Wednesday, December 12, 2012

Bengkel Penulisan Kreatif


Tak semua orang boleh menulis. Tak semua orang nak menulis. Tak semua orang berpeluang untuk menulis.

Tapi jarang-jarang sekali kita berpeluang ke bengkel yang menyediakan ruang dan pendedahan dalam pelbagai platform penulisan. 

Hanya RM10, satu peluang yang jarang diberi.

**segala maklumat boleh hubungi nombor yang tertera pada poster

fin.

Saturday, October 20, 2012

Thursday, October 18, 2012

Cerita DOT #3 : Atlet


Titisan jernih mula kelihatan di pelipis si gadis. Air liur yang bergumpal di rengkung cuba ditelannya dalam keadaan payah. Jari-jarinya yang menggeletar digenggam sekuat hati.

Si gadis memejamkan mata seakan cuba mengasingkan diri dari dunia.

***

“Kau tu perempuan! Kau balik rumah masak nasi la!” ejek Rudy sambil mendengus pada si gadis.

Si gadis pejam mata. Tangan genggam pen dan sehelai kertas yang tertulis “BORANG KEAHLIAN KELAB OLAHRAGA”.

***

Dari jauh, gema suara yang berlatar bunyi statik menyebut nombor yang dikepil pada dada si gadis.

“1357!”

Si gadis buka mata semula.

***

“Abang tak berapa suka la along masuk sukan sebenarnya. Tiap hari dari pagi ke petang kat sekolah, dia tu perempuan,” kata Haji Rahman sambil membetulkan kaca matanya.

“Biarlah bang. Dah minat dia,” Hajjah Senah cuba mempertahankan anak sulungnya.

“Bukan apa Senah oi. Dia tu perempuan, ni duk melompat tertonggek sana-sini dengan budak-budak laki. Tak elok la,” kata Haji Rahman lagi.

Di sebalik pintu yang sedikit terbuka si gadis berdiri dengan mata berkaca.

***

Si gadis memulakan larian. Makin lama makin dekat. Makin lama makin pantas.

Si gadis melompat.

***

“Semua orang tak suka saya masuk lompat tinggi, tok,” adu si gadis pada Tok Penghulu.

Tok Penghulu senyum.

“Semua orang kena buat pilihan. Kadang-kadang benda yang orang tak suka tu la haluan hidup kita,” kata Tok Penghulu.

“Cuma satu saja la. Nazirah kena berani ke depan. Jangan takut,” kata Tok Penghulu sambil senyum.

***

Langit hari ini tampak biru.

Olah tubuh si gadis melengkung cantik menjangkaui palang tinggi yang menjadi halangan. Masa seolah-olah terhenti melihat si gadis jatuh perlahan-lahan ke atas tilam tebal warna biru di sebelah sana.

Si gadis pejam mata sambil terbaring.

Gegak gempita sorak mula kedengaran. Nama si gadis disebut orang ramai. Makin lama makin kuat.

Si gadis buka mata.

fin.

Tuesday, October 16, 2012

Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 6


Rumah di pinggir kampung itu menyimpan 1001 rahsia, persoalan dan tragedi. Segala-galanya bermula di rumah usang di pinggir kampung itu dan dengan kuasa tuhan, segala-galanya akan berakhir pada malam ini.

Bunyi dentuman bergegar kuat apabila Faizal jatuh menyembah lantai rumah itu. Mentol yang menerangi ruang rumah bergoyang perlahan dan menampilkan cahaya dan kegelapan dalam keadaan yang bergilir-gilir.

Sham melurut buku limanya. Giginya dikertap menahan geram melihat syaitan bertopengkan manusia di hadapannya.

“Apa yang kau buat ni hah, babi!? Kau cakap kau nak lindungi dia!” teriak Sham. Gadis muka herot yang berada di atas katil dalam keadaan berbogel hanya memandang kosong peristiwa yang terjadi di hadapannya.

“BABI!”

