Thursday, August 20, 2009

It All Paid Off

Sejarah tercipta.

Yang tersurat itu tersurat, yang tersirat itu tetap tersirat.

Tanggal 17 Ogos 2009 merupakan tarikh keramat. Itulah hari yang mana segala normaliti terhapus begitu saja, hari yang mana impian yang rasanya mustahil tercapai telah menjadi kenyataan, juga hari yang mana segala usaha dan pengorbanan yang diberikan, menjadi berbaloi..bahkan lebih daripada berbaloi.

Pada malam itulah, pada pukul 11.30 malam hari Isnin itulah,..

Kolej Dato Onn' telah dinobatkan menjadi johan Pertandingan Boria sempena Seni Pentas D' Konvo pada minggu Pesta Konvo ke- 37

Ajaib.
Sukar untuk dipercayai.
Bagaikan "betul ke kita menang?"

Tetapi itulah kenyataan. Itulah apa yang sudah tersurat di borang- borang juri pertandingan itu.
Itulah apa yang dipersetujui antara 4 orang juri professional yang ditugaskan untuk mengadili pertandingan itu.

Imbas kembali...

Pada waktu awal, pada ketika sampai khabar angin yang mengatakan pesta konvo tahun ini akan ada pertandingan boria, buka lagi teater muzikal, bukan lagi choral speaking. Rasa keliru, gundah gulana memikirkan "Camana nak wat boria ni..?Sapa yang pandai ajar menari..?Orang cukup ka..?Bila nak start latihan..?"..

Tapi tak apa, semangat yang ada masih kuat. Jangan sesekali menyerah kalah, teruskan juga dengan projek boria ini. Dengan itu, mulalah latihan boria yang amat menekan jiwa dan perasaan kerana masalah- masalah yang sering timbul saban hari. Ada saja masalah..
Tak dapat datang awal kerana ada diskusi,
Tak dapat datang kerana ada meeting,
Tak cukup orang kerana ada yang menarik diri kerana masalah komitmen,
Pemegang- pemegang tugas yang kurang berkesan tugas yang diamanahkan padanya,
Dan yang membingungkan sekali: Tak tahu nak ajar macam mana menari boria, kiraan step, formasi..

Klimaks antara segala masalah: Mahu ambil atau tidak Abang V sebagai coach tarian?

Sekarang baru aku sedar akan kata orang,
" Don't judge a book by its cover"
" Jangan melabel seseorang itu selagi belum bersemuka dan kenal dengannya.."

Benar, aku mengaku bahawa aku kurang matang pada awalnya apabila begitu mudah mempercayai sesuatu yang kurang pasti kebenarannya. Kita tak akan mengenali seseorang selagi kita belum bekerja dengannya. Akhirnya, dengan adanya abang V, tarian boria kita nampak begitu menarik hinggakan Leha dan Wawa tergedik untuk menari bersama. Tanpanya, tak akan adalah busana boria yang begitu meriah dan kena dengan temanya. Jutaan terima kasihg pada Abang V.

Kemudian, dengan adanya En. Akmal yang bertungkus- lumus menghasilkan lagu yang unik dan "pelik", yang sanggup menghabiskan masa berjam- jam siang dan malam menemani kita berlatih, bertambah lancarlah produksi boria ini. Terima kasih juga pada Mr. Nazrin a.k.a Nepal(kata Leha dan Wawa), sketsa yang diarahnya menjadi sangat menghiburkan.

Hari demi hari, tarikh yang ditunggu telah tiba. Malam penentuan. Malam segala- galanya. Sewaktu menunggu giliran untuk membuat persembahan, nampak wajah- wajah resah di muka- muka 1st year. "Tak apa, naik stage nanti korang tau rasanya"..
Dan memang benar kataku itu, persembahan yang kami bawa dinikmati dan disambut meriah oleh semua penonton biarpun mereka bukannya kenalan kami. Ingat lagi, pada waktu aku menuruni tangga stage, penonton- penonton yang berdiri berdekatan menepuk tangan sambil mengucapkan "tahniah!","Hebat!","memang best!"..Benar kata En. Akmal,

Orang akan enjoy show korang kalo korang enjoy dan give yang terbaik. Korang akan lagi enjoy bila nampak audience suka. Audience tak tipu, kalo show bagus, diorang akan enjoy,seronok.

Nampak kepuasan pada setiap setiap orang. Tak ada penyesalan. Dan hasilnya, kita juara. Ya, kita juaranya. Segala pengorbanan, masalah, pergaduhan kecil bagaikan menjadi angin yang berlalu pergi saja. Semuanya berbaloi. Tanpa kerjasama dari kita semua, tak mungin terhasilnya boria ini.

Dan aku berharap, kita dapat terus bekerja sebagai satu team, atau lebih famous lagi, satu family.

Alhamdulillah, dan terima kasih pada semua..

















Thank you, for everything..

2 comments:

Nazrin Saad said...

maaf, aku bukan org yg optimis...
aku xprnh brhrp utk meraih johan...
aku hnya brhrp yg trbaik dari smua...

dan...

memang itu smua yang terbaik!!

Unknown said...

juga aku...
tidak mengharap untuk menang.
cukup sekadar terluah kata puas oleh kamu semua.
johan itu 1 bonus untuk kamu semua.