Saturday, April 17, 2010

Pengembaraan Mencari Suami 2

"Assalamualaikum, Cik Zaleha?"

Zaleha berpaling. Dia nampak seorang lelaki. Dia nampak seorang perempuan. Dia nampak lelaki yang macam perempuan.

Tapi dia kenal lelaki itu. Itulah wajah yang dia tunggu selama ini.

"Arwah ayah I yang suruh I datang sini cari you nok. Sorry lah sekarang baru sempat you alls."

Zaleha terkejut.

"Jadi awak anak dia ke?"

"Ya. Masa abah hidup dia selalu sebut tempat ni dan nama you. Tapi kami tak pernah benarkan dia datang. Yelah, sakitnya kan macam tu. Rasanya inilah suatu benda yang dia tak akan lupa. Makcik tunggu dia juga. Sebab apa?"

Zaleha menghulurkan sesuatu. Surat.

"Sebenarnya saya nak ayah awak yang baca. Bacalah."

_______________________

Untuk kekasihku, isteriku, cintaku.

Bila kau membaca surat ini, rasanya aku sudah lama meninggalkan dunia ini. Rileklah, sudah ku agak setelah Dr Gregory mengesahkan aku menghidup penyakit autoimmune. Nasib bukan sindrom paraneoplastik yang telah didiagnoskan oleh Dr Raju.

Tapi itu semua tidak menjadi persoalan. Maafkan aku juga kerana aku telah merahsiakan penyakit ini dari pengetahuan kau, Leha.

Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk menjelaskan kelakuan aku sebelum aku mati.

Maafkan aku kerana aku telah menceraikan kau. Aku bukan berniat untuk berbuat demikian. Aku cuma tidak mahu kau dan Boboi menderita dengan penyakit yang kuhidapi ini.

Ahh, rasanya semua itu tidak penting kan sekarang?

Aku harap kau dan Boboi sihat selalu. Aku tau Boboi pasti sihat. Anak itu, selalu menghabiskan duit aku untuk membeli nasi beriani cheese kegemarannya? Macam mana dia sekarang? Sudah kurus?

Sudah boleh masak sekarang? Sudah hafal resipi sambal yang aku tinggalkan itu?

Hahaha, agaknya pasti kau dan Boboi makan di luar saja kan? Belajar la memasak. Kerapkali bila kita keluar bersama, orang cop aku gay sebab perangai kau dan aku agak sama saja.

Gila agaknya orang yang cuba mengorat kau dengan memuja mata dan mulut kau. Tapi aku pun pelik kenapa mamak-mamak di warung gemar sangat dengan kau.

Masa aku melamar kau di warung mamak al-Fareez, dengar cerita keesokannya 2 orang mamak di situ telah bunuh diri akibat kecewa dengan kau. Kau memang hot stuff, Leha.

Lang, Long dan Ngah sihat? Rajin-rajinlah melawat mereka. Long tu ada penyakit leher. Dah berapa kali leher dia tergeliat dalam 2 3 tahun ni. Temanlah Ngah, kesian dia. Tak ada bini. Lang pun sama, tolong lah dia ambil cili di kabinet paling atas. Dalam keluarga dia mana ada yang sampai kabinet tu.

Dulu kalau aku bercerita dengan kau, kau mesti bosan. Kadang-kadang bila aku bercerita sempat pula kau picit jerawat sebelah aku. Kecuali bila aku cakap pasal makanan, kau mesti peka.

Sekarang, kau dah tak boleh bosan. Sebab ini adalah pesan terakhir aku.

Aku sebenarnya takut nak menulis. Bukan takut ada salah eja sehingga ditegur anak saudara kita, Wann Hitler. Bukan. Bukan juga takut anak kita tersalah anggap surat ini biskut lalu memakannya. Bukan.

Tapi aku takut kau tidak akan menerimanya. Aku tahu kau tidak pernah mencintaiku sepertimana kau mencintai lelaki Alzheimer itu bukan?

Dan aku tak pernah menghalang cinta kau. Aku berkahwin dengan kau supaya aku dapat membaca isi hati kau. Supaya aku dapat memikat kau kembali. Namun, rasanya hayat aku terlalu singkat untuk aku melakukan tugasan itu.

Aku meninggal dengan tanda tanya. Adakah kau mencintai aku?

Namun aku tidak pernah menyesal. Kerana aku dapat hidup bersama perempuan yang aku cinta, biarpun singkat.

Mungkin aku tak ada hak mahu bertanya sekarang. Mungkin aku tak akan tahu pun jawapannya.

Zaleha, adakah kau mencintai aku?

Dari kekasihmu, suamimu dan mungkin cintamu.

Marzuki.

_______________________

Lelaki yang serupa perempuan itu terbeliak.

Zaleha membuka bicara,

"Selama ni saya tunggu ayah awak sebab saya nak bagi dia baca surat ni saja."

Lelaki itu berkata. Kali ini agak maskulin percakapannya.

"Jadi apa jawapannya? Apa jawapan untuk soalan terakhir dalam surat ini?"

Zaleha hanya tersenyum. Sambil menitiskan air mata.

Fin.

7 comments:

smith pontius. said...

nice~~~

say- O said...

x paham.
awat leha boleh ada surat dari marzuki,
pastu dia bagi kat anak marzuki plak?

wann afzan™ said...

nape leha nk bg laki akzheimer tu bace?

Anonymous said...

ha'ah...
dua2 p'soalan say o n wann tanye tu...
pun xpham gak..
cpat jwb...

Nazrin Saad said...

say o :
baca betul-betul. hanya ang dgn ijan ja yg xdpt tgkp betul-betul cerita ni. malu sikit dgn ismeth.

wann :
kalau kau jadi leha, kenapa kau buat demikian?
=')

wann afzan™ said...

urm..=)

Nazrin Saad said...

bintang yang palin cerah dapat dilihat pada malam yang paling gelap. namun kita selalu gagal untuk menghargainya hinggalah kita tak berpeluang untuk melihatnya lagi.