Wednesday, January 27, 2010

None Other than This

Kalau ada sebegini ramai orang yang sayang, siapa perlukan awek lagi?
Hati berbunga-bunga sekarang.

Monday, January 25, 2010

A Pursuit of a Rare Storyline.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ICAF is our next project, and might just be the last one for this semester. Yesterday we had a discussion, and I know that we had a basic idea of what type of show we are going to perform, and it's drama/psycho flick.

Feeling unsure/ insecure?

Yes I accepted that this is risky to be made, but i believe with determination, enough research and creative imagination, we will prevail. And there is always plan B, if things don't go well with plan A.

My influence in creating this story are based on this one great movie (Nang Nak, you knew this story already, nonetheless..click this) and one outstanding video game(Silent Hill 2, you have to read this).


deep, dark love theme


deep, ghostly love theme

Let's get to the point, basically we are about to produce a story that goes like these:

1. a man had a wife before. Now, she was in heaven but her man cannot accept reality.He knows about it, but his mind and soul cannot take it, so in his mind (and surely through his eyes) he imagines that his wife is still there. The story goes on and on..it ends with a 3rd party injected him with dose of reality. "Your wife is dead!! Just f*****g accept it!!(sorry for the harsh word).

2. Quite same with the story above, but the husband doesn't realize that his wife was dead. He continued his life with the ghost, until someone makes him realize that she is a ghost (that she was dead).

We can add the elements of love, family and philosophy into the story. However, the more sophisticated/clear flow of the story is still in progress. With time, i think i can figure it out, maybe in 2 or 3 more days. If there is anybody who has some ideas, comment, or anything, just share it. Do that here or maybe better through our DOT group in Facebook.

p/s: maybe i'm just over excited this time, after all..i just want to help, nothing less or
more.

Sunday, January 24, 2010

Skrip 101


Ini plot cerita yang aku bayangkan. Rasanya ramai yang pernah alami. Macam biasa, cerita berat.

Watak hanya ada 3 ; Gadis, Pemuda dan Perempuan.

Scene 1
Gadis dilumuri lumpur. Kotor. Chorus mengeji-ngeji gadis. Sepak terajang. Hina dan mengherdik Gadis. Tiba-tiba pemuda datang. Menghalau korus. Menyambut tangan Gadis, membersihkan lumpur pada badan Gadis. Permulaan baru dalam hidup Gadis.

Scene 2
Cuaca cerah. Gadis nampak ayu di bawah sinaran mentari. Pemuda datang. Menegur Gadis. Mereka berpegangan tangan. Gadis tersenyum. Bagi Gadis, Pemuda bukan sahaja cinta malah dunia. Perempuan datang. Mereka nampak gembira bersama. Gadis melayan perempuan seperti kakak kandung.

Scene 3
Gadis meluahkan pada penonton betapa dia menghargai Pemuda. Dia berharap dapat sehidup semati dengan lelaki yang telah menyelamatkannya. Esok adalah hari ulangtahun pertemuan Pemuda dan Gadis. Gadis mahu menghadiahkan sesuatu untuk Pemuda. Gadis bersyukur kerana Pemuda mencintainya.

Scene 4
Gadis membawa jambangan bunga untuk melawat Pemuda. Sampai di rumah Pemuda, Gadis melihat Perempuan pun ada. Pemuda dan Perempuan sedang bercumbuan di hadapan Gadis. Gadis terkedu. Lelaki yang telah memberikannya harapan, sinar hidup dan cinta kini mengkhianatinya. Hati Gadis hancur.

Scene 5
Gadis dilumuri lumpur. Kotor. Chorus mengeji-ngeji gadis. Sepak terajang. Hina dan mengherdik Gadis. Kali ini tiada lagi sesiapa yang datang menyelamatkan Gadis. Kalau ada pun, Gadis akan tetap di sini. Kerna Gadis sudah tak punya apa lagi untuk diselamatkan.

Ending : Cliche, itu memang. Tapi hakikatnya itu cliche dunia. Kalau kau dah ditipu, the end. Tiada fairy tale bila yang menipu akan ditimpa pembalasan.

Fin.

