drama BI sebab itu la last program kita bersama. Macam-macam yang dilalui dalam masa seminggu. Gua pun sekejap emo, sekejap tak tapi gua cool je kan masa latihan. Korang still sayang gua kan? Hahahaha, gua tau gua nombor 2 di belakang Say O.

Quote of the Month :

Ini dari Ariff masa post mortem,

"Saya ingat ni production last saya dengan DOT, tapi bila dah masuk stage, rasa puas pula."

DOT-ters of the Month :

Bulan ni seriyes gua tak tau nak bagi siapa. Mungkin antara Ismeth dan Wann. Kalau dapat point, mungkin Wann melebihi Ismeth dalam 0.5 mata. Sebab? Sebab lakonan diorang. Gua ngaku lakonan diorang memang lemah, tapi kesungguhan diorang untuk berlatih itu gua hargai. Wann mungkin lebih sebab dia berjaya organise produksi dalam erti kata kuku besi namun berjaya menambat hati semua.

.......mode seriyes........

4 bulan dengan korang, rasanya macam-macam dah yang gua dah lalui. Pahit manis. Macam-macam peribadi dah yang gua nampak kat korang. Gua dah jadi macam abang, that's i cannot denied, and a friend at the same time. Thanks for being my part of a family in a place I know nobody.

So gua nak tanya, dah serik ke? Next sem nak join lagi?

Tuesday, October 20, 2009

Mangsa Ragut yang Berterima Kasih


Jahat!!!!
Mereka dah meragut secebis daging dalam dada ini!

Jahat!!

Tapi...

Terima kasih.

p/s : jua untuk mereka yang tiada dalam foto. hari rabu mau nonton papadom? savvy?

Sunday, September 27, 2009

Salam Aidilfitri



Cukup ke memohon ampun hanya setahun sekali?

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sunday, April 19, 2009

Inilah Masanya...

5 bulan tak post di blog DOT
Tak mungkin aku mampu hidup 5 bulan tanpa DOT dalam darah daging aku

So, bear with me

_____________________________________________________________________

Bagi semua inilah masanya

Ada yang rasa inilah
Masa penamat
Masa kemuncak

Namun apapun jua
Inilah masa perjuangan kamu
Bagi yang akan mencecah alam senioriti
Bagi yang akan mencecah rasa tahun akhir
Bagi yang akan melangkah ke sesuatu yang lebih besar

Namun
Aku tau
Aku yakin

Adik-adikku bakal melangkah dengan gagah
Melangkah dengan bangga
Kerna tiada DOT-ters yang akan mengaku kalah

Untuk perjuangan anda sepanjang 3 minggu ini
Semoga berjaya

Kalau tersungkur
Berdarah, peluh membasahi mata
Usah khuatir
Akan ada DOT-ters lain yang bakal memimpin anda ke hadapan semula

Perjuangan kita belum berakhir
Untuk kita semua

Inilah masanya