Tuesday, October 18, 2011

Penter dan Pekan Frinjan 24

Ada 2 event luar yang terdekat yang mana menarik perhatian aku. Penter dan Pekan Frinjan 24.


1. PENTER




Event pada 19 oktober ni, hari Rabu di Panggung Seni. Esoklah. Pukul 8 malam mula. Bayaran percuma kot, sebab tak mention sebarang bayaran. Dari segi list peserta, macam pelbagai genre ada. Tarian, pipe band (sumpah rare) dan KTR (teater). So, aku rasa ini sangat bagus dan sangat senang nak pergi.

Aku tahu korang ada event ESZ kena perform Detik tu skali lagi. Takpe yang free jom join aku kita tengok Penter ni sama2.


2. PEKAN FRINJAN EDISI 24




Yang ini pula, aku dapat tahu tadi melalui grup Distro Buku kat FB. Event ni pada 28 Oktober hari Jumaat pukul 6 petang sampai 1130 malam. Tempatnya: Kompleks Belia Dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 (depan UNISEL, tepi tasik Seksyen 7) Shah Alam, Malaysia. Copy paste je lah ayat promo dia,

Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam. Memasuki edisi ke 24, Pekan Frinjan kali ini akan turut berlangsung pada hari Jumaat
Barisan pengkarya:
Society
... Tengku Adil
Happy Siblings
Cats In Love
Puisi Jadi Senjata
Pelancaran novel terbaru Fixi bertajuk Zombijaya

dan lain-lain yang menyusul kelak

juga pelbagai buku-buku baru dari penerbit kecil dan besar boleh diperolehi di sini. Jom!

So, aku rasa ini bagus juga (especially untuk peminat FIXI) untuk menambah pengalaman dan jalan2 sket. Tapi problem yang mungkin: transport. So, bincanglah kalau boleh ye kat ruangan komen.

And if possible (and of course, kalau jadi lah untuk pergi dua2 atau satu je), aku cadangkan kita bawak junior sekali. Sorang dua pun okay dah. Untuk pendedahan kepada diorang, untuk diorang tambah ilmu dan buka mata (actually, senior pun sama) dan semestinya to show that DOT meant business.

Ok tu je, sila bincang di ruang komen. Atau FB.


Monday, October 17, 2011

Sketsa Muzikal

Assalamulaikum dan salam satu organ!

Memandangkan hari ini, peleraian produksi sketsa muzikal bakat siswa, post mortem dan round table antara senior untuk penyelesaian masalah yg timbul telah dilakukan, maka hendaknya, dapatlah entri ini dikeluarkan dengan jayanya!

Tajuk untuk sketsa muzikal ini ialah "Detik" hasil ilham dan perbincangan semua dalam bulatan. Dibintangi oleh artis2 yg tak popular mana pun ; Jefri oleh Syarif (3rd year) ; Citra oleh Erra (1st year) ; Arman oleh Zarif (1st year) ; Doktor oleh Arif (3rd year) ; Makcik Cleaner oleh Farah (2nd year).

Pengarah untuk sketsa ini ialah Nur Bashirah dan pengarah produksi pula ialah Aisyah Nazari.

Ok,cerita ni ilham asalnya ialah abg nepal kita, Mr Kim. Mengisahkan 3 orang sahabat Jefri Citra Arman. Salah seorang dari mereka iaitu Arman menghidap sirosis hati dan memerlukan penderma dan hal ini tidak diketahui oleh kedua orang sahabatnya.

botak dan gemuk bergaduh.
 Then, doktor mengingatkan pada Arman bahawa dia perlukan seorang penderma segera atau dia akan kiok juga dengan segera. Maka bersedih lah Arman... Dengan rasa frusnya itu, dia pun beri tahu akan perkara ini kepada dua orang sahabatnya.
mustahil doktor mustahil! awak kena tabah arman! *aku tak faham kenapa perlu audience jerit bila nmpak arif masuk.motif?
Kerana ketulusan hati si Citra,dia ingin mendermakan sebahagian hatinya pada Arman tetapi dibangkang oleh Jefri. Kemudian datanglah makcik cleaner dan dia pok pek pok pek kat situ sampai lah Jefri sedar akan silapnya.
ok farah muka nk mintak penampaq bertalu-talu.sekian.
End of story, Citra still go on nak derma hati pada Arman dan Jefri pun menyaport akan hal ini. Sekian.