Saturday, January 23, 2010

Nothing

Today was a big day.
I made a promise, and i had to fulfill it.
So, we went out together.
And I delivered my promise.
But all was not well.
Circumstances forced us to abandon our plan.

And so, reluctantly, we round up and went back here.

...

That's it.

p/s: actually nak tulis something pasal aktiviti tadi, tapi entah camne berbunyi agak emo. Awat ha?

Case 39 : Dari pandangan mata DOTters


Review dari gua akan dikepilkan dari 3 aspek ; pengarahan, lakonan dan skrip.

Pengarahan ; Ini seriusly superb. Memang mengancam. Pengarah tau macam mana mau menarik penonton merasai saspen cerita tersebut. Adegan dalam oven, rumah terbakar. Membuatkan aku terasa panas seketika.

Lakonan ; Ternyata Renee Zelwenger juga mampu berlakon cerita saspen seperti ini. Namun kredit terbesar hendaklah diberikan kepada watak kanak-kanak, Lily dalam cerita ini. Karakter dia nampak comel walau dalam keadaaan yang tak sepatutnya. Dan walau begitu, kita masih mampu berasa jelik dengan kecomelan tersebut.

Skrip ; Mungkin Wawa, Palie dan Leha tak akan bersetuju. Tapi kelemahan cerita ini adalah dari aspek skrip. Persamaan dengan Orphan dan series Supernatural telah membuatkan aku dapat meneka perjalanan cerita hanya setelah menonton 5% cerita.

Overall : Cerita ini layak dapat 4 bintang dari 7. Kamu tak akan kagum tapi kamu akan merasai ketakutan tersebut. A typical suspen movie nonetheless.

Rating :
7 bintang - Kena tengok di panggung dan download dan tengok lagi! Superb!
6 bintang - Wajib tengok di panggung! Tak akan puas kalau tengok sekali!
5 bintang - Kena tengok bai. Kalau bukan panggung pun download jadi ah.
4 bintang - Baik tengok. Tapi kalau tak tengok pun tak rugi.
3 bintang - Tunggu keluar download je ah.
2 bintang - Tengok kalau ada masa je ah.
1 bintang - Tak payah tengok. Buang masa saja.
0 bintang - Lu akan dikeji masyarakat kalau lu tengok.

Thursday, January 14, 2010

Bunyi Gitar

Mari berdansa!!



p/s : okay. video ni tak smart. tapi still ada yang gelak-gelak tengok video ni kan? aku dah edit. kalau tengok dari awal pasti lagi gelak.

Wednesday, January 13, 2010

Angan-angan : Antara Dua Darjat The Musical v2.0


Insya Allah jika diberi peluang, maka ada lagilah teater muzikal ini. Kali ini lebih baik, lebih hebat. Itu aku janjikan. Jadi aku ingin menambah beberapa elemen jika berkesempatan. Ini idea yang baru saja diperolehi. Boleh direjek jika mau.

1. Aku mau lebihkan elemen komedi. Di sini mungkin lebih menekankan elemen cinta Sudin dan Ernie.
2. Penambahan watak. Aku membayangkan watak Sarip Dol. Di mana watak jahat ini akan cuba merebut hati Tengku.
3. Sudah tentu penambahan lagu. Dalam 1 atau 2 saja.


Setakat ini, itu saja yang mampu kuluahkan. Jika ada rezeki, adalah. Jika tiada, maka biarlah kusimpan idea-idea ini dalam pemikiranku sahaja.

Semoga DOT menjadi lebih dari apa yang ada sekarang ni.

Tuesday, January 12, 2010

Masih Aku Terasa

Bukan nak menyemakkan lagi blog DOT ini, tapi cuma nak menyampaikan apa yang dirasakan sejak kebelakangan ini.

Semua tahu kita kalah Mefek. Kita tahu yang kita tersangat down,"Aku down~~"..Kita tahu yang ini first time kita takde nombor. Aku percaya kita semua merasa bersalah biarpun hanya sekelumit rasa sekalipun. Tapi, hikmahnya..something yang aku tak pernah agak akan jadi. Yang aku rasa tak berlaku (kalau berlaku pun, negligible) pabila tamatnya event2 sebelum ni yang kita menang.

