Wednesday, October 19, 2011

Detik : Satu Review




Hai, nama saya DOT. Mohon izin adik-adik.

1. The Good Point

Terima kasih Sharif kerana upload, terima kasih Izan kerana merakam, justeru aku sempat melihat juga persembahan ini dari kaca mata penonton.

The Good Point persembahan anda tersangatlah obvious. Persembahan dan dedikasi adik-adik junior. Secara peribadi saya suka gesture yang ditunjukkan oleh watak Citra. Shariff dan Farah sudah tentulah.

2. Audio

Rohani cakap ini adalah curse. Aku tak tahu apa yang jadi, tapi kita ambil iktibar sajalah. Cuma perkara yang aku nak tekankan kalau audio tak boleh pasang, JANGAN pasang di tengah-tengah, nampak sangat ada flaw. Either pasang dari awal atau tak payah pasang langsung. Rasanya dah jadi benda ni kat PTU lepas.

3. Adegan Citra dan Jefri Gaduh

Aku nampak benda ni pelik. Sebab apa? Sebab ada Arman kat tengah. Bila dua orang ni bergaduh, Jefri atau Citra terpaksa langkah besar hanya untuk crossing ke tempat lain untuk mengelakkan blocking. Dan scene gaduh (mana-mana scene gaduh pun) ni sepatutnya tense, so sepatutnya kalau face to face lagi umph kesannya. Tapi diorang gaduh jauh. So orang payah nak fokus, dan bila orang nampak watak Arman, orang nampak watak tu blur.

Nak setel benda ni senang ja. Gaduh kat tepi atau letak watak Arman kat tepi. Heck, letak set kerusi kat tepi pun tak apa, janji ada sesuatu kat tengah. Guys, set ICAF kita 2 tahun ni mana pernah centre, tapi berisi, itu yang penting.

4. Arman tu Sakit Apa Sebenarnya?

Aku ada wiki cirrhosis ni. Salah satu simptom dia (kalau dah teruk) adalah sesak nafas. Tapi dalam ni Arman tu boleh pula jogging dan jerit sama kawan-kawan dia.

Actually boleh buat, tapi bagi nampak side effect sakit dia tu. Dan korang kena research lah sikit.

5. Adab Berdialog

Kalaulah, let say, Farah bergaduh dengan Ecah, katakanlah. Adakah Farah akan pandang Ecah atau pandang dinding kat depan?

So berbalik pada show korang. Sangat banyak adegan berdialog tapi badan dengan muka menghadap depan, maksud aku, penonton. Logik ke kalau dua orang tengah bergaduh tapi saling pandang memandang tempat lain?

6. Level dan Blocking

Rasanya banyak yang dah faham yang ini, tapi yang aku rasa ramai yang tak faham adalah bahagian berdiri sebaris. Kalau boleh elakkan lain kali, tau. Aku lukis di bawah, assume titik merah tu 3 watak yang berkenaan.
Ini apa yang korang buat. Semua berdiri sebaris. Macam perbarisan.

Ini yang sepatutnyalah. Biar watak tu scramble sikit.

Dan kalau boleh, elakkan pergerakan yang jauh-mauh. Contoh bila Sharif dengan watak Citra nak duduk atas kerusi, janganlah jauh sangat, dah nak kena lari ke situ. Kenapa tak waktu dialog sebelum tu dia dah dekat kerusi?

7. Skrip

Skrip untuk pertandingan dengan skrip untuk show lain. So aku sentuh skrip untuk pertandingan. Untuk sesuatu yang 10 minit kita mahukan sesuatu yang sampai mesej dan menghiburkan. Aku tak rasa persembahan korang tak sampai mesej, cuma dari segi menghiburkan itu kurang.

Well, '14ribu orang masih menunggu organ, kau tahu'. Gerak Khas sangat, kalau aku bukan seorang doktor aku takkan ambil tahu benda ni.

