Malam tu malam Jumaat. Ijan Muslimin macam biasa. Tengok Smack Down di TV3. Sambil makan cili. Wawa pula sibuk mengemas rumah. Yuyu mengamuk tadi. Habis mainan dicampakkan. Habis botol ubat batuk dipecahkan. Maklumlah, tekanan nak UPSR.
Sedang si Wawa mengemas, dia terjumpa satu nota yang menarik. Terus dia memangil Ijan.
"Sayang!"
Ijan pantas respon.
"Adoi, cabai! Pehal lu, sayang?"
"You tengok apa yang I jumpa dalam beg sekolah si Yuyu ni."
Kata Wawa sambil menunjukkan sekeping nota. Surat cinta.
_____________________________
Hai. Nama awak Yuyu kan?
Nama kita Danish. Awak mesti tak kenal kita. Awak kelas depan, kita kelas belakang. Tak apalah. Awak mesti tak tau kenapa kita hantar surat ni kat awak kan?
Kita nak cakap yang kita suka awak. Suka sangat.
Awak mesti terkejut kita hantar surat ni kat awak kan? Awak mesti seperais. Kita suka gila kat awak tau. Kita selalu buat-buat pergi toilet masa kelas. Tapi kita bukan nak kencing. Nak berak apatah lagi. Kita nak tengok awak. Yawwww~
Kawan-kawan kita tak tau kita suka awak.
Rumah kita dekat je dengan rumah awak. Rumah kita dekat dengan rumah Ah Seng. Alah, yang ada anjing bulldog besar tu. Anjing tu pernah gigit kaki kita. Mak kita cakap kita ni kurus, anjing tu ingat kita ni tulang.
Kita ingat lagi masa kita jumpa awak. Hari tu kita tak buat kerja sekolah. So kita kena denda kahwin olok-olok dengan Salleh. Sebab Salleh pun tak buat kerja sekolah juga. Salleh lagi teruk, satu soalan pun tak buat. Mesti la Cikgu Siti marah.
So kita kena pergi dari kelas ke kelas. Kena baca nota ni.
"Nama saya Danish. Nama kawan kita Salleh. Kami tak buat kerja sekolah. Kami dah tak nak belajar. Jadi kami bercadang nak terus kahwin."
Masa kita pergi kelas awak, kita nampak awak tidur dalam kelas. Kita nampak air liur basi awak melimpah-limpah atas buku Geografi darjah 4. Kita terus terpikat kat awak.
Sejak hari tu, kita decide nak kahwin dengan awak. Kalau boleh awak beritahu la mama dengan papa awak. Esok kita boleh datang merisik awak.
Okaylah. Mak kita dah panggil makan nasi. Lagipun kita nak buat Math jap lagi. Kita taknak kahwin dengan Salleh lagi esok.
Kita harap awak dapat balas surat ni. Kita ada hantar roti Butterscotch ni sebagai tanda kita couple.
Mulai esok awak panggil kita boyfren boleh?
Dari boyfren awak,
Danish.
_____________________________
Terus Wawa dan Ijan tergelak besar selepas membaca surat itu.
"You tengok ni sayang? Tak sangka Yuyu pun ada."
Ijan pandang Wawa. Ijan cakap,
"Alah, macam kita muda-muda dulu juga lah."
Ijan pandang Wawa. Ijan senyum. Wawa senyum.
Malam tu lampu rumah Yuyu padam awal. Tak sempat Smack Down habis lagi.
Fin.
8 comments:
damn...bodoh...sengal...
itu itu je komen...
Malam tu rumah lampu rumah Yuyu padam awal. Tak sempat Smack Down belum habis lagi.
.........lepas tu?haha..
yg aku trtarik ending nya ja la...hahaha~
damn. kat ending ada kesalahan tatabahasa.
dah dibetulkan.
saksi : wa nampak izan muslimin blushing masa baca artikel ni.
(saksi terpaksa dirahsiakan identiti sebab bimbang akan disumbat cabai ke dalam matanya)
abg ijan sgt tensi smpai ulang "itu" dua kali...
"Malam tu rumah lampu rumah Yuyu padam awal." bape byk kali rumah yuyu nk kne ade ye?
likeeee ending!!!
nk tulis...ok itu je komen sbnarnye...
bila plak gua blushing masa baca cite ni?
sapa saksi tu...?
*smbil pndg pah mir...smbil tgn tgn mula menepis2...*
tgk..
abg ijan sgt mrh..
smua perkataan dia akan ulang dua kali...
contoh kedua : smbil tgn tgn mula menepis2
sye suke cte ni!!!
Post a Comment