Saturday, February 13, 2010

Cinta Penjual Goreng Pisang

Nama gua Is. Is-se-meth. Umur 19 tahun. Berat badan 53 kg. Hobi gua diet. Serius gua tak suka makan. Sebab tu berat badan gua 53kg je.

Sekarang ni cuti midsem. Gua paling tak suka cuti. Sebab tiap kali cuti, mak gua, Puan Zaleha akan hantar gua ke rumah Pak Lang Ijan dan Mak Lang Wawa. Tambah pula tahun ni anak diorang, Zayu nak UPSR. Lagi lah kerap gua akan dihantar ke sini untuk ajar budak tu bahasa Arab.

Terpaksalah. Yang mak gua pulak kerja nak pergi honeymoon saja. Asal cuti pergi honeymoon, asal cuti honeymoon. Gua terpaksa akur. Kalau tak gua kena tumbuk. Pernah sekali gua masuk ICU sebab gua curi makan sambal kegemaran dia. Sejak tu gua jadi trauma nak makan.

Tapi cuti ni bakal mengubah persepsi hidup gua tentang makanan.

Petang ni gua macam biasa mengajar si Zayu bahasa Arab. Yang peliknya sepatah gua ajar dah ngantuk dah budak tu. So gua sabar je lah. Tiba-tiba gua bau sesuatu. Mak Lang Wawa menghidangkan pisang goreng pada gua. Gua pun saspek la kat Mak Lang gua. Mak Lang gua ni mana reti masak. Selalu Pak Lang Ijan yang masak.

So gua saspek Mak Lang gua nak racun gua. Gua tanya la Mak Lang gua.

"Mak Lang, mana lu dapat goreng pisang ni? Rumah lu jangan kata pokok pisang, pokok ganja pun tak ada."

"Ang jangan nak saspek bukan-bukan! Aku pi beli kat luaq lah! Kat simpang 3 yang selalu accident tu ada orang buka kedai goreng pisang" ujar Mak Langku dengan nada Utara asli. Mak Lang memang pandai cakap Utara. Sebab tu Pak Lang tergoda.

Selesai saja ngajar si Zayu, gua pun ugut dia ikut gua pergi kedai goreng pisang. Nak makan di rumah Pak Lang lambat lagi balik. Mak Lang sibuk dengan Totoro, Mr Kerry dan Kojie dalam bilik. Sampai saja di kedai tu, gua terpana.

Gua nampak seorang gadis. Sumpah lagi hot dari mak gua. Masa tu dah macam-macam dah dalam fantasi gua. Terliur gua. Gua pun apa lagi. Sandar kat tiang lampu berdekatan, bertongkatkan sebelah kaki kanan dan memakai spek mata hitam yang entah dari mana muncul, gua menyatakan 1 ayat macho.

"Goreng pisang 1 tandan"

Sejak hari tu gua dah tak makan nasi. Gua makan goreng pisang jer. Pak Lang gua buat statement ngeri kat gua.

"Rumah ni tak ada orang lagi tinggi dari pintu pagar rumah tau. Kalau kau datang jer kau ubah tradisi rumah ni"

Gua tak tau apa kaitan dia dengan goreng pisang yang berlambak ni. Tapi itulah statement ngeri dia. Ok. So fine. Gua dah jatuh cinta dengan peniaga goreng pisang. Gua gelar dia Cik A. Sebab gua belum tau nama dia lagi.

Hari demi hari Cik A makin mesra dengan gua. Maklumlah kalo gua datang je, stok goreng pisang terus habis. So dia terpaksa la sembang-sembang dengan gua. Ala-ala customer service u'ols. Makin hari makin rapat. Tapi gua tak adalah buat benda-benda tak senonoh yang Mak Lang gua selalu tanya apa maksudnya tu. Gua masih dara lah, lagipun kalau mak gua tau mampus gua kena hentak.

Esok cuti dah habis. Tapi gua belum confess. Gua ada suruh si Zayu hantar surat yang gua dah salutkan dengan bedak kat Cik A. Tapi asal gua suruh pergi ja, mesti si Zayu ni tidur. Gua tak fahamlah. Tak apa. Nanti cuti gua saspek gua akan confess kat dia. Gua yakin!

_________________________

Hari yang ditunggu dah tiba. Gua kembali ke rumah Mak Lang gua. Kali ni tak payah kena pujuk pun. Gua sendiri struggle beli tiket. Mak gua jadi pelik dengan gua. Tapi mak gua rilek jer, maklumlah hot stuff.

Gua lalu depan simpang. Tapi kedai tu kosong. Mungkin tak buka agaknya. Gua pelik. Pehal tak buka? Takkan dah bengkrap.

Sampai saja gua terus tanya Mak Lang gua.

"Mak Lang, pehal kedai goreng pisang depan tu dah tutup??"

Dan Mak Lang gua jawab. Jawapan yang gua paling tak nak dengar.

"Laa, Ismeth tak tau lagi ka? Budak pompuan yang meniaga situ dah meninggal. Accident masa hari Ismeth balik tu. Orang nampak dia berlari-lari tengah jalan. Tak tau kejar apa. Kereta datang dari belakang, Ismeth, tak sempat ngelak pun. Orang cakap sebelum dia meninggal muka dia bersih sangat. Orang nampak dia nangis. Tak taulah."

Gua terkesima. Walaupun gua macam main-main ja selama ni, gua tau gua sangat sukakan gadis tu. Dalam diam dada gua sakit. Dan entah kenapa pipi gua basah. Gua kesal. Gua kesal gua gagal luahkan isi hati gua pada dia.

Dada gua semakin sakit. Sakit lagi.

_________________________

Hakikatnya, pada hari tersebut, Cik A, penjual goreng pisang itu mengejar Ismeth kerana dia juga mau meluahkan isi hati. Ya. Dia juga sama mencintai Ismeth. Namun takdir menentukan segalanya. Kerna cinta mereka bertemu dan kerna cinta jua mereka berpisah.

Fin.

9 comments:

say- O said...

lawak ada, sedih pun ada.

wann afzan™ said...

igtkn nk buat stok ngnjing je..
rupenye cite sedih..

Nazrin Saad said...

gua menantikan karya sprti ini dari u'ols lak~~

wann afzan™ said...

gua belum tercapai idea lah..

Nazrin Saad said...

nk wat citer baru...
tp lum ada ending yg menarik.

genre : cinta remaja

izayu said...

ala..knape sye ske tdo!!

Nazrin Saad said...

tanya lagi...
org laen dh komen yg mna2 dh,
ko baru prasan yg ni...
sbb pe?

sbb suka tido ah!

:: aMeR sAmA :: said...

" "Goreng pisang 1 tandan" "

ini ayat cool...kat PTSL pon takleh dapat...

baru gua tau skil nak ngorat pon pompuan...aihh

Nazrin Saad said...

jgn mintak dekat penjual alat tulis pula camtu.
mati ko kena hentak nanti.