Monday, July 19, 2010

Here and Then


We may never know the future, yet we try to create it. Happiness and enjoyment that is yours today may be gone tomorrow. Then, appreciate and treasure your moment together because nothing last forever.

Sunday, July 18, 2010

Saturday, July 17, 2010

Untitled.

Aaaaa~....si tua dah tulis. Si muda bawah ni pun dah menulis. Aku yang tengah-tengah kena tulis ke? Tak payah lah kan. Aku lebih selesa baca je.


Ok. Nama gua Fatin Fasihah.


Kepada budak-budak junior oh salah adik-adik baru, selama datang ke dunia D.O.T ni. Jangan ikut pengaruh cacat mereka yang abang-abang dan kakak-kakak ni macam Ismeth, Arif, Leha, Wawa, Ijan, Say-o dan semuanya. Nanti kauorang boleh jadi cacat seperti mereka.

Siapa aku? Aku adalah pencacat blog ni. Sekarang aku dah menyesal cacatkan orang bawahan aku yang belum terima sepenuhnya ilmu kecacatan aku.


Ok. Sekian, terima kasih.


p/s : sebab wa dah ter ajar cara pergi times square.

Friday, July 16, 2010

The Only. What I Got.

Nama gua Muhammad Arif Farhan Bin Abdul Rani. Masa sekolah rendah, gua nerd tahap 5 kali ganda saiz Ismeth dan 2 kali ganda ketinggian Palie. Seluar sekolah gua kalau boleh gua nak tarik atas sampai tutup dada. Nasib baik tak ada saiz. Rekod paling tinggi gua tali pinggangkan seluar gua dekat paras atas perut.

Masa sekolah menengah gua kurang nerd. Perubahan hormon menyebabkan gua segan silu bertentang mata dengan golongan hawa. Lagi-lagi macam KK. Nanti sama-sama blushing tanpa sebab.

Dulu gua cakap lu sumpah gua skema habis. Kalau Wan Afzan ketua kelas gua, gua rasa tiap-tiap hari gua kena paw dengan dia makan mee kari. Nasib baik gua sekolah gay dulu. Lesbian tak ada.

Dulu gua aktif sukan. Bola baling, bola sepak, bola keranjang, ping-pong, badminton, tenis semua gua balun. Tapi result matematik gua masih boleh dapat dekan. Leha mesti tau kenapa.

Bila gua masuk UKM. Gua berubah. Beberapa hari sebelum malam Dinner MMP 2009/2010 gua berkenalan dengan KK. Gua berkenalan dengan Daia. Gua berkenalan dengan Basit. Gua berkenalan dengan teater.

Sejak tu gua dah berboria di depan khalayak ramai. Gua belakon teater di hadapan khalayak ramai. Teater ESZ, MeFEK, dan iCAF.

Tapi dalam semua teater gua paling kenang iCAF. Kenapa iCAF? iCAF dapat 2nd place? Pesta Konvo dapat johan! Kenapa tak Pesta Konvo?


Sebab semasa iCAF, gua berikan segala yang terbaik gua boleh bagi. Bukan sebab menangis gua terkenang, bukan sebab gua rasa gua dah bagus setakat lakonan iCAF, tapi sebab tu terbaik gua boleh bagi.

Tiap-tiap hari gua bersusah-payah untuk mendalami watak gua. Tiap-tiap hari gua rasa tertekan macam nak tarik diri saja kalau boleh. Gua rasa macam nak skip saja latihan teater. Tekanan jiwa juga gua.

Tapi tiap-tiap pagi lepas habis latihan, gua pergi masuk shower. Tiap kali air shower curah kat kepala gua, gua teringin nak jadi johan. Semangat gua nak menang memang tinggi kalau Izayu lompat-lompat pon tak mungkin dia capai.

Masa pertandingan, memang lain. Aura teater lain. Gua buat segala-gala penuh semangat. Bukan sebab gua nak menang lagi. Sebab gua mula rasa menjiwai watak gua. Gua seronok. Gua yakin. Gua berlakon teater sebagai watak yang gua pegang. Biar pun tak sepenuh jiwa, tapi gua berlakon tanpa berfikir. Semua seakan natural.

Itu bagi gua, teater. Teater. Yang gua tak pernah ada sejak 10 tahun lalu.


Bukan dimana-mana gua boleh dapat pengalaman tu. Bukan dimana-mana gua boleh buat lakonan sebegitu. Bukan dimana-mana gua boleh suka teater begitu. Bukan dimana-mana ada jiwa teater seperti tu.

Sebab bukan dimana-mana ada kelab teater D.O.T.

Maaf. Typing error.

Sebab bukan dimana-mana ada family teater D.O.T.




cut.

