Tuesday, August 4, 2009

Saja nak tulis

Assalamualaikum.
Kali ini aku terasa seperti ingin berbakti pada blog DOT..bukan apa, aku terasa seperti.. seperti terpanggil untuk bercerita/merapu/luahan/whatever kejap kat sini. Kepada yang ada masa nak baca, terima kasih,...pada yang x mau baca, juga tak apa, no offense..

Orang kata, hidup yang bermakna adalah hidup yang penuh dengan dugaan.

Ada juga yang kata, masalah mematangkan kita. Dengan adanya masalah, diri kita lebih cekap dan tabah dalam mengaharungi hidup yang kita sendiri pun tak tahu bila penamatnya.

Dan selalunya kebanyakan orang akan bersemangat untuk mengatasi masalah itu, tak kira dengan cara yang baik mahupun kasar. Kebiasaannya juga, pelbagai rintangan extra akan wujud ketika kita hampir selesaikan masalah itu. Ketika itu, kita terasa seperti "nak terjun sungai" je(bukan bangunan, nanti mati bodoh je)..frust sebab masalah datang bertalu- talu...

Tapi bila waktu susah macam tu, selalunya akan ada kawan- kawan yang sedia di belakang, depan, kanan, kiri, atas, bawah untuk menyokong kita...biarpun takla seramai stu kelas zaman sekolah dulu..

But as long as you are here, giving me endless support and comfort, i will continue my struggle even till the end..

Itulah kelebihan bila kita kerja berpasukan. Akan sentiasa ada orang yang sedia memberi sokongan baik dari segi moral, makanan atau minuman sekalipun. Dan bila seorang gembira, yang lain turut merasa gembira.

Tetapi langit tidak selalunya cerah...

Seperti mana konsep yin yang, setiap yang putih akan ada hitamnya.setiap yang kelebihan akan ada keburukan..

Kronologinya mudah, tengok pada pasukan bola sepak. Kalau setiap pemain boleh memberi komitmen yang tinggi dari segenap aspek(datng latihan, dengar arahan jurulatih, tidak ego), maka mudahlah untuk jurulatihnya mencuba formasi, meningkatkan kemahiran pemain dan yang penting sekali akan wujud chemistry antara setiap pemain itu terhadap pasukannya. Jadi bila berlawan tak berlakulah kes fullback tak naik atas support attacking play, midfielders tak track back bila kena attack, tak ada understanding antara attackers yang menyebabkan peluang gol pergi begitu je, dan teruk sekali tak ada understanding antara defenders yang menyebabkan gol2 begitu mudah bolos..
Akhirnya hilanglah rasa percaya antara pemain dan satu "team" telah menjadi "sekumpulan pemain perseorangan"..

Jadi rasanya setakat ni je kot aku nak merapu dan bercerita..apapun aku berharap DOT akan terus maju dan happy.

Assalamualikum

No comments: