Friday, February 22, 2013

Awek baju pink, jam tangan, dan felo.

Salleh menunggu kawan-kawan di tepi blok untuk pergi ke kafe bersama-sama. Sambil Salleh menunggu, sekumpulan awek berjalan melepasi dia. Awek berbaju pink senyum, Salleh mengalihkan pandangan. Gedik, fikirnya.

Salleh melihat jam di pergelangan tangan kiri. Sudah lebih 15 minit. Setengah jam lepas, kawan-kawannya kata hanya lima minit. Ini sudah lebih.

Salleh capai handphone di dalam poket kanan, tekan butang hijau dua kali. Talian di putuskan pada deringan ketiga. Salleh menyepak kereta felo.

Kebetulan felo empunya kereta sedang berjalan ke arah kereta itu. Felo itu kemudian menyepak Salleh sehingga mati.

Felo tersebut terus menghidupkan enjin, mengundurkan kereta, melenyek tubuh Salleh dan berlalu pergi dengan laju.

Lima minit kemudian, kawan-kawan Salleh tiba di tempat dia terbaring.

Roh Salleh menunjukkan jari tengah ketika dia memperhatikan gelagat kawan-kawannya.

"Korang lambat satu jam! Puih!"

Dan tiba-tiba hujan turun.

Tamat.

Thursday, January 17, 2013

arifpaan: Cerita Dulu

"Kau orang ketiga paling hensem. Yang first, pakwe aku. Yang second, sume orang kat dunia ni selain kau. Yang ketiga baru la kau." 

Fatin F. Mazelan, Mac 9, 2010, Restoran Al Farez Maju, Seksyen 15, Bangi.





Wednesday, January 16, 2013

Salah Siapa?


“Yup. Aku gay,” kata Iskandar sambil tersenyum.

Suasana di meja petak itu jadi hening serta merta. Masa seakan-akan berhenti bergerak antara kami. Suasana kedai mamak yang tadinya bising menjadi sunyi sepi. Malah, aku percaya aku dapat mendengar setiap nafas yang dihela dan dihirup pelanggan kedai mamak ini.

Aku memandang Ismeth dengan jelingan ‘babi, pehal kau tanya soalan macam ni, kan dah jadi awkward’ dan Ismeth membalas dengan pandangan ‘manalah aku tahu’. Aku cuba memandang ke arah Iskandar – dengan sedaya upaya cuba mengelak dari melihat matanya – dan aku dapati dia masih lagi tersenyum.

Misai dan jambang Iskandar bergetar-getar dan aku percaya senyuman itu bukanlah senyuman yang ikhlas dari hati.

Celaka. Semuanya bermula apabila Ariff datang dan menceritakan pengalaman dia semasa di Kem Bina Negara. Kata Ariff, pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika bermain True or Dare bersama rakan-rakan dan salah seorang dari rakan mereka telah dicabar untuk menunjukkan manboobs-nya pada mana-mana wanita yang lalu di hadapan kotej mereka.

Aku, Iskandar, Ismeth dan Ijan gelak besar mendengar cerita Ariff yang diselakan dengan lakonan dan mimik muka spastiknya. Nasib baik aku sempat menghalang dia dari melakonkan adegan manboobs (Ariff telah mula menarik bajunya ke atas) tersebut.

“Jadi apa kata kita cuba main True or Dare juga?” cadang Ijan.

Semua orang bersetuju tanpa berfikir panjang.

Kami memutarkan garfu untuk menentukan giliran. (Apabila sampai giliran Ismeth memutarkan garfu tersebut, dia memutarkannya sehingga garfu tersebut terpelanting dan terkena punggung salah seorang mamak yang bertugas. Keadaan jadi kekok kerana mamak tersebut mengesyaki Ariff cuba merabanya.)

Apabila sampai giliran Iskandar, Ismeth terus mengajukan soalan ‘hang gay ka?’ yang menjurus pada suasana kekok ini.

Mata aku, Ismeth, Ariff dan Ijan saling beralih pandang. Masing-masing cuba menyalahkan satu sama lain. Jika Ariff tidak datang bercerita tentang permainan bodoh ini, pasti kami tidak kenal permainan ini. Jika Ijan pula tidak mengajak kami bermain True or Dare ini, mana mungkin soalan ini akan terpacul keluar. Dan oh ya, si bodoh Ismeth yang bertanya soalan yang mendatangkan suasana kekok ini.

Jadi aku tanya kamu semua, salah siapa?

Sudah tentu bukan salah aku yang dari kecil memanggil Iskandar dengan nama Azizah, bukan?

fin.

