Ini entry kedua aku sepanjang hidup aku kat dalam DOT. Dulu aku selalu tengok, lihat, mengendap orang lain tulis dalam blog ni. Paling koman pun seminggu sekali jugak buka dab baca. Ternanti-nanti siapa yang akan tulis cerita lepas ni, cerita apa yang akan dibincangkan. Seronok. Sebab bila baca kadang-kadang ada keluar nama kita, kadang-kadang dapat hilangkan rasa bosan dan most of the time aku rasa terpaut untuk baca lagi.
Tapi sekarang cuma ada dua orang saja sekarang yang giat aktif menulis. Itu pun senior. Yang takde kena mengena secara langsung dengan DOT tapi hati mereka masih terpaut, masih mahu lagi bersama meninggalkan kenangan, menulis untuk blog ni. Mesti akan ada orang cakap, “ko cakap lebih ko pun tulis la jugak!”. Aku tak dikurniakan kebolehan menulis atau bercerita atau untuk bercakap panjang. Kalau ada pun bukan perkara yang korang minat. Contoh mcm agama, konspirasi. Mana ada orang nak dengar. Ni bukan blog agama tapi BLOG TEATER.
Tapi (sekali lagi tapi haha), dengan kurang ngerti menulis aku nak cuba jugak. Jadi hati aku terpanggil untuk menulis sesuatu, sedikit sebanyak dapat mengisi ruang kehambaran dalam blog ni.
Balik kepada tajuk entry adalah DOT.
Dengan apa yang sedang berlaku hati aku rasa tak tenang. Aku fikir mana silap aku masa buat assignment, tesis rasa tak senang, buat pun sambil lewa. Mungkin kerana ada sesuatu perkara yang belum selesai. Rupanya tugas aku dalam DOT tak habis lagi. DOT dalam kesusahan.
Aku dididik dari kecil sampai besar supaya tak jaga tepi kain orang. “Kawan sekolah habis kat sekolah, jangan bawak balik rumah” kata mak aku. Jangan jaga tepi kain orang. Biarlah orang nak bergaduh ke tertunggang terbalik ke bukan kena mengena dengan aku. Jadi perkara-perkara sensasi selalunya akulah orang yang last tahu. Ignorant betul. Tapi sedikit sebanyak apa yang diajar tu bukan boleh diaplikasikan pada semua tempat. Ada masa kena jaga tepi kain orang.
Sekarang banyak orang cakap DOT dah tak macam dulu. Bila bagi mesej tak balas. Bila tulis post kat group takde orang yang balas. Bila bukak blog ni takde orang yang nak tulis. Aku juga termasuk dalam kategori ni jugak. Tapi aku memang dari dulu macam ni. Tak jwab tapi baca. Kalau perlu aku komen. Tapi aku tertanya diri aku jugak, “ sampai bila nak jadi mcm dulu?” Aku terfikir sejenak. Mula keluar persoalan-persoalan yang bermain di fikiran aku.
Apa masalah kita?
Adakah masa kita bersama dah kurang?
Adakah sms yang memanggil bukan daripada kawan kita? Cuma nombor je?
Adakah kita fikir kelab ni tempat berseronok je?
Adakah kita rasa kelab hanya perlu digerak oleh orang yang tahu je? Atau orang yang jadi pak turut?
Adakah kita banyak kerja jadi kita tak perlu amik tahu? (kena kat aku)
Adakah kita faham apa maksud DOT itu sendiri?
Ada banyak persoalan yang akan muncul berdasar persoalan kat atas. Jadi aku biarkan korang berfikir. Apa itu DOT?
Kalau korang rasa terpanggil untuk jawab entry ini dengan entry korang sendiri, bermaksud
“YOU ARE CARE ”
p/s: maaf entry panjang sangat. Isi sikit je. haha
8 comments:
thank you hazal atas entry ini. cara penulisan ko,..macam abang aku!! haha!
ok balik pada topik asal. aku rasa aku dah banyak ulang cakap/tulis secara tersurat atau tersirat. kita semua patut boleh fikir sendiri. take a long hard look at yourself. that's it.
saya pom lau blh nak post gak kt blog nie..tp saya xtau nk buat mcm mana.kene ad password ker lau nk post entry kt blog nie..tq..
apa yg abg hazal ckp tu mmg btol..
owh. kimi kena jadi writer blog ni dulu baru boleh post kat sini. sape admin eh? lupa ah. x sure abg nas or die dh pass kat sape2. ke aku? hahaha..aku pun xtau cmne nk add writer..
klu sapa2 mcm kimi yang nak menulis kat sini tapi bkn writer blog ni, tulis je la kat blog sndri dulu or add doc kat grup dot. nnt aku boleh tlg add link or add trus penulisan korang kat blog ni.
abg hazal
thanks =)
Fatin Fasihah
I'll wait the senior comments 1st, then I will conclude. =)
[pepandai la korang tarik senior komen sini]
nk komen tp gua pon x taw nk ckp ape..haha~~
Aku tak rasa aku boleh jawab semua kat atas dengan tepat. Tapi gini je lah, betulkan niat masuk DOT tu.
Kalau kita ingat dan tahu apa sebab kita dalam DOT, cukuplah.
Cukuplah.
Sorry. Aku tak berada dalam keadaan untuk menulis dengan panjang.
hello everybody.
btw, the reason i join DOT is because i would like to be with another production which consist of another people,from people which i used to be with.
off course, the feeling and environment would be off very-seriously-terribly-different! from my last production i involved with.
i would like to thank you guys, especially abang naz. DOT had given me the space where i can explore more, as you guys had given me the chance and opportunity, which is sooo greatt!!!
as for abang naz, tq so much for ur didikan and ajaran as, banyak sangat benda formally and informally that i've learnt from you and this is so precious and percayalah, saya memang carik those precious things from persons like u!
sory, ak nak tulis ni patut dalam entry, tapi tkpa la tulis kat sini as comment, ok kan?
Post a Comment