Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Detik : Satu Review




Hai, nama saya DOT. Mohon izin adik-adik.

1. The Good Point

Terima kasih Sharif kerana upload, terima kasih Izan kerana merakam, justeru aku sempat melihat juga persembahan ini dari kaca mata penonton.

The Good Point persembahan anda tersangatlah obvious. Persembahan dan dedikasi adik-adik junior. Secara peribadi saya suka gesture yang ditunjukkan oleh watak Citra. Shariff dan Farah sudah tentulah.

2. Audio

Rohani cakap ini adalah curse. Aku tak tahu apa yang jadi, tapi kita ambil iktibar sajalah. Cuma perkara yang aku nak tekankan kalau audio tak boleh pasang, JANGAN pasang di tengah-tengah, nampak sangat ada flaw. Either pasang dari awal atau tak payah pasang langsung. Rasanya dah jadi benda ni kat PTU lepas.

3. Adegan Citra dan Jefri Gaduh

Aku nampak benda ni pelik. Sebab apa? Sebab ada Arman kat tengah. Bila dua orang ni bergaduh, Jefri atau Citra terpaksa langkah besar hanya untuk crossing ke tempat lain untuk mengelakkan blocking. Dan scene gaduh (mana-mana scene gaduh pun) ni sepatutnya tense, so sepatutnya kalau face to face lagi umph kesannya. Tapi diorang gaduh jauh. So orang payah nak fokus, dan bila orang nampak watak Arman, orang nampak watak tu blur.

Nak setel benda ni senang ja. Gaduh kat tepi atau letak watak Arman kat tepi. Heck, letak set kerusi kat tepi pun tak apa, janji ada sesuatu kat tengah. Guys, set ICAF kita 2 tahun ni mana pernah centre, tapi berisi, itu yang penting.

4. Arman tu Sakit Apa Sebenarnya?

Aku ada wiki cirrhosis ni. Salah satu simptom dia (kalau dah teruk) adalah sesak nafas. Tapi dalam ni Arman tu boleh pula jogging dan jerit sama kawan-kawan dia.

Actually boleh buat, tapi bagi nampak side effect sakit dia tu. Dan korang kena research lah sikit.

5. Adab Berdialog

Kalaulah, let say, Farah bergaduh dengan Ecah, katakanlah. Adakah Farah akan pandang Ecah atau pandang dinding kat depan?

So berbalik pada show korang. Sangat banyak adegan berdialog tapi badan dengan muka menghadap depan, maksud aku, penonton. Logik ke kalau dua orang tengah bergaduh tapi saling pandang memandang tempat lain?

6. Level dan Blocking

Rasanya banyak yang dah faham yang ini, tapi yang aku rasa ramai yang tak faham adalah bahagian berdiri sebaris. Kalau boleh elakkan lain kali, tau. Aku lukis di bawah, assume titik merah tu 3 watak yang berkenaan.
Ini apa yang korang buat. Semua berdiri sebaris. Macam perbarisan.

Ini yang sepatutnyalah. Biar watak tu scramble sikit.

Dan kalau boleh, elakkan pergerakan yang jauh-mauh. Contoh bila Sharif dengan watak Citra nak duduk atas kerusi, janganlah jauh sangat, dah nak kena lari ke situ. Kenapa tak waktu dialog sebelum tu dia dah dekat kerusi?

7. Skrip

Skrip untuk pertandingan dengan skrip untuk show lain. So aku sentuh skrip untuk pertandingan. Untuk sesuatu yang 10 minit kita mahukan sesuatu yang sampai mesej dan menghiburkan. Aku tak rasa persembahan korang tak sampai mesej, cuma dari segi menghiburkan itu kurang.

Well, '14ribu orang masih menunggu organ, kau tahu'. Gerak Khas sangat, kalau aku bukan seorang doktor aku takkan ambil tahu benda ni.