Lagu2 yg kami gunakan ; lagu we are sebagai lagu pengenalan 3 sahabat ; lagu bohemian sebagai lagu penerangan doktor terhadap penyakit Arman ; lagu lullaby (main masa love suicide icaf lepas tu) utk part Jefri bebai sorang2 ; lagu pencuci axion yg xdapat play masa kejadian-salah audio utk mkcik cleaner nyanyi nk bagi kesedaran dan lasly lagu suluhkan sinar utk peleraian cerita.

Penyanyi latar oleh Faiz,Ismeth,Pod,dan Dayah. Yg pasti masa show, kalau boleh nk penyanyi latar tak nmpak dalam set, tapi nak buat macam mana, perut Ismeth paling obvious nmpak. Tak apa lah..

Apa pun,produksi kali ini berjalan lancar meskipun tiada place yg kami dapat,tapi kerjasama antara senior dan junior sangat mengkagumkan, dan buat pertama kalinya DOT  mempunyai ramai crew, iaitu seramai 15 orang junior!
ok,mase ni wahid bebai sebab audio,so xde gmbar die



ni antara produksi yg terlibat
Habis sahaja perform, ramai2 cari port untuk makan, and total up 30-32 org nak pergi makan. Selepas ditimbang tara, kami berhasrat nak pinjam bas ukm untuk ke mapley, tetapi malangnya malam tersebut ada bola, so memang mapley akan mampat dan bas pun tak sempat nak buat surat nak pinjam kan, so lastly makan lah kami beramai2 di KFC metro point bersama felo-felo. Ok,kali ni memang hebat. Tak payah nak terperanjat sangat lah bagi super2 senior yg baca mende ni ye.


KFC metro point. Klas nyah!
Apa pun, nak beritahu di sini macam biasa, 1st place BURHAN, then 2nd KTDI and 3rd ZAABA. Mungkin tiada rezki, tapi kita learn from mistake, timba ilmu lagi, dan usaha lagi. Semoga bertemu lagi dalam episod teater akan datang. Ganbare!

Saturday, October 15, 2011

Untuk Sabtu Malam Ahad.




Be there. Be frank. Be yourself.

All the best.


Dear Leader

Setiap pertubuhan ada pengerusi . Setiap negara ada ketuanya baik Sultan, Queen ataupun Mr. President. Setiap kelas ada ketua kelasnya. Setiap kelab bola sepak ada kapten. Setiap platun tentera ada commander. Setiap universiti ada Naib Canselornya.

Pendek kata, setiap kumpulan manusia akan ada seorang yang menjadi ketua. Yang menjadi kepala.

Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak semestinya perlu pandai berperang angkat senjata. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak semestinya perlu pandai memutar belitkan ayat dari yang salah menjadi benar. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak perlu menjadi pemain paling hebat dalam pasukannya. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak perlu pun adalah lelaki paling kacak/ perempuan paling hot. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak semestinya adalah paling tinggi kelayakan akademiknya. Untuk menjadi ketua, seseorang itu tak perlu pun bijak mengarah pelakon dan tinggi ya-amat ilmu teaternya.

Jadi, apa yang penting?

Dia perlu tahu sifat setiap rakan/ahlinya. Dia perlu faham perangai dan sikap ahlinya. Dia perlu sentiasa mendengar. Dia perlu sentiasa memerhati. Dia perlu bijak dalam problem solving. Dia perlu bijak dalam personal confrontation. Dia perlu tahu cara menaikkan semangat ahlinya pada ketika morale jatuh merudum. Dia perlu tahu melonggarkan suasana yang tegang. Dia perlu tahu bila masanya kena berkeras, bila masanya kena berlembut.