Satu lagi tumbukan hinggap ke muka Faizal. Sekali lagi dia jatuh terduduk ke lantai kayu rumah itu.

“Cukup! Tolong, tolong! Cukup! Tolong, tolong jangan pukul aku lagi,” rayu Faizal sambil memeluk kaki Sham.

“Orang macam kau ni elok mati je, setan!” tengking Sham sambil menendang tubuh kurus Faizal.

“Sham! Enough! Kita bawa dia ke balai je, please,” rayu Diana yang berada di hadapan bilik Ani.

“Tolong! Tolong! Jangan bawa aku ke balai, nanti siapa nak jaga Ani lagi. Tolong la, tolong,” rayu Faizal lagi pada Sham. Air mata berderu-deru keluar dari matanya.

“Macam ni ke kau jaga dia!? Arghhh!!!”

Sham berteriak lantang, wajahnya merah padam menahan geram. Badan faizal dihinjak kuat menggunakan kakinya. Setelah Faizal jatuh terlentang, Sham bertubi-tubi menghayunkan penumbuk ke arah muka Faizal. Tubuh Faizal yang kurus itu ternyata bukan lawan Sham

“Oh my god! Cukup, Sham! Cukup! Mati dia tu nanti!” teriak Diana. Matanya mula berkaca menahan ketakutan.

“Biar dia mati! Biar dia mati!!! Arghhhh!!!!” teriak Sham. Perasaan marah sudah menguasai dirinya di kala itu. Dia bertubi-tubi menghayun penumbuk pada Faizal tanpa mengira penat dan keluh sakit abangnya itu.

PAK!

Tiba-tiba Sham merasa pedih di belakang kepalanya. Dia menoleh ke belakang, kelihatan di dalam kesamaran malam satu susuk tubuh wanita di belakangnya.

Sebelum Sham sempat menyesuaikan dirinya dalam suasana malap itu, susuk tubuh itu mengangkat tangannya ke udara dan menghayun sesuatu dengan pantas. Dahi Sham memercik cecair panas warna merah gelap. Mata Sham kian kabur. Wanita itu sekali lagi menghayun ke arah kepala Sham.

PAK! PAK! PAK!

Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Tiada apa yang dapat dilakukan Diana. Dalam sekelip mata gadis yang tadinya berada di atas katil itu kini berada di belakang Sham yang pada masa itu sedang rakus membelasah Faizal. Tanpa seutas benang pun pada tubuhnya, si gadis menghayun sebatang kayu yang dibawanya ke kepala Sham. Setelah Sham melepaskan rangkulannya pada Faizal, gadis itu bertubi-tubi menghentak kepala Sham dengan batang kayu itu hingga jasad Sham terkulai kaku di hadapan Diana.

Kaki Diana menggeletar melihat tragedi ngeri yang berlaku di hadapannya. Air matanya berderu-deru keluar menahan ketakutan.

Hayunan kayu gadis yang berbogel itu pada Sham masih belum mahu berhenti. Entah apa sebabnya dia begitu membenci Sham. Ketika itu terlintas sepintas lalu di fikiran Diana, mungkin, mungkin gadis itu cuba untuk melindungi Faizal.

“Dah, dik. Dah. Shuuuu,” Faizal memeluk erat gadis itu. Seraya itu, gadis itu mula menenangkan dirinya.

“Ya kul Jal. Ni ak uke,” mulut si gadis berkumat-kamit meluahkan kata-kata yang seakan-akan terlalu sukar untuk dilafazkan.

Dia pukul Faizal. Ani tak suka.

“Ok. Ok. Dah tak ada apa-apa dah. Shuuuu, dah dah. Pejal sayang Ani tau,” bisik Faizal di telinga si gadis.

“Ni yang Jal gak.”

Ani sayang Pejal juga.