Benda macam tu boleh bagi nampak menarik dan melibatkan penonton. Contoh :

(Citra tunjuk kiri, tunjuk kanan.) Ko tahu semua-semua orang dalam Malaysia ni (sambil tunjuk) ada dalam 14 ribu masih tunggu organ tahu? (tanya penonton)

8. Latihan Lakonan

Aku rasa korang kurang masa berlatih. Banyak pergerakan kaku kan? Ini benda normal, sama macam aku cakap Ismeth monotone. Kasi nampak real sudah la pergerakan tu, dan kurangkan pergerakan tangan yang berpidato. Benda ni boleh tanya Farah, dia perfect, dan Sharif juga.

9. Jangan Humble Sangat

Korang tak hebat, aku rasa korang rasa macam tu. Thats why korang tak ambil risiko. Ambil risiko, buat benda yang stand out. Buat benda yang orang akan kata 'ooooohhhhh', 'ahhhhhhhh' atau 'ouch'. Aku rasa TEKAD mesti ada elemen ni sedikit sebanyak kan?

10. Penyanyi Latar

Letak kat tepi. Tempat muzik The Gallow. Kalau kat belakang hakim pun tak dengar. Lainlah kalau pakai mikrofon. (Dan sejak bila Ismeth pandai menyanyi?)

11. Watak Arep

Ini pandangan saja. Tapi korang rasa watak doktor tu perlu ke atau sedikit redundant?

12. Watak Farah

Walaupun aku benci Farah, namun watak dia layak diberi pujian. Cuma satu benda saja watak dia yang kurang. Dari segi kostum. Aku nampak macam tak kena warna terang tudung dia dengan warna gelap baju dia bila bawah lampu.

13. Grats!!

Kesimpulan

Boleh aku tahu siapa tulis skrip? You guys did a great job by the way. Aku harap komen aku ni tak disalahertikan. Bukan niat nak menunjuk, tapi niat nak mengajar. Dan dude, feel free untuk bertanya atau minta idea.

Okay dah bye!

fin.

Thursday, June 2, 2011

Review : Nur Kasih the Movie dan sedikit Pirates of the Carribean dan One Piece! Yay! Aku dah tengok! (Alang-alang tajuk dah panjang)





SPOILER ALERT !!!!

Aku tak peduli apa kata korang. Tapi aku rasa ini dah jadi the best Malay movie of the year. Dan tak ada sesiapa yang boleh sangkal the fact, either korang suka drama/filem Melayu atau tak, Nur Kasih adalah suatu fenomena di dalam tahun 2009. So aku nak review sedikit tentang filem ni.

1. Pengarahan
Ini Khabir Bhatia. Pengarah yang paling kreatif dan inovatif yang pernah ada. Sinografi, teknik dan penceritaan dia memang superb. Though bagi aku cerita ni sangat laju dalam 45 minit pertama sebab banyak sangat Khabir nak ceritakan. Tapi macam biasa, macam Cinta, Sepi dan Setem, Khabir berjaya masukkan unsur kekaguman yang membuatkan aku tersenyum dan berbisik 'a typical Khabir Bhatia show'. Aku tak nak cerita unsur kekaguman sebab nanti yang nak tengok dah tak kagum dah.

2. Skrip
Ini ditulis Mira Mustaffa, isteri Khabir. Memang hebat. Serius. Ayat dia memang sangat menusuk la, macam cerita cinta biasa la. Cuma cara dia selitkan everything so that it become a whole is truly first class. Semua karakter nampak penting walau dia datang sekejap ja dalam cerita ni. Dan storyline Mira Mustaffa pun memang sangat twisted la in term of ending. Yang dah tengok filem Khabir tau lah.

3. Lakonan
Cuma ini aku kurang puas hati. Aku tengok dalam filem ni Fizz Fairuz yang paling berat diikuti oleh Remy Ishak. Tapi entah, untuk bahagian sedih dan berat, aku tak nampak sangat diorang deliver. Tapi kalau adegan adik beradik memang masuk. Nampak sangat Aidil tu abang, Adam tu adik. Tiz pun kurang bagi aku, dia nampak flat dalam cerita ni.