Dan yang paling utama sekali,

Dia perlu berani untuk tampil ke depan. Hard time or easy time, he is there. The figure to lead the rest is there.

Jika dia ada sifat itu, maka dia lah Dear Leader kamu.



Wednesday, October 5, 2011

Buku Log - 2

Harap maaf sebab tertinggal lirik lagu ketiga koir hari itu. Ini dia :


LAGU 3 (Without you - X Japan)

Ke mana ketulusan
Ke mana keikhlasan
Adakah ia kan pergi
Selamanya tak kembali

Oh tuhan beri petunjukmu
Menempuhi sukarnya hidup ini
Agar dapat dikembali
Sifat murni..

Mari kita semua
Tegak bersama
Mendapatkannya

Hingga kita berjaya
Menjadikannya
Sebah'gian dari diri



p/s: lagu ini merupakan lagu yang paling saya gemari diantara kesemuanya. Terutama: 
"Oh Tuhan,
Beri petunjukmu,

Menempuhi sukarnya hidup ini..
Agar dapat dikembali
Sifat murni......"


As if it sings out the feeling of all ...


Apa-apa pun,Ini persembahan yang dirakam pada malam itu. Junior kata walaupun tidak bernasib memenangi apa-apa anugerah, tapi mereka PUAS ! Terdengar juga ada orang puji persembahan koir ini bagaikan tahap kebangsaan. Syabas !!! Kredit kepada perakam video dan lain-lain.



For more pictures : click in this link





















Sekian sahaja catatan saya malam ini.
9.34pm 05.10.2011

Friday, September 30, 2011

Buku Log - 1

Insan yang saya gelarnya sebagai Kim Jun Nas telah menghantar sebuah mesej yang berbunyi:
Rohani. Do me a favor.Tlskan pasal koir n lif or watever kt ruang aktiviti kita dlm blog. Jz wanna kn0w ur aktivity since my fb is no more. I would ask say o thou, but since he's uo and all, ko je la harapan. Tlg ye.



Respon pertama saya selepas baca msg ini :
1- Rohani ?! Uhh la mamamia, biasanya bukan kah Kim Jun Nas suka panggil saya " Serdang ~ Serdang "
2 - Saya adalah only harapan ? Wahh macam lah dah tak da harapan. Kalau hang add semua budak jadi penulis blog ini kan senang !!!??
3 - Oh Kim Jun Nas~Secara jujurnya ruang aktiviti - kotak kecil di kanan tu saya tidak tahu macam mana nk akses nya !!!!!!!! Kira lah Rohani ni yang dah start tulis blog sejak umur 16, tapi buta IT konon telah cari butang meng-edit nya di merata rata tempat tapi tak jumpa !
-___- adakah kerana hanya administrator asal sahaja yang boleh editnya? Penulis sampingan seperti saya ni takda super power untuk akses benda alah tu.

Saya jawab mesej tu : I'll try my best. Pardon me if I mess it up.
Kim : It's okay. No one will notice.Hahaha.

Well, takda orang komen ataupun meng-update blog ni,tidak semesti tiada orang baca blog ini. Many of us just clicked in, read, and leave. They doesn't leave comment nor say hi. Silently. Peacefully. Jadi, lain kali kalau anda terbaca mana-mana entry blog, sila tanda di bahagian "rate" di hujung entri tersebut, supaya orang yang sangat sensitif seperti Mr Kim ini tahu, masih ada orang datang menjenguk ke rumah yang telah lama dia bina ini.

Okay, saya yang bernama HoneyC di alam siber ini akan memulakan buku log saya pada malam ini.
_________________________________________________________________________

Dari apa yang saya perhatikan dan cuba memahami, koir ini yang akan dipersembahkan pada Malam Percikan Seni 1Malaysia UKM-Pertandingan Seni Berputik UKM pada hari Sabtu ini. Peserta adalah terdiri daripada pelajar tahun 1. Tema yang mereka(1st year) dapat - Nilai-nilai murni dipersembahkan dengan cara Koir (?), nak tahu lebih lanjut sila rujuk Mr Arif Farhan dan konduktor-konduktor seperti Mr Hazal dan Cik Yuna. Seperti biasa, senior lain akan memberi semangat, idea dan sebagainya.

