Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Saturday, June 12, 2010

satu hasrat satu semangat

pc games merupakan salah satu perkara biasa bagi remaja sekarang. sama laa macam handphone, laptop dan mp4. maybe diorang download game2 tu dari internet guna idm. atau beli cd game macam say o.

antara game yang dah dimain oleh say o dan arep, prince of persia. bila movie ditayangkan je, diorang terus berebut pergi tengok kat panggung. walaupun seorang diri. ok, kembali kepada game.

ade yang cakap, "game die best gilaaaa kot!" pastu ade pulak cakap "game je best. movie hampeh" dan x lupa jugak "game best, movie pun best! hero cayalah! action semua gempak argh!!" . komen2 tu diluahkan ketika melepak bersama kawan2, dan juga melalui sms ketika menonton POP seorang diri di panggung.

Prince of Persia

namun, setelah melantak kekenyangan di sushi king, salah seorang dari ahli dot melalui krisis benci kepada game yang nak tiru POP. walaupun dah minum yakult, dan juga usha bakal bini, beliau masih hilang pertimbangan ketika terlihat satu cover cd game. "horgh???? prince of prussia??? loser gile!!" . ahli tersebut dirahsiakan identitinya.

well, in his defense, dia terlalu kenyang ataupun dia sangat hormati POP sampai kalau ade orang lain tiru POP, beliau bakal mengamuk seperti itu. betul2 depan cover cd yang x bersalah tu. dan depan pemilik kedai tu juga. owh, inilah cd game yang difitnah beliau.

Rise of Prussia

sekian~

Sunday, October 25, 2009

Kenapa Ummi Gaduh Dengan En. Marzuki?

Low video quality.



p/s: good luck untuk dot-ters yang bakal menduduki alam peperiksaan. selamat exam pertama untuk adik-adik tahun pertama!

Wednesday, September 2, 2009

Kisah Baju Raya

Oh, semua orang pasti sudah merancang warna baju raya dan fesyen baju raya untuk dipakai pada sesi raya tahun ini bukan? Dengan kerjasama Jabatan Sains Negara, saya telah membuat kajian tentang baju raya yang sesuai dipakai oleh semua warga DOT-ters.

Say O : Baju raya saiz S. Bkn nak pakai, nak sambung dengan yang tahun lepas punya. Yang tahun lepas dah tak padan.
Palie : Baju melayu putih dengan kain kapan untuk cover bahagian yang singkat.
Aliaa : Baju kurung tahan lasak untuk mengelakkan koyak di bahagian ketiak ketika aksi ganas beliau.
Wann : Baju beli dari Alamanda masa nonton midnite.
Izayu : Baju yang tak boleh terkoyak jika tergigit.
Ismeth : Baju labuh, senang untuk menari.
Fatin : Baju apa pun takpa, janji lagi kecil dari tahun lepas.
Amir : Sehelai baju, 2 seluar. Takut terkecing!
Roy : Baju sponsor pengetua.
Zai : Baju corak buah-buahan.
Aida Najwa : Baju Kiki Lala.
Opah : Kebaya nyonya versi Kesultanan Melayu Melaka.
KK : Baju apa pun takpe, janji warna pink dan import dari Korea.
Ilya : Baju banyak poket, senang merembat juadah di rumah yang dilawati.
Oja : Aaaaa~~ Baju apa pun takpe la Oja.
Paan : Baju cerah.
Yana : Tak payah beli baju. Ko duduk je rumah melalak lagu raya.

Kajian setakat ini saja. Yang lain sila beli baju Melayu dan baju kurung biasa. Hanya golongan di atas saja memerlukan tempahan awal dari tukang jahit yang sanggup.

Wednesday, August 26, 2009

2 atau 8? Jangan Tertipu!!

Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan khas oleh DOT.


Diingatkan pada yang membaca. Sekarang satu sindiket semakin berleluasa di PC Fair serata Malaysia.

Pernahkah anda pergi ke PC Fair dengan rasa yakin diri? Mau membeli thumbdive 8G yang boleh mengisi pelbagai jenis benda-benda lagho serta video Spontan yang didownload dari Youtube? Pernahkah?

