Friday, August 13, 2010

Teater

Semalam diajukan satu soalan oleh Hazal.

"Kalau saya join KTR macam mana? Sebab saya rasa ilmu teater saya masih belum cukup lagi la."

Dah berapa lama aku dalam DOT? Kalau ikutkan dah 3 batch aku konon perturunkan ilmu.

Heh. Suka ayat perturunkan ilmu.

Dari setua-tua Palie sampailah semuda Wann, sila tanya mereka apa yang aku ajar. Aku rasa sepatah haram pun tak ada!

Pernah aku buat kelas perjelaskan blocking? Masking? Surealis? Realis? Absurd? Pernah aku buat kelas perjelaskan ambient yang sesuai dalam teater? Pernah aku buat kelas?

Tak ada.

Seorang akak senior dalam KTR, orang yang paling aku sanjung dalam mendengar sebarang nasihat dan kata panduan pernah berkata ini pada aku,

"Dalam KTR ni kita kena belajar melalui alam."

Aku tak pernah diajar untuk mengarah, berlakon dan sebagainya. Tapi aku belajar melalui pemerhatian. Aku tengok dan aku cuba. Itulah teater.

Dalam DOT aku tak pernah ajar mereka ini secara terus tetapi aku mengajar mereka dari cara aku. Macam mana aku buat mereka adaptasi dengan cara mereka sendiri. Beb, kau tak akan boleh mengajar insan lain macam mana untuk menjadi kreatif. Itu dari pemikiran sendiri.

Aku tak tahu kenapa anda semua, senior to junior menganggotai DOT atau teater. Tapi itulah dia, nak belajar teater bukan macam biasa. Dia lebih kepada pemerhatian.

3 tahun menjadi senior, sepatah haram pun aku tak pernah ajar apa-apa pada mereka. Apa yang mereka ada adalah atas dasar usaha mereka sendiri.

Dan dalam diam mereka semakin mengenali teater.

Ini mungkin bukan cara terbaik untuk melatih dan mengajar. Tapi ini cara aku.

Sebab aku pegang kata-kata ini,

memanusiakan manusia melalui budaya teater.

fin.

8 comments:

say- O said...

tak pernah ke?
x ingat dah.

wann afzan™ said...

sy blaja dr cara abg nas mengajar. pastu ble sy ajar bdk2 kt dctar time mmp, diorg igt sy bdk ktr..padahal tu style abg nas mengajar..huhu...

Unknown said...

erm....tak semua yang kita buat, mereka faham. tak semua boleh adapt cara dari pemerhatian.

mereka masih lagi terkongkong. budaya sekolah, matrikulasi. mereka belum anggap universiti ini 1 perkara yang bebas.

jadi, mereka perlu terang-terangan di ajar apa itu teater, kadang-kadang.

sekali lagi, tak semua mereka begitu. thats y soalan hazal itu diutarakan. =)

Unknown said...

seperti telah dikeluarkan nota dalam fb aku dan mat. seperti itu juga kita tahu yang sebenarnya mereka baru tahu perkara itu ada dalam teater.

jadi jangan SELALU biarkan mereka membuat sesuatu melalui pemerhatian.

mikhaelahmad said...

u kaitkan i la nok? hahaha. biarlah budak-budak tu. dah besar, panjang dan lebar.

secara jujur, aku rasa tak perlu. sebab korang tak de nak buat produksi yang besar, dan bonga. just pertandingan dekat dalam ukm, hakera etc etc.

unless kalau korang nak keluar ukm, have fun buat show dekat luar dan dibayar, sila belajar dari tekad. ktr pun tak berapa agung bab tu.

and kalau nak pergi ke peringkat lebih tinggi, eg; wakil ukm, maka afdhal lah join ktr.

lagipun korang dah ada budak kok teater; kk, atiqa arazmi, guna lah mereka tu. perah ilmu mereka.

tu pendapat aku lah selaku wakil zaba.

go zaba, go!

Nazrin Saad said...

cara abg safwan kepada aku dulu macam tu lah. tunjuk dan buat. tunjuk dan buat. yang bagi perhatian akan belajar.(contoh : wann afzan di atas)

entah. kalau ditanya apa itu blocking tak ramai yang boleh jawab dalam 1 ayat. tapi kalau suruh tunjuk, laju je la kan?

gua tak ada hal kalau nak ubah sistem.

tapi bagi gua ini sistem yang paling berkesan. bila tengok orang buat apa yang lu suka, lu pun rasa nak buat.

pandangan gua saja lah. sebab bagi yang tak faham kalau dia tengok, dia mesti bertanya.

kalau dia nak belajar. kalau dia nak.

kalau dia tak nak macam mana buat pun tak akan masuk kepala juga.

Anonymous said...

iya tau. makin banyak yg join makin banyak ideanya. makin banyak cara pembelajarannya. kadang-kadang sampai kesudah mereka tak tahu apa. sebab xreti nak adapt dari pemerhatian. huu~

mikhaelahmad said...

senang kata kalau teknik lakonan tu lebih kepada praktikal amali, bukan teori.

tunjuk, buat, terangkan sikit-sikit.

korang ada sistem ke?