Showing posts with label Menganjing Sambil Bermesra. Show all posts
Showing posts with label Menganjing Sambil Bermesra. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Sunday, July 18, 2010

Saturday, June 12, 2010

satu hasrat satu semangat

pc games merupakan salah satu perkara biasa bagi remaja sekarang. sama laa macam handphone, laptop dan mp4. maybe diorang download game2 tu dari internet guna idm. atau beli cd game macam say o.

antara game yang dah dimain oleh say o dan arep, prince of persia. bila movie ditayangkan je, diorang terus berebut pergi tengok kat panggung. walaupun seorang diri. ok, kembali kepada game.

ade yang cakap, "game die best gilaaaa kot!" pastu ade pulak cakap "game je best. movie hampeh" dan x lupa jugak "game best, movie pun best! hero cayalah! action semua gempak argh!!" . komen2 tu diluahkan ketika melepak bersama kawan2, dan juga melalui sms ketika menonton POP seorang diri di panggung.

Prince of Persia

namun, setelah melantak kekenyangan di sushi king, salah seorang dari ahli dot melalui krisis benci kepada game yang nak tiru POP. walaupun dah minum yakult, dan juga usha bakal bini, beliau masih hilang pertimbangan ketika terlihat satu cover cd game. "horgh???? prince of prussia??? loser gile!!" . ahli tersebut dirahsiakan identitinya.

well, in his defense, dia terlalu kenyang ataupun dia sangat hormati POP sampai kalau ade orang lain tiru POP, beliau bakal mengamuk seperti itu. betul2 depan cover cd yang x bersalah tu. dan depan pemilik kedai tu juga. owh, inilah cd game yang difitnah beliau.

Rise of Prussia

sekian~

Wednesday, June 9, 2010

P/S : I Love You

Takut sangat ada yang kata ada certain kumpulan yang memonopoli blog dan menulis tentang hal kegemaran mereka sahaja.

Jadi poll sebelah dicipta.

Piala Dunia sangat best. Lagi best dari menonton Brokeback Mountain.

Tapi paling best jika ditonton secara berjemaah.

Okay, tak MUNGKIN kita dapat menonton Piala Dunia secara berjemaah. Oleh sebab itu, entri Piala Dunia ditubuhkan. Boleh berbincang pemain mana paling kacak, boleh menganjing Itali kalah (What UP, Leha?!) dan sudah tentu boleh bergelak ketawa dalam fantasi kita tengah enjoy Piala Dunia bersama walaupun hakikatnya kita berada jauh.

Kenapa dalam blog DOT, bukan blog sendiri? Well kalau blog sendiri, gaduhnya tak best. Sebab seorang penulis sahaja.

Fine.

Ada yang minat. (Aku, Say O, Arep...............?)

Ada yang tak minat. (Hazal, Ijan)

Ada yang minat pemain kacak. (Leha saja)

Ada yang ikut angin monsun. (Gf/Bf minat, dia pun ikut minat)

Ada yang perut macam bola. (Aida Najwa, eh, silap. Itu pipi.)

So jawablah poll di sebelah. Kalau ramai yang membangkang, 3 entri di bawah adalah entri Piala Dunia terakhir dalam blog ini.

Hakikatnya entri Piala Dunia dibuat supaya semua boleh buka dan gelak-gelak sebab perangai kebudak-budakan kita di sini. Macam selalu. Amacam?

Mari bergelak, mengata dan mengeratkan silaturahim di musim bola sepak ini. Yang dah ada pasangan pun boleh join!

Aku akhiri dengan video menarik.



Ya, Say O. Aku reti embedded video Youtube. Nanti aku ajar kau.
Oh, dan ya. Gol ini lagi menarik dari mana-mana gol Ballack. Awwww, SNAP!!

P/S : I love you.

Fin.