Hakikatnya lebih 20 tahun lalu, mak 3 beradik ini memang menyaksikan peristiwa jijik itu di bilik itu. Namun sebenarnya, si ayah bukan seorang melakukan perbuatan keji itu. Anak lelakinya yang baru berusia 10 tahun turut serta kerana janjinya pada si ayah kalau dia ikut sekali perbuatan itu, si ibu tidak akan dimaklumkan perihal itu.

Esoknya si ibu pergi meninggalkan rumah.

Ani, yang membesar dalam jiwa seorang kanak-kanak tidak tahu yang mana betul atau salah, menjadi hamba seks dua beranak itu sehingga usianya sekarang. Dalam mindanya, inilah cara abang dan ayahnya menyayanginya.

Faizal mengambil kayu dari genggaman tangan Ani. Dia berdiri dan melangkah ke arah Diana.

Mata Diana memicing halus. Mukanya merah padam menahan ketakutan.

Faizal menghayunkan kayu itu ke pelipis Diana.

Sepintas lalu, dalam minda Diana, dia terlihat meja makan yang dihidang seekor ikan besar dengan sos warna merah. Ikan siakap 3 rasa itu meluahkan wap panas ke udara.

PAK!

Gelap.

fin.

Sunday, October 14, 2012

Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 5


“Are you okay Sham?” tanya Diana apabila kereta Proton Saga itu bergerak perlahan keluar dari persimpangan kampung ini.

“Okay. Lega. Macam-macam la. Tapi sedih juga sebenarnya,” kata Sham sambil memandang Diana di kerusi pemandu. Diana bertegas untuk memandu pulang kerana risau Sham sudah penat, fizikal dan emosi.

“Sabarlah weh. Bukan ada apa kau boleh buat pun.”

“Rupanya tiap bulan mak ada hantar duit kat diorang. Tak hairanlah ada alamat diorang kat lawyer mak.”

“Yeah. I lega dengar tu. At least makcik tak la tinggal macam tu saja. Cuma mungkin makcik tak tahan dengan ex husband dia dulu kot. Well, siapa yang boleh tahan pun kan? Cuma I pelik satu je, Sham.”

“Apa?” tanya Sham sambil memandang gadis manis di sebelahnya.

“Kenapa masa mak you tinggalkan tempat ni dia tak bawa kakak dan abang you sekali? I faham la kalau dia tak boleh bawa Faizal tu saja, tapi why not bring them both?”

“Entah. Mungkin mak ada jawapan sendiri. Mungkin keadaan mak pada masa tu menyukarkan dia untuk jaga dua orang anak, sukar untuk dia jadi single mom masa tu. Mungkin mak tak cukup kuat masa tu. Who knows,” jelas Sham.

“Maybe. Tapi I tahu you dah cukup kuat dah sekarang. Anyway, I tak sabar nak rasa ikan siakap 3 rasa yang you masak. Dan I masih ingat ye apa yang I cakap 5 tahun lalu kat Medan Ikan Bakar tu,” kata Diana sambil tersengih.

Muka Sham merah padam menahan malu. Dia menongkat dagunya sambil memandang kelam malam di luar. Senyuman kecil terukir di bibir Sham.

“Eh, I baru terfikir satu benda,” Sham tiba-tiba meluahkan kata-kata menghilangkan rasa kekoknya.

“Apaaa?” tanya Diana sambil mencebikkan mulutnya.

“I ingat nak bagi duit la kat diorang buat belanja. Alang-alang dah kat sini. Nanti nak bank in satu hal pula. Pusing balik. Pusing balik,” arah Sham sambil tersenyum mengusik.

“You memang kan nak menyusahkan I? You tahu kan jalan ni kecil? Nak U turn kejadahnya?” bentes Diana.

“Alaaaa, comel pula you bila marah ni. Please la, lagipun bukan selalu I jumpa abang dan kakak I yang dah lama terpisah ni. Hehe, pleaseee,” rayu Sham sambil menumbuk manja bahu Diana.

“Yelah. Yelah. You jangan menyesal ye. Rumah abang dan kakak you tu mesti scary malam-malam gini. You dah la takut hantu,” ejek Diana pada Sham.