Benda macam tu boleh bagi nampak menarik dan melibatkan penonton. Contoh :

(Citra tunjuk kiri, tunjuk kanan.) Ko tahu semua-semua orang dalam Malaysia ni (sambil tunjuk) ada dalam 14 ribu masih tunggu organ tahu? (tanya penonton)

8. Latihan Lakonan

Aku rasa korang kurang masa berlatih. Banyak pergerakan kaku kan? Ini benda normal, sama macam aku cakap Ismeth monotone. Kasi nampak real sudah la pergerakan tu, dan kurangkan pergerakan tangan yang berpidato. Benda ni boleh tanya Farah, dia perfect, dan Sharif juga.

9. Jangan Humble Sangat

Korang tak hebat, aku rasa korang rasa macam tu. Thats why korang tak ambil risiko. Ambil risiko, buat benda yang stand out. Buat benda yang orang akan kata 'ooooohhhhh', 'ahhhhhhhh' atau 'ouch'. Aku rasa TEKAD mesti ada elemen ni sedikit sebanyak kan?

10. Penyanyi Latar

Letak kat tepi. Tempat muzik The Gallow. Kalau kat belakang hakim pun tak dengar. Lainlah kalau pakai mikrofon. (Dan sejak bila Ismeth pandai menyanyi?)

11. Watak Arep

Ini pandangan saja. Tapi korang rasa watak doktor tu perlu ke atau sedikit redundant?

12. Watak Farah

Walaupun aku benci Farah, namun watak dia layak diberi pujian. Cuma satu benda saja watak dia yang kurang. Dari segi kostum. Aku nampak macam tak kena warna terang tudung dia dengan warna gelap baju dia bila bawah lampu.

13. Grats!!

Kesimpulan

Boleh aku tahu siapa tulis skrip? You guys did a great job by the way. Aku harap komen aku ni tak disalahertikan. Bukan niat nak menunjuk, tapi niat nak mengajar. Dan dude, feel free untuk bertanya atau minta idea.

Okay dah bye!

fin.

10 comments:

Ismeth Azril bin Shamsuddin said...

1st skali yg part nyanyi tu gua antra yg plaing taw lagu2 tu sbb tu diorg mntk gua nyanyi..but yet gua still lgi off key...nsib ade faiz..gua dok ikut die je..haha

ok bnde serius..yg psl audio...tu org puskeb pnye keje..x salah aku hazal yg ade kt ats tu ngn wahid sume wktu lgu farah mmg da biler farah da nyanyi diorg x nk strt..tp tetibe org puskeb gi pasang gak..ats reasoning ape x taw rr..tp mmg fuck to the face die rr..

3rd psl blocking wktu part gduh tu..mgmg sdkit awkward gak biler lu ckp dn gua bygkn blik mmg awkward..mybe x pasan kot..tp gua mmg da ckp biler buat part kite brckp ngn org mmg kne tgk org tu just skit2 je tgk ngn pnonton..mybe diorg nervous kot..pape pon gua trfkir kn blocking mcm time org kasar dlu..tp x smpat nk buat x ckup mase..

4th psl setting mula nk buat mcm ade 2 tmpt..mcm kite wt the gallow ngn love suicide..tp biler tgk syarat dia kne wt sebabak..sbb tu la..tkar..tu pon last mnit tkar..lgpon gua trfkir biler buat 2 part setting xde la byk ruang diorg nk main...so xde la nmpk ksong sgt..tp da kne wt sebabak sbb tu wt setempat tu je..

e nepal lu terangkan balik psl blocking levelling tu..gua x phm..yg psl

"Rasanya banyak yang dah faham yang ini, tapi yang aku rasa ramai yang tak faham adalah bahagian berdiri sebaris. Kalau boleh elakkan lain kali, tau."

gua x phm skit..

5th skrip basic syira buat..tp mmg byk la kitorg spontan..character doktor tu spon tan je..ptot ayt asal die 2 prkataan je.. " Arman, sebenarnye....(lagu masuk) " cmtu je..

papepon tenkiu nepal sbb ksi komen..byk lgi yg kne diimprovekn la ekk tok next production.

Nazrin Saad said...

Part yang lu tanya tu gua kasi diagram. Semak kat atas.

