Thursday, July 15, 2010

Khabar dr Marching Band Competition

Salam...

Gua ada projek utk korg...just nantikan kemunculannya!!!
One more...siyes gua ada idea gila utk kita pertahankan kejuaraan liga boria seintero kolejo, tp its depend on budget and persetujuan korg gak...



sekian~

BLOG!!!BLOG!!!BLOG!!!

Post ni berkisar mengenai blog DOT ni...

Aku akan cuba menghidupkan blog ni...
walaupun aku tak berapa pandai dalam bidang penulisan ni walaupun telah mengambil subjek bentuk-bentuk penulisan...(itu kisah lain...*down sekejap*)

Korang uar-uarkan lah blog ni kat junior untuk promote DOT...

Kalau sebarang aktiviti mengenai DOT...bagitahu...aku akan letak dalam blog. Nanti senang, orang akan tahu apa aktiviti yang akan DOT jalankan.

Dan banyak2 kanlah atau rajin2 lah untuk menulis kat blog ni...
Siapa rasa rajin nak menulis tapi malas nak buat blog sendiri boleh la jadi penulis kat blog ni... Rasanya dah banyak kali Orang Tua Naz, OTN dah bagitahu sebelum ni...aku just ingatkan balik.

p.s: ak rasa macam banyak benda nak tulis tadi...dah lupa...

Mari Menulis!!!

Okay. Dah, sudah.

Hari-hari gerimis mengundang extra touching-touching dah habis. Gua dah selamat di rumah. Nanti gua lawat anda di sana.

Jangan sedih-sedih lagi.

Sudah berapa ya karya gua di sini? Sebagai pengasas blog jawapan yang paling senang untuk soalan itu adalah 'banyak'.

Jadi gua nak lu ushar karya-karya dalam link di bawah. Karya mana yang paling best? Karya mana yang agak kureng.

[Karya Gua]

Bukan apa. Saja suka-suka. Sebab subjek penulisan lepas ni adalah pasal KK pula. Baru gua sedar tak pernah ada cerita pasal dia lagi.

Jadi sila tunggu. Gua belum habis lagi.

Fin.

Wednesday, July 14, 2010

Memoirs of N - A Legacy

"Kepada semua peserta kebudayaan, minta tunggu di dalam DECTAR sekarang."

Nak tak nak N terpaksa lah tunggu di dalam DECTAR. Ahh, budak nasyid KDO tak ramai la pulak. Macam mana ni?

N toleh kanan. Nampak senior sekolah N. Pegang banner 'teater'. Ceh. Ikut senior lah!!!

Hasilnya? N casting tak dapat apa-apa pun. Hanya berjaya menjadi pasukan props.

N hampa.

Esoknya datang latihan dengan berbaju merah. Tiba-tiba dipanggil senior sekolah yang lagi satu.

"Yang baju merah tu ke sini!"

Hasilnya N membuat persembahan di hadapan 2000 pelajar.

And the rest like the said is history. N jatuh cinta pada teater. Julai 2007 N abang Manjung mengilhamkan terciptanya kelab 3 huruf itu hasil cintanya pada teater.

p/s : ambil peluang yang ada adik-adik. thanks untuk 3 tahun dalam kelab 3 huruf ini.

Fin.

Ia datang...

oh...ada rama-rama datang...
walaupun coraknya tak seberapa cantik...
tapi bau madu yang dibawa sekali sangat wangi...
dah cukup untuk membuat diri ini tersenyum...

tapi rama-rama cuma singgah hanya sementara saja...

cuma sementara...

lalu rama-rama pun terbang pergi...

selamat tinggal rama-rama...
selamat tinggal...

semoga jumpa lagi...

Tuesday, July 13, 2010

Kiseki


Ogos 2007, kelab kecil yang entah dari mana muncul naib johan Festival Seni Pentas Pesta Konvokesyen. Entah dari mana-mana. Tiada siapa pernah dengar DOT. Apa tu?

Kini DOT bukan sebarang nama. Sudah ramai yang bukan setakat mewakili kolej malahan universiti. Tak kurang juga ahli DOT yang memegang jawatan tinggi dalam pelbagai aktiviti dan projek.

Ya. Kini DOT bukan sekadar nama.

Tapi apa ada pada DOT?

Bukan pencapaian. Bukan anugerah. Bukan.

Ikatan. 3 tahun, 3 generasi. 1 perkara tidak membawa perubahan. Ikatan.

Mengenali kamu semua membuatkan aku membawa definisi famili pada satu konteks yang lain. Konteks yang lebih indah.

Pari-pari gua, Angels gua, Setan neraka gua, Agen game gua. Semua di sini.

Orang kata mana ada pertemuan kalau tak ada perpisahan. Tapi orang juga ada kata perpisahan itu memang sangat menyakitkan.

Jadi adik-adik gua, selamat tinggal, tidak...

JUMPA LAGI!!

"Kiseki membawa maksud miracle. DOT sudah 3 tahun membawa erti miracle yang berbeza padaku. Terima kasih."

Fin.

Friday, July 2, 2010

Memoirs of N - 1st Day

Bangun pagi N dikejutkan dengan berita jaringan tunggal Henry telah melayakkan Perancis ke separuh akhir Piala Dunia.

Jadi memang ada keajaiban dalam dunia ni, kata N.

Dihantar oleh abang ke UKM, N rasa sedikit gentar. Maklumlah N kan orang kampung. Bangi tu bandar besar. Mesti N susah nak sesuaikan diri.

Sesudah mendaftar N berjumpa buat pertama kalinya roomate N. Sham. Roomate yang akan memainkan peranan penting sepanjang N berada di UKM.

Petang itu ada pemilihan peserta kebudayaan dan sukan. N malas bersukan. Jadi N fikir baik dia ambil kebudayaan. Damn. Banyak pula pilihannya.

N tanya Sham, dia nak apa. N tengok Sham dah bulatkan teater.

Ermmm, N nak apa ya? Haaa, dah jumpa.

N bulatkan nasyid.

to be..