***

Suasana rumah di pinggir kampung itu memang nampak menyeramkan di waktu malam. Halaman rumah hanya diterangi cahaya malap lampu jalan yang berada di dalam jarak 100 meter dari situ. Ruang di dalam rumah nampak gelap dengan hanya satu bilik diterangi cahaya warna jingga. Bilik Ani.

“Sham, I ikut boleh?” tanya Diana sambil menarik lengan baju Sham.

“Hek eleh, tadi kata I yang penakut. Jomlah,” ejek Sham sambil membuka pintu kereta.

Mereka berdua melangkah ke hadapan pintu rumah usang itu ditemani cahaya malap lampu jalan. Sampai di hadapan daun pintu, Sham terlihat daun pintu yang tak dikatup rapat.

“Tak kunci la, D. I risau la. Jom!” gesa Sham. Sham menyegerakan langkah membuka daun pintu dan melangkah ke ruang tamu rumah usang itu. Perlahan-lahan mereka berdua bergerak menghampiri pintu bilik Ani. Tiada pintu pada bilik, hanya sehelai kain warna perang yang menjadi penghadang ruang tamu dan ruang bilik Ani.

Sham menyelak helaian kain itu sedikit.

Mata Sham dan Diana terbeliak luas melihat Faizal, dalam keadaan separa bogel sedang mengucup badan seorang gadis yang berwajah herot dan sedang berbogel di atas tilam. Punggung Faizal naik turun perlahan-lahan sambil dia mengucup dada gadis itu.

Gadis itu hanya memejamkan mata sambil mendesah halus.


to be..

Friday, October 12, 2012

Cerita DOT #2 : Rumah di Pinggir Kampung 4


30 tahun dulu segalanya nampak sempurna. Mak hidup bahagia dengan ayah. Ketika aku muncul dalam dunia mereka kehidupan mereka makin berseri-seri. Rumah kecil di pinggir kampung jadi tempat mak dan ayah memadu kasih dan membesarkan aku. Semuanya cukup sempurna.

Sampailah kehadiran Ani.

Ani lahir di rumah, sama macam aku. Oleh sebab itu mak dan ayah tak tahu ‘keadaan’ Ani sampailah dia dilahirkan. Walau bagaimanapun Ani dibesarkan juga sepertimana kanak-kanak biasa. Ani ‘istimewa’ kata ayah. Mak pula seakan cuba melarikan diri dari kenyataan. Dia tak suka menyentuh perihal Ani.

Aku tahu mak menyimpan rasa bersalah sebab Ani dilahirkan macam tu. Mak lebih suka murung di dalam bilik. Bersendirian. Dan sejak kelahiran Ani, rasanya mak dah berputus asa untuk mengandung lagi.

***

Faizal memberhentikan ceritanya sambil memandang Sham. Sham faham renungan Faizal itu.

“Arwah ayah banyak membantu arwah mak dulu. Mungkin dia dapat segala sokongan ni dari arwah ayah,” kata Sham seakan-akan bercakap dengan diri sendiri.

“Senang cakap arwah mak jumpa balik kekuatan yang dia tak ada kat sini,” kata Faizal sambil tersenyum.

“Arwah mak jumpa balik kekuatan untuk bercinta.”

***

Walau macam mana sekalipun keadaan Ani, mak masih cuba sedaya upaya menjaga Ani seadanya. Keadaan Ani yang memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuh masa juga sebenarnya memerlukan kos yang tinggi.

Jadi mak mengambil keputusan untuk bekerja sebagai jururawat di hospital berdekatan kerana nak harapkan gaji ayah seorang pada masa tu memang tak cukup untuk duit dapur, duit sekolah dan duit ubat Ani. Mak memang ada diploma kejururawatan, malah pekerjaan mak juga mungkin dapat membantu keadaan Ani.

