Stop.
1,2,3,4.
Hop.
***
Siapa tak kenal Ismeth? Seorang penari yang terkenal di dunia ini. Search saja group Ismeth Azril di dalam Facebook. Setakat ini sudah ada 2 juta orang peminat yang join masuk group ini.
Gadis-gadis muda apatah lagi, memang tergilakan jejaka ini. Sebut saja Ismeth sudah cukup untuk membuatkan mana-mana gadis pengsan. Baru-baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa penceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt adalah gara-gara Ismeth. Walaupun kenyataan ini belum dibuktikan lagi, kehadiran Angelina Jolie datang menonton persembahan tarian zapin Ismeth di Royal Albert Hall menguatkan lagi khabar angin tersebut.
Hidup sebagai superstar memang terbukti mewahnya. Kondo Ismeth 5 tingkat tingginya di Tanjung Malim. Baru-baru ini Ismeth telah membeli Bukit Merah dan dijadikan pusat rekseasi percuma di Malaysia.
Setinggi-tinggi kejayaan Ismeth, dia tidak pernah lupa pada daratan. Gurunya, Vee sentiasa tersemat di hatinya. Ingat lagi pada zaman permulaan kerjayanya dia terpaksa lari dari rumah dan tinggal di rumah gurunya.
Hidupnya susah pada masa itu. Berkongsi makanan dengan gurunya. Berkongsi bilik mandi. Berkongsi segala-galanya.
Namun berkat usaha Ismeth, hari ini beliau megah di puncak.
***
Baru-baru ini ada pertandingan realiti tarian yang melibatkan pasangan bersaing dengan pasangan lain untuk memenangi acara itu.
Penyertaan Ismeth telah direjek sama sekali.
Ismeth pelik. Dengki sangatkah orang kita dengan kejayaan Ismeth? Walhal dia telah melakukan pelbagai jenis kebajikan di seluruh negara. Kenapa masih ada lagi yang hasad padanya?
Ismeth menoleh melihat borangnya yang telah direjek. Ismeth mengeluh.
Barangkali mereka tidak mahu orang berpengalaman menyertai pertandingan itu. Tetapi Linda Jasmin baru saja mengesahkan penyertaannya dengan Que Haidar.
Mungkin Ismeth tidak seseksi mereka. Ismeth sedar itu semua. Tapi mereka tidak layak untuk merejek Ismeth dan pasangannya.
Mungkin mereka dengkikan Ismeth, tapi apa salah Palie dalam hal ini????
Ismeth merenung jauh dan memikirkan alasan untuk diberikan kepada Palie.
Dalam keheningan itu Ismeth mendail nombor Palie.
fin.
6 comments:
gampang. makin terbukti kesahihan hubungan ismeth dan palie
patut letak gambar!!
sebut ttg vee.hari tu persembahan utk pertandingan akhir debat IPT ade ternmpak Vee menari~~ @.@
haha~~
mana boleh letak gambar superstar sebarangan. nak kena saman ke?
nnt ismeth mesti komen :
"mana penah aku menari dgn palie!!"
kahkahkahkah!!!!
bkn2..
"mna penah aku mnari ngn palie cmtu!!"
habis ar smet. memang dah cukup kacak untuk upload profile dalam kelab gay
kedah perlis kena bah,
penduduk di sana kena tibi...
BAAAHHH BBBIIIII...
Post a Comment