Tapi kredit untuk Muniff Isa dengan Liza Abdullah (Mak). Watak mak tu tengok macam mana pun still nampak sangat penyayang.

4. Plot
Untuk 10 minit pertama, semuanya okay. Khabir main scene kasi nampak twisted sikit so kita akan terus tengok dan meneka. Tapi untuk 35 minit lepas tu, plot terus naik. Sangat laju. Sakit kepala aku nak keep up. Banyak benda jadi dalam 35 minit tu. Sampaikan apa yang jadi sekarang membuatkan aku terlupa apa yang dah jadi 10 minit lepas.

Lepas tu plot turun balik dan the story move on gradually.

5. Ending
Macam cerita dia yang lain, aku suka gila ending dia. Hampir menangis tengok ending dia.

***

Fakta sikit pasal Pirate of the Carribean.

Nama sebenar Blackbeard adalah Edward Teach.

Siapa yang baca One Piece akan tahu watak Blackbeard dalam tu, Marshall D Teach memang ambil terus Blackbeard ni. Tapi tak ramai yang tahu watak Whitebeard pun diinspirasi dari sini juga. Nama Edward Newgate itu diambil dari nama Edwad Teach ni.

Watak Barbossa dalam filem ni adalah sebagai privateer, lanun yang dihalalkan kerajaan England untuk menentang Sepanyol. Eiichiro Oda ambil privateer untuk menginspirasikan Shichibukai.

Oh tengok karakter Barbossa dan Zeff One Piece. Aku tak kata sama, tapi....

okay dah, bai!

fin.

Wednesday, August 18, 2010

Review : Laila Majnun (2009)

Laila Majnun Cast.

This is by far the most successful musical DOT has ever performed.

Itu bukan aku saja yang cakap. Itu dari kaca mata khalayak juga.

Laila Majnun sepertimana yang kita tahu adalah kisah cinta Laila dan Qais. Tipikal seperti Antara Dua Darjat tetapi dipenuhi warna warni lagu-lagu ubahan (bukan gubahan) sendiri dan warna-warni karakter itu sendiri.

Tak ramai yang tahu tentang produksi Laila Majnun kecuali adik-adik tahun 3 sekarang.

Laila Majnun the musical adalah produksi yang dipentaskan sempena Fiesta Hakera. Asalnya ingin dipentaskan di pentas Panggung Seni namun terpaksa dipentaskan di tapak Fiesta Hakera saja akhirnya.

Produksi ini mengambil masa hampir sebulan. Lagu tema adalah lagu Tanya Sama Hati nyanyian P Ramlee dan Nur Madiah. Dengan lagu-lagu lain seperti Epihany disampaikan oleh Say O, YMCA secara beramai-ramai, Mari-mari Tuan (gua lupa tajuk) oleh Leha dan rakan-rakan, Prince Ali secara beramai-ramai dan lagu DOT sesi 2008/09 ; Phantom of the Opera juga disampaikan secara beramai-ramai.

Say O : Epiphany. Try sing this song man.

Apa yang menariknya tentang Laila Majnun the Musical?

The sense of classic. Bila disebut kisah cinta Laila dan Qais, anda pasti akan terbayang Romeo dan Juliet. Untuk mengekalkan rasa cinta dan klasik di dalam pementasan muzikal, pemilihan lagu perlulah bersesuaian dengan apa yang ingin dipentaskan.

Warna-warni. Klasik. Tipikal Zul.

Dan lagu apa yang lebih sempurna dari Tanya Sama Hati. Disampaikan oleh legenda perfileman negara dari satu filem legenda. Klasik.

Ini juga merupakan teater breakthrough untuk beberapa watak. Amir melakonkan watak Ustaz buat kali pertama mendapat kritikan hebat selaku appetizer pementasan. Watak paling menonjol pastilah Leha. Dia even buat apa yang tak disuruh dan masih mendapat tepukan. Di sinilah nama Leha muncul. Say O, the face say it all, tapi bila tiba masa menyanyi he did great. Dah dengar lagu Epiphany? Cuba nyanyikan lagu itu kalau anda rasa apa yang dia buat tahap 'hek eleh' saja.