Tapi pekerjaan mak yang tidak tentu masa itu sebenarnya menimbulkan konflik dengan ayah. Keadaan Ani menyebabkan salah seorang dari mak dan ayah terpaksa berada di rumah menjaganya. Jadi, kadang-kadang ayah terpaksa mohon cuti untuk menjaga Ani. Nasib baik majikan ayah sangat memahami.

Namun sebenarnya, keluarga ini sudah lama rosak. Semenjak kelahiran Ani lagi keluarga ini ibarat retak menunggu belah.

Malam tu, mak syif malam. Tapi mak balik awal kerana sakit kepala. Pada masa mak balik dari kerja, aku di bilik aku. Tidur.

Tiba-tiba aku terdengar mak menjerit di bilik Ani. Bukan menjerit takut, tapi menjerit marah. Dalam keadaan separa sedar aku bergegas ke bilik Ani.

Apa yang aku nampak pada masa tu sangat mengejutkan dan menyedihkan.

Aku nampak mak sedang menjerit-jerit pada ayah. Ani di atas katil sedang menekupkan telinganya. Tapi rupanya…

Aku nampak pakaian Ani sangat tak terurus. Wajahnya comot. Seluarnya tidak dipakai kemas. Tak, sebenarnya seluarnya cuba dilucutkan. Ayah di hadapan mak membetulkan zip seluarnya selepas mengancing butang bajunya.

Pada usia 10 tahun aku sudah dapat meneka apa yang berlaku. Aku lekas-lekas mendapatkan Ani untuk memeluknya. Aku peluk Ani pada masa tu bukan untuk menenangkan dia, tapi untuk melindungi dia.

Esoknya, mak pergi dari rumah ini. Barangkali mak tak bawa aku bersama sebab dia nak ada orang yang melindungi Ani di sini.

***

Sham dan Diana memandang sesama sendiri. Rasa jijik, kasihan dan simpati semuanya bergelumang dalam diri masing-masing. Mungkin benar sesetengah dari kita ini jiwanya lebih kotor dari binatang. Sedangkan binatang sendiri pun tak akan mengapa-apakan warisnya sendiri.

“Lapan tahun lepas ayah pula meninggal. Sekarang tinggal la aku dengan Ani,” jelas Faizal lagi menamatkan ceritanya. Senyumannya sudah pudar dari bibirnya. Entah apa lagi dugaan yang ditanggung lelaki ini dalam hidupnya.

Sham kekok untuk memulakan bicara. Diana pula sudah tertunduk menahan sebak di dada.

Inilah kenyataannya. Mak pergi kerana tak sanggup melihat derita anak perempuannya yang dirogol saban hari ayah kandungnya sendiri. Mak pergi kerana tak boleh hidup dalam perasaan tidak dapat melindungi anaknya, zuriatnya.

Dan seraya itu, Sham menangis semahunya.

to be..

Monday, October 8, 2012

Rest & Relax

Suatu hari semasa saya sedang usaha meningkatkan tahap tatabahasa dengan membaca surat khabar di perpustakaan yang tercinta, tiba-tiba dua gadis Zoologi muncul. Rupa-rupanya mereka ingin mencari tesis berkaitan fauna di PTSL ...
Lepas tu akibat kebosanan saya mengajak dua gadis HOT ni untuk ke sudut santai PTSL. Nampaknya mereka tak seteruja macam saya apabila melihat mesin urut ogawa. Mereka lebih minat untuk main scrabble.

Curi masa sebelum kelas pukul 5 dengan bermain scrabble !


Mata dan Gigi. Eh mana gigi! Mana gigiiiii !!!!??
-tepi: Say O tukang mencatit markah. 

Akhirnya dalam setengah jam kami berjaya habiskan setiap huruf yang ada dalam kotak scrabble ini.
Yeah (^_^)v

Ah~~~ Separuh awal saya menang~tapi kalah juga akhirnya (T^T)
 Apa-apa pun,tahniah Syana berjaya menang pertandingan scrabble kali ini !
Haha