Friday, September 9, 2011

. PESTA KONVO : Komedi D' Muzikal .

______________________________________________________________________
. Assalamualaikum & salam sejahtera semuanya pon. ada sedikit yg nak dikongsi mengenai sedikit maklumat hasil perjumpaan dengan sekretariat Pesta Konvo ke- 39 tahun ni khususnya mengenai persembahan seni pentas.

- Boria telah di gantikan dengan KOMEDI D'MUZIKAL pada 25 SEPTEMBER 2011-

1. Tema : berkonsepkan "5 tahun lagi" telah ditukar kepada 'Hari Raya Datang Lagi'
2. 3 orang pelakon, 6 orang penyanyi, 6 orang penyanyi latar (semua boleh berlakon skali, maximum atas pentas 15 orang)
3. Crew back stage tak de limit termasuk yg jaga lighting & muzik cuma tak dapat sijil. 15 orang atas pentas saja dapat sijil.
4. Durasi persembahan 10 minit sahaja (dyorg ckp nak buat ala2 Maharaja Lawak)
5. Muzik minus one perlu disediakan dgn lirik.
6. Hadiah Johan, dua & tiga (anugerah yg lain dyorg tgh pertimbangkan, maklum kemudian)
7. TIADA YURAN PENYERTAAN.

p/s : borang penyertaan semua dah ada dan
perlu conformkan sebelum 15 September,
lebih2 pon tak pe InsyaAllah boleh kawtim sebab
Pengarah Sekretariat Persembahan Pesta kawan saya. ngee~

Monday, August 8, 2011

Cerita Bunuh2 Kegemaran Melayu Kini

Mesej dari MediaFire.

Produksi kami sedang mencari bakat-bakat baru untuk diambil berlakon dalam satu projek filem pelajar (students movie project) yang akan memulakan penggambarannya pada penghujung Oktober 2011 di sekitar Selangor. Filem aksi/thriller mengenai pembunuhan bersiri yang berlaku di dalam kampus. Watak-watak yang dicari adalah seperti di bawah:

Pembunuh Bersiri (seorang sahaja)
...-Lelaki
- Berumur antara 20 hingga 25 tahun
-Berperwatakan baik dan ramah serta bijak menyembunyikan sisi gelapnya
- Berfizikal tegap dan berketinggian minimum 165cm

Mangsa Pembunuhan (5 orang)
-Wanita
-Berumur antara 16-25 tahun
- Berperwatakan ramah dan suka bersosial
- Berfizikal sederhana dan berketinggian minimum 150cm

Kepada sesiapa yang berminat, diminta memuat naik video lakonan (audition) mereka di www.mediafire.com serta menghantar sekeping gambar berukuran pasport dan sekeping gambar penuh, biodata diri (nama penuh, tarikh lahir, alamat rumah, no. telefon dan pengalaman berlakon) beserta link upload video di mediafire.com ke Melewar2010@gmail.com (Encik Helmie)

Tarikh tutup : 5hb Oktober 2011

Friday, July 22, 2011

That Lady



So esok adalah the day. Aku mohon maaf pada tuan punya badan dengan tuan punya badan punya tunang sebab aku dan Ismeth tak dapat hadir atas komitmen kerja atau dalam erti kata lain tak dapat cuti. Kalau cuti kena potong gaji.

*****

Kenangan gua dengan That Lady banyak. Jadi gua kesal sorang-sorang sebab tak dapat pergi. Damn. Jadi gua harap esok adalah hari yang paling bermakna dalam hidup dia. Berikut adalah fakta untuk orang yang tak kenal That Lady.

1. Dulu gua lagi kurus dari dia.

2. Gua pernah conteng muka dia macam celaka tapi orang kata lawa. Sampai sekarang gua tak faham kenapa.

3. Kalau tak ada dia, gua mungkin duduk PTSL dan tak berani keluar KL.

4. Setahun sekali mesti dia tanya gua 'Siapa lagi putih?'. Gua akur.

5. 40% SMS dari dia untuk gua ajak makan, 40% ajak keluar jalan-jalan ke tempat yang gua tak pernah dengar, selebihnya bersembang pasal isu semasa.

6. Nama betul dia Fatin Fasihah bt Mazelan. Mazelan tu nama ayah dia, kerap orang eja silap. Ayah dia tu garang. Ada misai kalau tak percaya.

7. Adik dia ambik medik macam adik gua. Tapi adik gua kat Poland, adik dia kat Russia. Gua tak ingat nama tempatnya.

8. Masa dia 1st year, dia pendiam, gua selalu buli dia. Sekarang dah terbalik pula keadaannya.

9. Bertentangan dengan kepercayaan umum, dia pun pandai masak selain pandai makan.

10. Ismeth takut gila dengan dia.

*****

Okay, 10 fakta dah cukup dulu. Tribute selanjutnya akan gua lancarkan setelah segala majlis selesai.

Buat adik Fatin Fasihah bt Mazelan, gua ucapkan tahniah dan good luck untuk beliau.