Kita makin rapat.

Aku percaya kita semua ada rasa itu. Setiap malam latihan ada saja yang ucap, "aku sayang hangpa semua." Aku juga nak ucapkan benda yang sama, tapi tak pernah kesampaian, sebab lelaki lain sket sifat diorang. Dan aku rasa kawan2 lelaki yang lain pun sama. Manakan tidaknya, peristiwa semalam membuktikannya.

Pergi karaoke dgn teman-teman se-KDO. Enjoy? ya aku enjoy habis-melalak, menari, gelak, tapi rasa ada sesuatu missing..korang tau apa yang aku rasa kurang waktu itu.

Semalam, waktu sedang mandi, pukul 7 lebih. Entah bagaimana aku terhumming lagu Tong Hua (dalam volume yang aku je bley dengar). Bila aku hampir selesai, kedengaran orang di shower sebelah juga tengah humming lagu yang sama, cuma lebih kuat. Aku tak tahu siapa dia, kerana dia keluar lebih awal dari aku.

Satu ketika dulu aku sangsi dengan DOT. Tapi sekarang dah hilang sangsi itu. Rasa sayang pada DOT masih ada.

Ya, masih aku terasa. Malah aku rasakannya makin membesar. Aku berharap aku mampu bersama korang semua lagi, untuk tempoh selama mungkin.

Monday, January 11, 2010

Entri yang Tidak Dirancang

Setelah mengupload video Youtube ke dalam blog, aku bercadang untuk sambung tidur setelah menelaah FB sedikit sebanyak sebab petang nanti perlu menyiapkan kerja yang tertangguh.

Tapi aku terhenti. Tersentak. Sebak. Terharu.

Mula dengan menggatal-gatal membuka profile ahli DOTters. Hampir semua meluahkan kata-kata yang boleh membuatkan dadaku bergoyang. Contoh yang paling tegar : gadis paling kuat emosi kita, KK.

Sepanjang hayat FB dia dalam kotak kecil atas information profile FB dia hanya tertulis 'pink is my life'. Tadi baru aku sedar, ada 4 perkataan baru dalam kotak itu. Tengoklah sendiri kalau ingin tahu.

Warga DOT lain juga tegar dengan status yang mengharukan. Cari saja Leha, Wawa, Sheera, Izayu dan Say O.

Ok. Memang. Status FB itu tak penting. Yang penting apa yang kamu rasa.

Dan memang aku fikir ini dari satu sudut yang besar. Kau tulis dalam FB, maknanya kau nak dunia luar tahu. Maknanya itu adalah sebahagian dari diri kau, perasaan kau. Apa yang kau rasa. Dari sebesar-besar hal seperti perasaan sehingalah kepada komen AJL.

Dan sumpah aku terharu berdasarkan itu.

Oh. Ini aku baru sedar hari ini. Kekalahan semalam memang lebih mengeratkan kita pada hari ini bukan?

fin.

Ini Bukan Kelab, Ini Famili

Inspired by some certain individuals. Know that you all are the one who made me cry, laugh, love and live the life. You are the one who made me feel human.



p/s : masih belum siap. ini baru intro. komen jika perlu. lirik korus telah diubahsuai seperti dalam video. ingat. ini tribute untuk semua dotters.

Sunday, January 10, 2010

kehuruharaan 2010.

Di sini aku menulis bukan untuk memberi caci makian. Bukan untuk memberi pendapat. Bukan untuk Beri komen tentang malam tadi. Kita semua tahu dimana D.O.T dalam hati. Itu subjektif. Tak perlu iya-iya bersorak hadapan orang ramai. Biar kita saja tahu.

Setelah malam tadi. Setelah pemberian hadiah. Setelah apa terjadi. Aku harap semangat jatuh sedikit kau orang itu naik semula. Jangan terlalu down. Kita masih jauh untuk ke hadapan.

Maaf. Malam tadi tiada wajahku dalam postmorterm. Aku kurang suka lihat wajah-wajah mungkin sedih. Mungkin down. Mungkin juga blurr.