Thursday, January 10, 2013

Cerita Karut 1


“Kau tengok apa tu?,” suatu suara menyapa aku dari belakang. Aku macam biasa,selamba. Mungkin sebab dah terbiasa dengan keadaan macam ni. Aku dengan dia share semua benda. Dia tengok aku. Aku tengok dia. Apa je pasal aku die tak tahu, dan apa je pasal die yang aku tak tahu.

“Baca porn la, apa lagi,”jawab aku pendek. “Woh, rajiin! Dari baca aku lagi suka tengok yang gerak2, baru syok,” katanya lagi. Aku hanya tersenyum. Lain orang lain pendapat. Pada aku, kalau baca mungkin lebih tinggi imaginasi aku, aku boleh bayangkan macam-macam mana bentuk dan rupa sekali pun. Puas! Aku senyum sendiri.

Tapi hari ini aku terasa tidak bersemangat. Imaginasi aku pun tidak se-power selalu. Lemah sahaja. Entah mengapa. Dua tiga page aku sudah tidak tahu apa yang aku baca. Aku menghentikan bacaan. Aku berbaring merenung siling. Akhir-akhir ini cuaca terlalu panas, peluh merecik meskipun baru sahaja mandi. Aku bergelenggeng di atas katil. Aku cuba melelapkan mata.

1,2,3,4,5  saat..tiba-tiba aku melompat terjun dari katil. Nyaris kepala aku terhantuk bucu katil. “Oh mak kau babi!,” jerit aku. Aku meraba-raba dada. Terkejut aku. Cicak yang jatuh dari siling tadi hilang entah ke mana aku campak akibat terkejut tadi. Aku bingkas bangun takut-takut kalau aku terduduk di atas cicak tadi. “Celaka! Nak romen pergi ah tempat lain! Jatuh atas aku,celaka!,”haruk aku sendiri. Teman sebilik aku hanya mampu memandang dan ketawa berdekah-dekah melihat reaksi spontan aku. Aku mengerut dahi. “Cicak tu pun admire 6 packs ko tu ha! Tu yg saja landing2 tuh!,”sambungnya lagi sambil bergelak sakan. Muka aku masam mencuka.

Seketika kemudian aku terlihat lagi kelibat sepasang cicak tadi yang berkejaran di siling bilik. Si jantan laju berlari mengejar pasangannya. Aku melihat gelagat mereka. Fikiran aku melayang jauh….

Aku bingkas bangun. Aku capai sekeping kertas dan pensel. Aku mulai melakar. Tangan semakin lama semakin laju. Sudah agak lama aku tidak melatih tangan kanan ini melakar, tapi masih sahaja apa yang terlukis tidak menghampakan aku apabila melihatnya. Peluh bercucuran, merecik membasahi wajah. Ku sapu wajah, masih lagi tekun meneruskan kerja yang harus aku segerakan ini. Beberapa jam kemudian, aku tersenyum lega. Siap!

“Wei, ko buat apa lukis natang nih!,” teman sebilik menghampiri aku yang tersengih kambing. “Nak pujuk awek bro,” aku belek-belek lukisan tadi. Kemas,cantik,dengan shading yang  aku sendiri kagum melihatnya. “Hah, yelah, lukis la gambar Edward ngan Bella tu banyak-banyak. Lepas ni ko pun tengok la twilight tu sampai bawak dalam tido kang!”.

sketch untuk pujuk awek.


Monday, December 31, 2012

Palie, Sebilah Pedang Samurai dan 6 Zombie Tangkas


Kata orang ada 6 tahap kesedihan (yang melibatkan kematian). Ianya bermula dengan kejutan, penafian, kemarahan, proses menawar, depresi dan penerimaan.

Palie tak tahu dendam berada di tahap yang mana. Dia cuma mahu membalas dendam di atas kematian isterinya.

Segalanya berlaku dengan terlalu cepat. Kematian Rozana tak sempat dia tanggisi, tak sempat dia ratapi.

Bau ros minyak wangi Rozana masih bermain di hidung Palie. Palie menghunuskan pedang samurai yang diambil dari loteng rumah. Pedang samurai itu berkilau di bawah sinar mentari. Cecair merah pekat menitis-nitis dan hujung pedang tersebut.

Pedang samurai yang ditempa pada era Meiji itu seakan-akan berdengung dahagakan darah. Enam zombie yang sedang meratah tubuh badan Rozana mengalihkan perhatian pada Palie. Konco-konco mereka - Kelawar Syaitan yang boleh memuntahkan asid - sudah habis dipancung oleh Palie. Hanya tinggal zombie tersebut.

Palie membuka baju kemejanya yang sudah berlumuran darah. Lukisan seekor naga sedang membaham ikan emas terukir di belakang badan Palie. Mata naga itu menyorot ganas memandang ke infiniti.

Palie membetulkan kekudanya. Pedang samurainya dihunus rapi. Air matanya sudah kering.