Tahniah untuk hari esok dan lusa. Good luck is for the rest of your life. Aku dan rakan-rakan yang tak dapat hadir mendoakan semuanya selamat dan semoga kau menjadi isteri dan ibu yang terbaik.

Amin.

Monday, July 18, 2011

Dreamgirls



Panggung Sari, Istana Budaya
14-24 Julai 2011
3.30 pm
8.30 pm

Pelakon :
Cheryl Samad - Deena Jones
Azura Zainal - Lorelle Robinson
Ruzana Ibrahim - Michelle Morris
Elvira Arul - Effie White
Tony Eusoff - Curtis Taylor Jr.
Indi Nadarajah - Marty
Dafi - C.C White

Tempahan / Pembelian Online
www.airasiaredtix.com
Hotline : 03 – 8775 4666

More : http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/dreamgirls

Tuesday, July 5, 2011

Teater Kotak Hitam

Purple Talent Studio menerusi Antalogi Beta (Beyond Talent) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka mempersembahkan sebuah teater karya dan arahan Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri dan lakonan Aloy Paradoks dengan bangganya membawakan sebuah teater bertajuk KOTAK HITAM.

Sinopsis
Mamat seorang penagih TV tegar yang sentiasa dahagakan nikmat hiburan bersifat hedonism. Dia tidak punya sesiapa kecuali TVnya yang sentiasa memberikan ke...puasan 100%. Sehingga suatu hari, muncul seorang Pembaca Berita dalam hidupnya. Pembaca Berita menawarkan persahabatan sejati lantas tiada sebab untuk Mamat menolak.

Hubungan mereka bertambah rapat dari hari ke hari. Mamat semakin sayangkan Pembaca Berita yang dapat memenuhi setiap kehendaknya. Mamat sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga persahabatan yang telah tercipta itu.

Semakin hari Pembaca Berita semakin mengenali Mamat. Berbeza dengan Mamat yang semakin hari semakin lupa dirinya. Hubungan mereka mencapai kemuncak. Mamat cuba untuk menidakkan Pembaca Berita tetapi sayangnya tidak berjaya.

Bersama kita saksikan kesudahannya.

***
Karya dan Arahan
Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri

Lakonan
Aloy Paradoks (Bukan Monodrama)

8-10 Julai 2011
8.30 malam
Stor Teater DBP

Masuk atas sumbangan RM15
Hubungi 03.7831.4857 (waktu pejabat sahaja)

Atau

Fasyali (017.884.8044)
Amelia (012.213.0515)

Monday, June 27, 2011

SMS

Semua orang rindu semua orang. Itu tipikal keadaan yang sering ada bila cuti. Bila tak cuti semua orang malas keluar bilik buat malu. Itu tipikal.

Oleh itu, untuk orang yang tak ada Twitter macam aku (heh!!) mesti kerap mesej rakan-rakan DOTter jikalau rindu. Well, aku pun sama. Orang mesej aku pun banyak. Dan kerap.

Boleh tahan ramai juga orang rindu aku.

Berikut aku kompail dalam unit ranking antara mesej yang memberi kesan dan boleh dikongsi sesama kita.

Top 5 :

#5 SMS dengan Leha.

Leha : (mengutuk sakan)
Aku : Damn! Kastam gemuk!
Leha : Hahaha! Ok, memang dah gemuk.

Ulasan : Jarang Leha mengaku gemuk gitu. Sedih aku bila baca. Menitik air mata.

#4 SMS dengan Wawa.

Wawa : Abg Nas saya baru dapat naib johan sukan bola jaring.

Ulasan : Orang pendek main bola jaring dapat naib johan! PEHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

#3 SMS dengan Popod

Aku : Ko buat apa masa cuti ni?
Popod : Saya belajar buat kek!
Aku : (damn. rasa loser gila)

#2 SMS dengan Farah

Aku : Aku nak pergi Pahang ni.
Farah : Yeke? Kenapa? Lama ke? Abg Nas duduk la Pahang lama-lama. (blablablabla) Nanti Farah bawak pergi jalan-jalan. (blablablablablabla) Selagi tak jumpa Farah jangan balik! (tegas)

Esoknya aku mesej lagi,
Aku : Aku dah kat Pahang ni? Hehehehe
Farah : Yeke? Esok Farah nak pergi Alor Setar.

Ulasan : Sebab tu la orang benci ko, tahu??

#1 SMS dengan Palie

Aku : (sebarang bentuk SMS)
Palie : ( TAK BALAS!!)

Ulasan : Mesej dengan Palie paling gampang rasanya. Kadang-kadang nak je gua beli nombor baru lepas tu ngaku yang gua ni Farah, takpun Ismeth. Sumpah laju je balasnya.

Okay dah.

Sapa-sapa SMS aku, aku tak balas, tu tandanya aku tengah busy cat rumah. Kalau ada kredit aku balas. Kalau aku tak balas sampai kiamat, tu maksudnya SMS korang tu bermasalah sama ada dari segi tatabahasa mahupun tema.

K, bai.

fin.