Jika pernah, sila hati-hati! Anda mungkin mangsa sindiket yang kian berleluasa!

Oh, barangkali ada yang tertanya-tanya apakah sindiket yang diperkatakan. Sindiket yang diperkatakan adalah sindiket yang menggunakan modus operandi menipu pelanggan di PC Fair dengan menjual thumbdrive 2G dengan nilai thumbdrive 8G.

Rasa seperti tidak logik? Rasa seperti anda takkan tertipu? Berikut adalah sesi luahan rasa salah seorang yang telah manjadi mangsa sindiket tersebut.

" Saya pergi petang tu dengan kawan dan seorang lelaki yang kacak untuk membeli thumbdrive 8G dan printer. Oleh sebab dah nak habis PC Fair, saya pun cuba minta murah harga thumbdrive tu. Tapi tak dapat pun. Dan bila balik, baru saya sedar yang sebenarnya saya dapat thumbdrive 2G je. Macam mana tak sedar pun tak tau, padahal dah tertulis depan-depan dah"

Bisik gadis yang hanya mahu dikenali sebagai A sambil teresak-esak menangis.

Pastikan anda tidak menjadi mangsa sindiket tersebut! Katakan tidak pada thumbdrive 2G yang bernilai seperti 8G!

Berikut adalah imej yang dilihat oleh A. Hati-hati jika anda mendapat thumbdrive seperti imej di bawah.


8G yang besar tu tipu je. Sila lihat pada perkataan yang telah dibulatkan. Itu baru nilai yang asli.

Jauhi sindiket ini. Pastikan anda tidak tertipu! Katakan TAK NAK!!

P/S : Merindui saat-saat merapu bersama kamu semua. Biarlah. Hanya lagi 3 hari.

Monday, June 1, 2009

Anugerah Gala DOT

Setelah berlalu segalanya, maka sesi anugerah ini pun dibuat. Dengan juri yang terkemuka dan kacak-kacak belaka, berikut adalah pemenang anugerah pada Malam Gala DOT...

Karya Terbaik
Demi Kasih Itu (DOT)

Muzikal Terbaik
Laila Majnun

Anugerah Khas
Superptuih dan Transit Kaler Magenta

Teknikal Terbaik
Superptuih dan Transit Kaler Magenta

Lagu Terbaik
Demi Kasih Itu

Pelakon Terbaik:

Lelaki - Mat
P/Lelaki - Paan
Perempuan - Huzei
P/Perempuan - Fatin

Pelakon Harapan
Perempuan - Kak Leha
Lelaki - Hazal

Anugerah Khas Juri
Roy

__________________________________________________________________

Malam Anugerah tidak tamat di situ. Berikut adalah anugerah lain yang terlibat....

Pasangan Paling Matang
Opah dan Manjong

Pasangan Paling Ideal
Opah dan Manjong

Pasangan Paling Cocok
Opah dan Manjong

Anugerah Ekonomi
Aida Najwa (Kad Bank Paling Berharga)

Anugerah Pemurah
Say O (Pizza Hut dan Warta)

Anugerah Rekod Dunia
Aliaa (Pusingan Tangan Paling Kerap)

Anugerah Tiada Bintang di Malam Hari
Paan

Anugerah Mama Cinderella
P-Nat

Anugerah Jimat
Kak Leha (Tiada konsep pembaziran makanan)

Anugerah Kacak
Nas

Tuesday, March 31, 2009

Gosip > Say O ditimpa Kecelakaan...

Tengah hari tadi aku dikejutkan
Beliau memberi SMS kepadaku
Lalu menerjah bilikku
Kecelakaan telah terjadi pada beliau

LCD beliau... LCD beliau... LCD beliau...
Ah, tidak mampu kuungkapkan penderitaan beliau
Anda lihat sendiri di bawah


Bukan LCD beliau

YA

Satu line merah telah muncul secara tiba-tiba di LCD beliau
Dan ianya kekal hingga kini

Ini satu kecelakaan

Pada beliau

TOLONGLAH FAHAM, dan bersimpati...