Ada 3 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh wakil Kolej Dato' Onn:
1) Queen- Radio Ga Ga (bukan lagu yang diketahui budak lahir lepas '90) >__< tahap kepelikan melodi : * * * ( 3 bintang )
2) The Phantom of the Opera theme song ( Nice ! tapi nak dinyanyi secara harmoni dalam masa singkat ini...tahap kesukaran : * * * * (4 bintang)
3) Without you - X Japan ( Best song ever ! Even in Malay version ~ xD ) tahap mencairkan hati : * * * * ( 4 bintang )

LAGU 1 (Queen - Radio Ga Ga)

Di suatu
Masa dulu
Wujud satu komuniti
Yang ceria yang sempurna
Yang berpijak di bumi nyata

Tiada magiknya oh rakanku
Cuma satu, yang diwarisi
Dengarkanlah, percayalah
Kerna ini suatu misi
Kedamaian kemakmuran
Itu Hasil perpaduan bersama

Rahsianya,
Kejujuran          (2X)
Keikhlasan
Ketabahan

Mari berpegang
Nilai-nilai murni


LAGU 2 (Phantom of the Opera - Nightwish)

Datangnya media
Dari Barat
Membawa Anasir
Sangat Jahat

Ia mengubah
Segalanya
Banyak perkara buruk terjadi
Di zaman ini

Yang muda tidak
Hormat yang tua
Yang tua hanya
pentingkan dirinya

Dengki mendengki
telah sebati
Kini apa yang telah terjadi
Di zaman ini

Tadi Saudari Ecah-chan dan Khai dan Kimi dan diteman Arniza, ditolong teknikal : Saya dan Syana--Telah berjaya membentuk "gerak tari" untuk lagu lagu tersebut. Gerak tari POTO telah dirakam dalam  telefon bimbit Ecah-chan.

Kita beredar dari bilik kebud dan bilik-entah-apa-nama-nya pada pukul 1.30 am.
Seperti rutin biasa, senior-senior yang kelaparan pergi ke Mapley.

Mapley malam ini lebih kepada unsur 18sx . Jangan risau, tiada action, hanya kata-kata yang bermain di mulut, dan mungkin minda masing-masing terutama Cik Farah & Ecah yang kononnya dipengaruhi oleh aura Wahid + Syana. Untuk maklumat lanjut sila hubungi nama-nama tersebut.

Aiskrim yang hanya adalah aiskrim telah membawa pelbagai maksud
apabila dibawa ke konteks- makan aiskrim.
Oh ya, pada malam ini Kak Syira yang innocent telah mengetahui apa maksud " Kerja meniup " -versi BI.

Sekian sahaja catatan saya malam ini.
4.54am 30.09.2011

Monday, September 12, 2011

Laporan Lawatan Rasmi Geng Loqstaq ke Peqeleih.

Pada 7 September 2011 besamaan hari Rabu yang lalu Geng Loqstaq merangkumi Si Kacak , Si Hot dan Si Panjang telah melakukan rawatan rasmi ke Peqeleih Negeri Cantik untuk beraya di rumah Si Nepal .

Idea asal adalah daripada Si Panjang dan disokong kuat oleh Si Kacak dan disokong kurang pasti oleh Si Hot. Asalnya juga ingin mengetik kriman sms ke Si Kurus tapi lupa pula beliau sedang sibuk bermesra dengan gadis2 baru KDO. Jadi, kami bertiga sajalah.

Janji awal mahu mengambil Si Hot di rumahnya jam 930 pagi tapi terextend pula hingga ke 10 pagi. Tak apa asalkan sampai. Dan memang sampai pun biarpun berbelok2 jalan nak ke rumah Si Hot. Kacak syial.