PaLi3 said...

komen utk no.2,9: ooo ek? ooooo...

komen utk no.7: got ur point of view, good idea...

komen utk no.10:
- penyanyi latar dok mana tu sy x kesah pown, pengarah yg place depa kt situ...
- then mau tanya, klu letak penyanyi latar kanan dan kiri pentas xpa dop?

komen utk no.11: itu adalah perubahan drastik saat akhir

komen utk no.12:
atas sebab2 yg x dpt dielakkan, gua x dpt nk full rehearsal depa utk melihat semua elemen yg berkaitan...tp bla tengok farah pakai mcm tu, gua dh down gak sbenarnya...tp apapun gua just refer pengarah ja, huhuhu


komen utk no.3,5,6:
its my fault...itu pown pengarah mintak tolong gua dan hazal, but gua dpt dtg hari selasa dgn jumaat sabtu ja...tp ntah la, masing2 ada part masing2 maka gua terpaksa ikut pala otak gua sendiri walaupown gua realize benda yg lu sebutkan...tp x yakin, huhuhu

komen utk overall:
niat gua sbenarnya bukan nk menang pown xtuly, niat gua nk dak2 ni prepare utk icaf n ptu next sem...xpecialy dak2 1st year yg masih baru
(p/s: deym, gua realize ni bukan bulatan...argh!!! klu dak mmg gua membebel!!!)

Nazrin Saad said...

Jangan la letak penyanyi kiri kanan. Ko pernah nyanyi nasyid penyanyi kiri kanan?

Eh eh, ada kot. Tapi kalau kiri kanan harmoni tu payah, nak bagi que payah dan sebagainya.

Lagipun kalau disatukan di satu tempat gabungan suara tu lagi power dan kuat.

say- O said...

pali, panjang ah komen hang.

ok thanks nepal. aku bangga dengan diorang, dapat siapkan produksi in space of 4 days. fucch. tahniah pada junior juga.

wann afzan™ said...

hurm. sory tapi kalau boleh elakkan fikir "kitorang xde niat nak menang pun, nak diorang prepare utk next production".

sebab:
1. kita boleh la pk cmtu sbb kita dh byk produksi, ade yg menang, ade yg x. tp apa prasaan diorg? ni 1st production diorg, mesti rasa nak menang. kalau senior buat half ass, diorg msti ada yg kecewa and maybe ade jgk yg akan folo half ass. so klu dr awal dh half ass, payah jugak nk prepare utk next production.

2. klu nk "prepare", buat show mcm yg aku pnah cadangkan dulu. buat satu skrip or amik je skrip senang2 yg dh ade, buat show tunjuk kt org2 kdo. klu nk lg gempak, sewa panggung seni satu mlm, jmput satu ukm dtg.

bnda ni srius tau. aku bukan nk kondem. aku pnah ckp bnda ni dulu tapi xtau ah ade org dengar ke x. lepas ni jangan dah cakap "ni 1st produksi, jgn bajet nk menang sbb kita ni nk kutip pengalaman utk next produksi".

sory again..sory sory...

N.W.I said...

ok,komen yg sgt membantu..thankz~

erm,ada betolnye gak pe yg kak wan kata, tapi...lek ah,kite tekankan buat sampai rasa puas atas pentas tu,so diorang pun buat bersungguh untuk kepuasan diri masing2,

pe2 pun,next time moto, 'bertanding untuk juara! n puas!' bhahahaha!~

say- O said...

thanks wann. bila ko tulis ni, macam tersedar jugak aku ni. arigato.

anyway, budak2 tu fitrahnya happy. tapi dalaman mungkin macam ko cakap. apapun, lepas ni kena serius dan PREPARE AWAL.

Nazrin Saad said...

Wahid, kalau buat untuk kepuasan sampai bila pun tak maju.

Just saying. Puas, puas la juga. Tapi kita kena set benchmark.

Faiz Zahadi said...

i'm more concern towards the acting. please, after this bring more attention towards acting and then comes all the technical and production stuff. sory.

let's bygone be bygone.