Palie bergerak laju. Zombie pertama tidak bersedia. Palie pancung tangan, kaki dan kepala dalam sekali jurus. Zombie kedua dan ketiga bergerak laju ke arah belakang Palie. Gigi dan kuku tajam dihunus pada Palie.

Palie melompat. Dia menghunus pedangnya dengan sepantas kilat! Bumi terbelah dua. Namun 3 zombie lagi sempat melompat ke udara.

Zombie keempat bergerak di utara menghampiri Palie. Palie sedar perlawanan di udara tidak akan memihak padanya. Lantas Palie hanya mampu bertahan semasa dipukul zombie tersebut.

Palie rebah. Tiga zombie tersebut mengepung Palie. Palie tenang.

"Kamu sudah terkena jurus 19 saat aku," kata Palie tenang. "5..4..3..2.."

Tiga zombie menerkam ke arah Palie. Palie tenang sambil memasukkan pedang samurai ke dalam sarungnya semula.

"1!!!!"

Tubuh badan ketiga-tiga zombie berkecai menjadi cebisan kecil.

***

Palie menghampiri tubuh isterinya. Palie tahu isterinya akan hidup semula menjadi zombie.

Palie menghunuskan pedangnya dan....


fin.

Wednesday, December 19, 2012

Cikgu Rohani



"ISKANDAR!!!!"


Tersentak Iskandar mendengar jeritan bingit yang dilaungkan dari pintu masuk kelas 5 Ekstravaganza. Dalam keadaan separa mamai Iskandar melompat ke belakang sambil membuka langkah silat. Matanya melilau mencari punca suara bingit yang hampir memecahkan gegendang telinga.

Di pintu masuk kelas 5E, berdiri dengan baju kurung warna kuning cair dengan corak pokok paku pakis warna hijau adalah Cikgu Rohani. Mata Cikgu Rohani menyorot ganas ke arah Iskandar menembusi kaca mata bingkai tebal yang dipakainya.

Seluruh kelas duduk terdiam merasakan aura marah Cikgu Rohani. Ismeth sudah mula kencing dalam seluar. Ilya pula dalam dilema mahu telan atau luah biskut Marie yang di dalam mulut. 

"Awak tidur eah?" Suara Cikgu Rohani ibarat getar sangkakala yang beralun membawa irama maut melintas ruang kelas 5E. Iskandar hanya mampu menelan air liur di rengkung.

"Dah. Pergi buat push up di luar!" arah Cikgu Rohani pada Iskandar.

Iskandar, jaguh gusti lengan peringkat sekolah, gangster 5 kawasan setempat dan juara lompat galah sebanyak 2 tahun berturut-turut hanya mampu menurut.

Iskandar berdiri di luar kelas. Matanya memandang Cikgu Rohani dengan nada protes. Cikgu Rohani membalas pandangan Iskandar. Sepintas lalu Iskandar meniarap melakukan tekan tubi.

***

"Ni hang awat berlengaih sangat ni? Kena denda pumping lagi?" tanya ayah Iskandar di sebalik surat khabar New Straits Time.

Iskandar hanya mendengus protes dan bergerak masuk ke dalam biliknya.

Iskandar menghempaskan beg galas yang terlukis gambar Goku di atas katil. Dari dalam bilik, dia dengar suara ayah dan ibunya sedang berbual.

"Awat dengan budak tu hari ni?"

"Tidoq dalam kelas lagi la bang."

"Hahaha, ya ka? Abang dulu tak pernah pun tidoq dalam kelas." Ayahnya cuba berlagak dengan ibunya. Iskandar tahu, ayahnya sedang tipu.

"Tipu lah. Bukan saya tak tahu perangai awak. Dia ikut perangai awak la tu."

"Eh, awat pula?"

"Itu la saya kata, bila dapat anak dulu tak elok bagi nama sama nama awak. Ni dah ikut perangai awak ni macam mana?"

"Alah, comel apa? Iskandar Zulkarnain Junior bin Iskandar Zulkarnain Senior."

Iskandar dapat membayangkan ibunya hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata ayahnya tu. Tapak kaki ibunya diatur ke arah biliknya. 

Tok. Tok. Tok.

"Is!!! Mandi dulu tau!!! Jangan tidur lagi!" jerit suara bingit yang mendendanya pagi tadi.

fin.

Wednesday, December 12, 2012

Bengkel Penulisan Kreatif


Tak semua orang boleh menulis. Tak semua orang nak menulis. Tak semua orang berpeluang untuk menulis.

Tapi jarang-jarang sekali kita berpeluang ke bengkel yang menyediakan ruang dan pendedahan dalam pelbagai platform penulisan. 

Hanya RM10, satu peluang yang jarang diberi.

**segala maklumat boleh hubungi nombor yang tertera pada poster

fin.