Oh ya semalamnya waktu Si Kacak mengomfirmkan kehadiran Si Hot melalui perbualan telefon, Si Hot bertanya baju jenis apa yang patut dipakainya, samada baju kurung atau baju tshirt biasa? Maka Si Kacak tidak mengerti dan diiakan saja keputusan Si Hot.

Dan paginya pabila jumpa Si Hot, barulah Si Kacak mengerti sebabnya.

Anyway, kami terus ke Kepala Batas untuk mengambil Si Panjang pulak. Si Panjang tidak banyak berubah baik dari segi isi mahupun panjang. Maintain panjang. Berlaku peristiwa menarik apabila Si Panjang mahu menukar seat kereta dengan Si Hot (kereta park betul2 tepi bumper jalan yang agak tinggi-fikir sendiri . Selesai huru hara, kami terus memecut ke Peqeleih.

Sepanjang perjalanan, macam2 isi perbincangan diutarakan. Tiada satu pun berkaitan gemuk dan kurus ok. Siapa sebut benda tu kena panah petir.

Entah berapa jam pejalanan akhirnya tiba juga ke rumah Si
Nepal. Kena masuk jalan kecil menyelusuri denai2 juga. Nasib baik Kelisa, kalau Alphard
memang Si Hot akan komplen tak habis2.

Kami disambut mesra oleh Si Nepal dan ayahnya. Dengan langkah tanpa segan silu kami semua terus bergerak ke dapur dan duduk sedia untuk menjamah laksa yang disediakan. Tapi Si Hot ni high taste. Takda cabai, dimintanya cabai.

Terpaksa Si Nepal pergi petik 3,4 biji kat tepi rumah. Bukan sekali disuruhnya, malah 2,3 kali juga. Aku senyum saja selepas mengepau 2 biji dari Si Hot. Tu pun setelah dimintak 2 kali.


Masih banyak yang tersembunyi


Kemudian Si Hot mendemand lagi. Kali ni dia nak ke Padang Besaq pulak. Memandangkan Si Kacak memang free sokmo juga Si Nepal dan Si Panjang pun free ngabang, maka bertolaklah kami setelah menghabiskan laksa, kuih peneram 2 plastik dan coklat bar dikebas Si Hot untuk makan dalam perjalanan.

Malangnya Si Kacak salah perkiraan. Dilupanya Padang Besaq adalah punca jersey2 replika Siam made punya maka seadanya dibawanya duit tak sebrapanya membuatnya tepuk dahi nyesal 1001 penyesalan..Hasilnya Si Kacak hanya mampu membeli 2 jersey dan 1 seluar pendek saja. Si Nepal dan Si Panjang pun sama beli baju juga. Si Hot...er..niat membeli terbantut keras kerana kesilapan besar akak penjual baju itu. Kasihan.

Penuh sesalan


Apapun, 3 sekawan ini bergerak pulang tetapi singgah dulu di Masjid Apanamatah untuk solat Zuhur. "Dunia itu akhirat juga". Itulah tema hidup Si Kacak. Selesai menunaikan tanggungjawab, maka kami bergerak ke Radix Chicken House (kot) untuk menjamah makanan tengahharipetangjuga. Dirasainya restoran itu hidup segan mati tak mau, kerana beberapa menu yang tersedia katanya sudah tiada hari itu. Akhirnya nasi ayam juga menjadi pilihan Si Kacak manakala Si Hot memilih set ala2 Snack Plate manakala Si Nepal dan Si Panjang memilih set nasi ayam peliksketapanamaakudahlupa.


Gembira dalam serius


Kenyang sekenyangnya, kami pun menghantar Si Nepal pulang ke gagang. Tanpa membuang masa kami pulang ke gagang kami juga yakni Loqstaq terchenta. Sepanjang perjalanan pulang, satu topik panas dan berat menjadi tajuk utama penghilang sunyi. Apa tajuknya? Cobalah menekanya~

Sekian saja, terima kasih kerana membaca.


Si Nepal


Si Kacak


Si Panjang


Si Hot



-End Of Story-