Saya Join Teater Dato Onn

Nama saya Naz. Kalau budak-budak ni promote blog ni pada anda pelajar tahun 1, so anda mungkin membaca ini dengan pertanyaan 'siapa brader naz ni?'.

Okay. Gua merupakan PC anda yang paling happening masa minggu orientasi. Kalau tak kenal gua sila orientasi semula. Arggghhh!!!! Ramainya tak kenal! Damn!!

Gua merupakan mantan penggerak kelab teater kolej Dato Onn.

Gua harap ramai adik-adik 1st year yang baca post ni. Sorry, post gua tak ada gambar.

Tunggu post Say O. Dia suka gambar.

Ucapan penghargaan dan selamat datang buat mereka yang bru tiba. Gua harap anda semua gembira di sini.

Banyak yang gua asaskan dalam kelab ni.

Tapi yang paling gua banggakan ialah gua berjaya bentuk ahli kelab ni supaya melayan sesama ahli lebih dari ahli biasa. Bahkan seperti kawan atau keluarga.

DOT (Dato Onn Theatre) sudah meningkat nama di UKM. Sama ada ia mampu dikekalkan bergantung pada nama-nama baru yang mendaftar baru-baru ni.

Gua dah kenal mana-mana yang berlakon bus stop hari tu, bagi yang gua belum kenal, jangan risau. Gua akan kenal juga anda semua.

Ini bukan kelab, ini famili.

Selamat datang buat ahli baru. Buat ini macam rumah sendiri. Oh. Yang gemuk tu Ismeth, yang berbulu tu Say O, yang mata pink tu KK, yang tahi lalat kat pipi tu Ilya@Leha.

Ramai lagi. Kenal mereka macam kenal 1 dunia.

Aku? Aku bukan siapa. Hanya sebahagian dari kelab 3 huruf ini.

Wilkommen.

Nama saya Nazrin bin Saad dan saya join Kelab Teater Dato Onn.

Fin.

Flash back



Orang kata bila kita dah biasa dengan satu group kawan, kita akan jadi rapat. Bila dah rapat, kita akan lebih suka untuk buat aktiviti ngan kawan2 kita tu. Bila dah banyak buat aktiviti ngan group tu, of kos banyak memori yang kita dapat.

Setengah dari memori tu manis, setengah dari memori tu pahit. Setengah dari memori tu buatkan kita happy, setengah dari memori tu buatkan kita sedih. Setengah dari memori tu buatkan kita rasa lapang, setengah dari memori tu buatkan kita rasa stress.

Bagi aku, semua memori tu buatkan aku rasa suka di sini. Banyak dah aktiviti ngan event yang aku masuk. Terlalu banyak. Dari pertandingan Pesta Konvo sampailah sekecil-kecil tukar tayar kereta Myvi kawan yang rosak. Memang banyak..


Jadi hantu dalam choral speaking Pesta Konvo 2008/2009. Hantu pegang piala 3rd place.


Sketsa Raya/ESZ 2008/2009 : Zai over.



Johan Mefek 2008/2009, diiringi sambutan birthday si immune denggi: abg Wan



Merapu lepas show Laila Majnun time Hakera 2008/2009



Latihan boria 2009/2010. Reason nape yana sexy? gambar ni bukti



Johan Boria 2009/2010. Best show, best drama, best sacrifices. Special.


Sebab DOT x boring? ni puncanya.



Polis bantuan yang profesional. Latihan ESZ theater competition. Menang 2nd place.



"Arggh!! Sunyi ah aku malam2 nanti!!" 2nd place ICAF . 1st time tulis skrip, teruk gila skrip tu.



Mandi di Sungai Gabai, wann...*no comment*



Melancong ke PD ngan Melaka. The Making of Fatin Si Duyung.

....Memang banyak memori2, kenangan indah dalam DOT. Memori gaduh, emo, konflik, x cerdik pun ada. Tapi tu yang best, bila ada kawan2 untuk share semua tu. Bila stress ke, tringat time dalam bilik kebud. Tengah makan kat mapley, tiba2 teringat makan ramai2 sambil dikerumuni anne2 se-mapley.

So, aku harap kita semua boleh buat memori baru, bersama-sama ngan junior baru. Selagi ia masih ada depan kita, hargainya. Nanti bila ditarik dah takda peluang untuk rasa semua ni lagi.

p/s: nak letak banyak gambar lagi, tapi x boleh, loading lambat gila. Ada had gambar kot.

Thursday, July 15, 2010

Quote 3

situasi : melintas jalan
yang terlibat : say o, kk, wann

"aaa..duk belakang say o lah. kalau kereta datang, terpelanting balik. selamat sikit" Khairul Khairiyah Khasbullah, 15 Julai 2010