Aku bukan apa. Ini tahun 2010. Tahun penuh dugaan. Dimulakan dengan aku. Kehilangan benda penting. Jadi anggap ini pengajaran. Aku sudah boleh chill. Jadi aku mahu kau orang chill ok. =)

Jika apa yang aku anggap ini salah. Itu bagus. Maksudnya kau orang akan teruskan perjuangan dot ini.

Siapa Sajalah Aku.....????


Tak boleh tidur. Ada beban dalam dada. Jadi aku menulis.

Selama dalam dunia, tak pernah aku dihargai seperti dalam DOT. Bukan aku minta. Tapi aku suka. Tapi penghargaan itu sepatutnya dianugerahkan dengan sesuatu yang lebih bernilai dari aku.

Itu aku gagal kot.

Morale sekarang down.

Sebelum Mefek peratusan minat teater sudah jatuh pada tahap 10%, DOT mampu menjadikannya 99% dalam masa 1 hari. Tapi.. Entah!

Sorry gila. Sumpah rasa macam mau bunuh diri. Mau menangis. Mau hentak kepala pada dinding. Mau menjerit.

Tapi siapa sajalah aku?? Ahhhhhhhhhhh...............

Saturday, January 9, 2010

Tong Hua (Fairytale)

Fairytale was meant for those who dare to dream...
And so, lets tonight be another fairytale for a long hard fought dream...

Thursday, January 7, 2010

Monday, January 4, 2010

Dia pergi membawa MAGGI2 ku...

Kejadian ini berlangsung selama kira-kira 2 minit..

Tepat jam 6pm tadi, sedang aku baring2 menghadap Sood Bin Farid Hamil ku, dibelakang ku (meja study) kedengaran seperti sesuatu yang pelik, lalu ku bangun melihat. Arhhhhhhhhhhhh (ku menjerit lalu berkata 'berani ko memasuki bilik aku! Berambusssssss!!'). But the words won't come out...sigh~ kesemua itu ku lakukan dalam hati.

Ku fikir untuk menghalaunya dengan gaya AVATAR. Jangan Yana. Jangan ditakut2kan makhluk itu seperti yang dilakukan JAKESULLY dan NEYTIRI. Lalu ku diam sahaja disusuli dengan aksi2 cubaan menghalau makhluk durjana itu. Aku masih waras dalam situasi genting itu mindaku berkata2 'Gile ape kau nak halau gaya Avatar. Sekali dia gigit tengkuk. Tak ke naya nnti? Itu baru sekali, kalau berkali2? Dengan kau2 bertukar spesies dia.'

'Ape aku nak buat ni. Ape aku nak buat ni!! Fikir Yana fikir. Arhh belasah je la. Lalu aku mengangkat cushion di sebelah ku. Kononnya makhluk itu takut lalu pergi. Tapi jangkaanku meleset. Dia memandangku tepat! Dengan mimik muka yang berkerut2 sambil mempamerkan gigi2nya yang ku fikir tak pernah dicuci. Senang cerita dia sedang marah. 'Eh eh kau yang masuk bilik aku senyap tak senyap, ko pulak yang nak berang. Apsal la dia ni tak blah blah lg. Adoi~' Makhluk tersebut memandang2 bucu mejaku yang terletaknya di situ MILO FUZE 3 in 1, 1 set MAGGI KARI dan CHIPSMORE. Ah sudahhhh.. Bekalan makanan akuuu!! Tidakkkk!

Lalu ku bangun, berdiri. Skali lagi dia memandang tepat ke arahku dengan muka berangnya (debar dah aku....aiseh). Aku fikir kalau aku buka pintu mungkin dia berambus kot. Lalu ku buka pintu. Yesssss! Berjaya! Berambus juga kau. Bawanya bersama-sama 1 set megi yang dalamnya tinggal 2 bungkus megi lagi. 'Ah amek la nyet. Nasib baik aku dah makan 3 bungkus. Tak ler kempunan aku nanti. Janji ko jgn serang aku. Aku selamat.' Syukur Alhamdullilah...

Saturday, January 2, 2010

..06..07..08..09..10!!!!!

people come and people go...
but the memory that they left is what matters..
its been 4 years of joy and tears..
and let this be my most memorable swansong yet!
thanks el familia!