Friday, August 6, 2010

Kata- Kata Dari Orang Yang Tak Join Boria (really?)

Secara jujur dan terus terang saya ingin nyatakan di sini, saya sangat proud dengan kamu semua yang join dan terlibat dengan projek boria. Pasukan sketch, pasukan penari, pasukan penyanyi dan pasukan jurulatih kesemuanya mengagumkan.

Saya lihat kamu semua menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan latihan boria selama ini. Biarpun kamu semua kelihatan super letih-super mengantuk dan super stress juga kadang- kadang sewaktu latihan, kamu semua gagahkan juga diri untuk berlatih.

Tidak lupa juga pada abang kesayangan Ismeth- siapa lagi kalau bukan Abang Vee, kerana komitmen dan kesanggupannya untuk mengajar sampai ke pukul tiga pagi. Betul, sukar untuk jumpa tenaga pengajar professional yang sanggup berbuat begitu.

Walaupun begitu, saya lihat ada lagi ruang untuk diperbaiki. Memang kadang-kadang kamu semua terleka, banyak bermain, tidak fokus dan tidak serius, tetapi itu semua hanya kadang- kadang. Terlalu sedikit untuk dijadikan isu besar.

Yang penting sekali, saya lihat kamu semua gembira dan menghargai setiap saat berlatih bersama. Saya lihat kamu semua makin rapat antara satu sama lain.

Teruskan usaha anda semua. Saya yakin kamu semua mampu untuk berjaya. Percaya pada diri anda sendiri. Jangan biarkan keraguan menguasai minda. Imaginasikan diri anda dalam keadaan juara, nescaya anda semua akan menjadi juara.

Saya harap keadaan ini akan berkekalan selama yang boleh. Hargai setiap saat yang ada bersama. Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada keesokannya.

Ok, ini sebenarnya yang susah untuk diucapkan. Saya cemburu dengan kamu semua.


6 comments:

wann afzan™ said...

jgn cemburu dgn diriku yg x mempunyai suara. kerana anda masih mempunyai kami sbgai family =)

hazal-san said...

takde org boleh mengantikan tempat untuk sesiapa.

Mungkin ade yang mencuba tetapi hasilnya tidak serupa (mungkin saiz kot sbbnye, hehe)

tapi,kamu tetap ade walau tiada di mata,

di dalam HATI kami.

say- O said...

ok, aku tacing sebentar.
tq2.

Nazrin Saad said...

lepas ni boleh lah aku balik dengan hati yg tenang. kan?

say- O said...

boleh kot.
tanya mereka.

yanie said...

smoga korg smua dpt no 1 lg thun nie..truskan usaha..maaf cz xjoin..korg mmg bez... <3 korg