30
tahun dulu segalanya nampak sempurna. Mak hidup bahagia dengan ayah. Ketika aku
muncul dalam dunia mereka kehidupan mereka makin berseri-seri. Rumah kecil di
pinggir kampung jadi tempat mak dan ayah memadu kasih dan membesarkan aku.
Semuanya cukup sempurna.
Sampailah
kehadiran Ani.
Ani
lahir di rumah, sama macam aku. Oleh sebab itu mak dan ayah tak tahu ‘keadaan’
Ani sampailah dia dilahirkan. Walau bagaimanapun Ani dibesarkan juga
sepertimana kanak-kanak biasa. Ani ‘istimewa’ kata ayah. Mak pula seakan cuba
melarikan diri dari kenyataan. Dia tak suka menyentuh perihal Ani.
Aku
tahu mak menyimpan rasa bersalah sebab Ani dilahirkan macam tu. Mak lebih suka
murung di dalam bilik. Bersendirian. Dan sejak kelahiran Ani, rasanya mak dah
berputus asa untuk mengandung lagi.
***
Faizal
memberhentikan ceritanya sambil memandang Sham. Sham faham renungan Faizal itu.
“Arwah
ayah banyak membantu arwah mak dulu. Mungkin dia dapat segala sokongan ni dari
arwah ayah,” kata Sham seakan-akan bercakap dengan diri sendiri.
“Senang
cakap arwah mak jumpa balik kekuatan yang dia tak ada kat sini,” kata Faizal
sambil tersenyum.
“Arwah
mak jumpa balik kekuatan untuk bercinta.”
***
Walau
macam mana sekalipun keadaan Ani, mak masih cuba sedaya upaya menjaga Ani
seadanya. Keadaan Ani yang memerlukan perhatian dan penjagaan sepenuh masa juga
sebenarnya memerlukan kos yang tinggi.
Jadi
mak mengambil keputusan untuk bekerja sebagai jururawat di hospital berdekatan
kerana nak harapkan gaji ayah seorang pada masa tu memang tak cukup untuk duit
dapur, duit sekolah dan duit ubat Ani. Mak memang ada diploma kejururawatan,
malah pekerjaan mak juga mungkin dapat membantu keadaan Ani.
Tapi
pekerjaan mak yang tidak tentu masa itu sebenarnya menimbulkan konflik dengan
ayah. Keadaan Ani menyebabkan salah seorang dari mak dan ayah terpaksa berada
di rumah menjaganya. Jadi, kadang-kadang ayah terpaksa mohon cuti untuk menjaga
Ani. Nasib baik majikan ayah sangat memahami.
Namun
sebenarnya, keluarga ini sudah lama rosak. Semenjak kelahiran Ani lagi keluarga
ini ibarat retak menunggu belah.
Malam
tu, mak syif malam. Tapi mak balik awal kerana sakit kepala. Pada masa mak
balik dari kerja, aku di bilik aku. Tidur.
Tiba-tiba
aku terdengar mak menjerit di bilik Ani. Bukan menjerit takut, tapi menjerit
marah. Dalam keadaan separa sedar aku bergegas ke bilik Ani.
Apa
yang aku nampak pada masa tu sangat mengejutkan dan menyedihkan.
Aku
nampak mak sedang menjerit-jerit pada ayah. Ani di atas katil sedang menekupkan
telinganya. Tapi rupanya…
Aku
nampak pakaian Ani sangat tak terurus. Wajahnya comot. Seluarnya tidak dipakai
kemas. Tak, sebenarnya seluarnya cuba dilucutkan. Ayah di hadapan mak
membetulkan zip seluarnya selepas mengancing butang bajunya.
Pada
usia 10 tahun aku sudah dapat meneka apa yang berlaku. Aku lekas-lekas
mendapatkan Ani untuk memeluknya. Aku peluk Ani pada masa tu bukan untuk
menenangkan dia, tapi untuk melindungi dia.
Esoknya,
mak pergi dari rumah ini. Barangkali mak tak bawa aku bersama sebab dia nak ada
orang yang melindungi Ani di sini.
***
Sham
dan Diana memandang sesama sendiri. Rasa jijik, kasihan dan simpati semuanya
bergelumang dalam diri masing-masing. Mungkin benar sesetengah dari kita ini
jiwanya lebih kotor dari binatang. Sedangkan binatang sendiri pun tak akan
mengapa-apakan warisnya sendiri.
“Lapan
tahun lepas ayah pula meninggal. Sekarang tinggal la aku dengan Ani,” jelas
Faizal lagi menamatkan ceritanya. Senyumannya sudah pudar dari bibirnya. Entah
apa lagi dugaan yang ditanggung lelaki ini dalam hidupnya.
Sham
kekok untuk memulakan bicara. Diana pula sudah tertunduk menahan sebak di dada.
Inilah
kenyataannya. Mak pergi kerana tak sanggup melihat derita anak perempuannya
yang dirogol saban hari ayah kandungnya sendiri. Mak pergi kerana tak boleh
hidup dalam perasaan tidak dapat melindungi anaknya, zuriatnya.
Dan
seraya itu, Sham menangis semahunya.
to be..
No comments:
Post a Comment