Saturday, April 4, 2009

Post Terakhir Aku..


Gambar untuk Abg Wan dan DOT-ters

Pada mereka yang membaca
Pada mereka yang peduli

Terima kasih semua
Atas barbeque malam ini
Pada mereka yang merancang
Pada mereka yang berjuang
Terima kasih

Minta maaf
Kalau aku tidak membantu
Kalau aku terkasar bahasa
Kalau aku mengguris hati

Ini
Adalah kali terakhir aku di sini
Di blog alam maya ini
Kerna kelak aku bakal menunaikan tanggungjawabku

Dan
Pada semua, terima kasih dan mohon maaf
Pada Zati, kerna lawak kasarku sepanjang tahun
Pada Wawa, kerna gurauan kecilku dari MMP
Pada Leha, kerna perkelahianku bersamau
Pada Azmeir, kerna tersilap berbicara
Pada semua, kerna aku hanya insan yang penuh dengan cela

Terima kasih kerna sentiasa berada di sisiku
Terima kasih kerna menjadi keluargaku

P/S: Aku akan ambil cuti dari blog KDO ni dalam 5 bulan. Jadi ini mungkin post aku yang terakhir buat masa itu. Thanks for the barbeque. Siapa yang free, join la kami main bowling. Erm, last time aku dengan korang for 5 whole months babe. Kalau nak laa.

Wednesday, April 1, 2009

Event > Lagi-lagi Makan!!


Ohhh
Semua dah maklum
Jumaat malam akan diadakan majlis makan

Bukan

Majlis Kudapan
(Bimbang akan melukakan hati Leha dan Say O)

Kami faham
Kami faham bahawa hobi Leha dan Say O bukan "makan"

Persiapan akan dimulakan pada jam 6.30 ptg
Yang percuma minta datang mengadap memberi bantuan

Aktiviti malam itu
Akan diadakan persembahan multimedia
Akan diadakan permainan
Akan diadakan sesi mak...errr...kudapan

Ini request
Dari abang itu yang sudah mau habis extendnya
Minta setiap batch buat persembahan
Satu batch, satu persembahan
Katanya, lebih pun tak kisah

Dan sudah tentu
Abang itu jua perlu buat persembahan
Sendirian
Kasihan

Tapi
Aku pun sama

Itu saja
Segalanya akan diupdate lagi kelak

Tuesday, March 31, 2009

Gosip > Say O ditimpa Kecelakaan...

Tengah hari tadi aku dikejutkan
Beliau memberi SMS kepadaku
Lalu menerjah bilikku
Kecelakaan telah terjadi pada beliau

LCD beliau... LCD beliau... LCD beliau...
Ah, tidak mampu kuungkapkan penderitaan beliau
Anda lihat sendiri di bawah


Bukan LCD beliau

YA

Satu line merah telah muncul secara tiba-tiba di LCD beliau
Dan ianya kekal hingga kini

Ini satu kecelakaan

Pada beliau

TOLONGLAH FAHAM, dan bersimpati...

Thursday, March 26, 2009

Event > Makan Lagi??

Maaf Zati.
Maaf Leha.
Maaf jua buat Say O.

Impianmu untuk kurus mungkin akan hanya tinggal kenangan.
Kerna masih ada lagi jamuan makan untuk semua.

Berkat kupasan idea dari semua pihak, maka keputusan idea telah diambil.
Satu jamuan makan akan dibuat pada 3 April ini.
Maklumat lanjut, klik saja pada gambar di bawah.


Owh, pasti ada gimik.
Jangan kau risau.
Harap bersabar.

Mintak semua DOTters ringankan punggung untuk menghadiri jamuan makan ini.

Sebarang maklumat lanjut akan dipost lagi melalui blog ini.
Atau boleh terus rujuk pada group friendster DOT.

Monday, March 9, 2009

Itulah Sayang...

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena
Apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang


Ini bukan lagu Bunkface
Ini jua bukan lagu dari artis international yang kamu minat
Ini bukan korus lagu ini

Tapi

Aku terkenang bila mendengar rangkap ini
Rasanya sungguh tepat mengenai hatiku

Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Ya, aku faham
Bila berjauhan, di saat kukenang memori bersama
Aku sedar

Itulah SAYANG okeyyyyyyyy!!!!!!!!!
Aku sayang kamu semua!!!!

Tuesday, March 3, 2009

Bila Kasih Merata-rata....

Di saat semuanya hampir melabuhkan tirai...
Di saat kaki mula melangkah keluar...
Di saat lampu mula dipadamkan...

Aku menoleh ke belakang...





Dan aku tersenyum sendirian...

Monday, March 2, 2009

show di ktsn...

akhirnya projek last dot...
show di ktsn...
sudah selesai...
alhamdulillah...
dengan berbekalkan 7 pelakon...
termasuk mira yang baru...
dan 2 muka teknikal yang baru..
ekin dan lina...
yang latihan selama 5 jam sahaja..
dengan dialog yang spontan gila...
dengan cerita yang baru direka...
show selama 15 minit akhirnya selesai sudah...

terima kasih semuanya...
terima kasih ijan..
terima kasih opah...
terima kasih yana..
terima kasih nana..
terima kasih lina..
terima kasih ekin..
terima kasih naz...
untuk terus berkarya..
walaupun hanya seketika..

namun semuanya ..
diakhiri dengan besday boy kita..
mungkin ijan ingat kita lupa besday dia..
tapi sebenarnya ... buat kejutan untuk dia..
menjadi org terakhir utk ucap hapy besday..
best...best...best...
kemudian.. terus..
menjalani kehidupan seperti biasa..

p/s: saje je nak tulis,.hahaha..