Pada 7 September 2011 besamaan hari Rabu yang lalu Geng Loqstaq merangkumi Si Kacak , Si Hot dan Si Panjang telah melakukan rawatan rasmi ke Peqeleih Negeri Cantik untuk beraya di rumah Si Nepal .
Oh ya semalamnya waktu Si Kacak mengomfirmkan kehadiran Si Hot melalui perbualan telefon, Si Hot bertanya baju jenis apa yang patut dipakainya, samada baju kurung atau baju tshirt biasa? Maka Si Kacak tidak mengerti dan diiakan saja keputusan Si Hot.
Dan paginya pabila jumpa Si Hot, barulah Si Kacak mengerti sebabnya.
Anyway, kami terus ke Kepala Batas untuk mengambil Si Panjang pulak. Si Panjang tidak banyak berubah baik dari segi isi mahupun panjang. Maintain panjang. Berlaku peristiwa menarik apabila Si Panjang mahu menukar seat kereta dengan Si Hot (kereta park betul2 tepi bumper jalan yang agak tinggi-fikir sendiri . Selesai huru hara, kami terus memecut ke Peqeleih.
Sepanjang perjalanan, macam2 isi perbincangan diutarakan. Tiada satu pun berkaitan gemuk dan kurus ok. Siapa sebut benda tu kena panah petir.
Entah berapa jam pejalanan akhirnya tiba juga ke rumah Si
Nepal. Kena masuk jalan kecil menyelusuri denai2 juga. Nasib baik Kelisa, kalau Alphard
memang Si Hot akan komplen tak habis2.
Kami disambut mesra oleh Si Nepal dan ayahnya. Dengan langkah tanpa segan silu kami semua terus bergerak ke dapur dan duduk sedia untuk menjamah laksa yang disediakan. Tapi Si Hot ni high taste. Takda cabai, dimintanya cabai.
Terpaksa Si Nepal pergi petik 3,4 biji kat tepi rumah. Bukan sekali disuruhnya, malah 2,3 kali juga. Aku senyum saja selepas mengepau 2 biji dari Si Hot. Tu pun setelah dimintak 2 kali.
Masih banyak yang tersembunyi
Kemudian Si Hot mendemand lagi. Kali ni dia nak ke Padang Besaq pulak. Memandangkan Si Kacak memang free sokmo juga Si Nepal dan Si Panjang pun free ngabang, maka bertolaklah kami setelah menghabiskan laksa, kuih peneram 2 plastik dan coklat bar dikebas Si Hot untuk makan dalam perjalanan.
Malangnya Si Kacak salah perkiraan. Dilupanya Padang Besaq adalah punca jersey2 replika Siam made punya maka seadanya dibawanya duit tak sebrapanya membuatnya tepuk dahi nyesal 1001 penyesalan..Hasilnya Si Kacak hanya mampu membeli 2 jersey dan 1 seluar pendek saja. Si Nepal dan Si Panjang pun sama beli baju juga. Si Hot...er..niat membeli terbantut keras kerana kesilapan besar akak penjual baju itu. Kasihan.
Penuh sesalan
Apapun, 3 sekawan ini bergerak pulang tetapi singgah dulu di Masjid Apanamatah untuk solat Zuhur. "Dunia itu akhirat juga". Itulah tema hidup Si Kacak. Selesai menunaikan tanggungjawab, maka kami bergerak ke Radix Chicken House (kot) untuk menjamah makanan tengahharipetangjuga. Dirasainya restoran itu hidup segan mati tak mau, kerana beberapa menu yang tersedia katanya sudah tiada hari itu. Akhirnya nasi ayam juga menjadi pilihan Si Kacak manakala Si Hot memilih set ala2 Snack Plate manakala Si Nepal dan Si Panjang memilih set nasi ayam peliksketapanamaakudahlupa.
Gembira dalam serius
Sekian saja, terima kasih kerana membaca.
Si Nepal
Si Kacak
Si Panjang
Si Hot
-End Of Story-
2 comments:
suka adegan...
1. penukaran seat oleh si hot dan si panjang
2. si hot x jd beli baju disebabkan ayat2 innocent penjual baju
3. topik ketika perjalanan masing2 pulang ke gagang
(dok carik butang like~)
lain kali kita pi lagi kalau ada masa, hehe
Post a Comment