Lakonan sulung Leha dalam tudung muat-muat muka.

Menggunakan latar belakang Arab, kami menggunakan apa yang ada untuk pementasan ini. Dan apa kisah, semua berjalan lancar.

Watak utama Huzei dan Hazal mampu menggalas beban sebagai gandingan utama. Ramai juga yang agak-agak touching dengan mereka.

Hazal dan Huzei.

Keistimewaan aku bukan dari bidang muzikal. Tapi jika ditanya, ya, muzikal memang menyeronokkan. Aku pernah berlakon dan menjadi produksi muzikal. Jadi percayalah.

Overall, teater ini boleh dikatakan berjaya. Hanya audio yang bermasalah sedikit. Tapi berjaya diatasi. Namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh DOTters jika mahu mencapai tahap muzikal sebegini lagi.

Terima kasih Abg Safwan.

Terima kasih DOTters. =)

Monday, August 16, 2010

Review : Antara Dua Darjat



Sepertimana yang dijanjikan.

Pada Januari 2010 DOT telah menghantar satu pementasan ala-ala muzikal ke pertandingan teater Muzikal Mefek. Antara Dua Darjat. Bertemakan 1 Malaysia P Ramlee.

Pementasan ini mengisahkan tentang cinta dua darjat Sara dan Zaleha. Sara, seorang India yang telah jatuh cinta dengan Tengku Zaleha seorang darah diraja. Akhirnya cinta itu dihalang oleh ibu bapa Zaleha dan Sara telah terkorban di akhir cerita.

Apa yang menariknya mengenai pementasan ini?

Kemunculan semula Palie dan Hazal. Palie yang asyik mendiamkan diri di bahagian produksi telah aku paksa untuk menjadi pelakon pembantu dalam teater ini. Rasanya ini saja lakonan Palie yang sempat dilihat oleh semua orang di dalam DOT sekarang. Hazal as we know it adalah hero DOT. Dan dia muncul semula setelah hampir setahun tidak berlakon.

Lagu. Hingga sekarang lagu Tonghua menjadi kegemaran gua. Selain Without You, lagu ini saja yang mampu memberikan tangisan di hati gua. Nuff said.

KK. Gua tak diberikan masa yang lama dengan dia. Dalam 4 hari. Sehingga gua terpaksa berjaga sampai pukul 3 hingga 4 untuk melatih dia. Hasilnya? Ramai yang tersentuh dengan lakonan dia. Dan ini adalah lakonan dia yang pertama dalam DOT. Heck, lakonan yang pertama di UKM.

Heroin in the making. =) Gua terpaksa tolak dia untuk scene ni dan paksa dia tendang lantai sampai kaki dia sakit.

Overall teater ini adalah teater kliche masyarakat namun simbolik dalam tema 1 Malaysia. Menggunakan platform 1 Malaysia dan filem P Ramlee, kami cuba menyampaikan di dalam komuniti sekarang kita harus cuba untuk menerima kaum yang berlainan. Melalui korus aku cuba sampaikan bahawa sejauh mana perjalanan hidup kita, kita terpaksa balik kepada orang yang membesarkan kita.

Malangnya, minda masyarakat tidak mahu berfikir. Mereka hanya mahukan hiburan kualiti rendah dengan tema yang senang digapai.

Overall dari segi pencapaian teater ini gagal. Namun dari sini aku belajar untuk berfikir sebagai khalayak. Bagaimana pementasan teater biasa tidak harus lari dari minda khalayak yang suka akan keringkasan. Aku juga belajar, tidak susah mahu melatih seorang pelakon jika pelakon itu sudah ada mind setnya. Aku melatih KK 1 malam sahaja untuk babak terakhir yang dikatakan sukar itu.

KK selepas menangis.

Thanks Dotters. =)