Cerita ni sengaja dibuat memandangkan aku tengah tak ada kerja di tempat kerja. Ianya berbentuk hiburan. Jadi enjoy je, jangan marah, ok…
Ini cerita Snow White. Tapi heroin dia bukan nama Snow White. Nama dalam IC dia Ilya. Ilya Mahfuz. Tapi dia sengaja paksa orang panggil dia Snow White. Memang nak mati la orang yang tak panggil dia Snow White dalam kampung ni. Kesian Hazal.
Ilya ada mak tiri. Nama dia Zati. Zati El Blanco del Torrey espana Pinjzona Al-Khan. Atau Opah. Opah ada hobi yang terkutuk yakni berbicara dengan cermin ajaib yang diimport khas dari kawasan sihir voodoo di Zimbabwe.
Setiap 15hb , bulan-bulan Islam, Opah akan bertanya siapakah gadis yang paling cantik di kampung itu kepada Sang Cermin yang diberi nama Kenanga. Agaknya broadband tak ada line di rumah Opah.
Maka membesarlah si Ilya dari segi umur, mahupun ukur lilit pinggang dari tahun ke tahun dengan mengamalkan diet yang seimbang.
Pada suatu hari, sedang Opah bertanya soalan yang sama kepada Kenanga, maka Kenanga pun meluahkan la bahawa gadis yang paling cantik di kampong itu sekarang sudah dipegang oleh Ilya.
Maka benganglah Opah mendengar jawapan dari Kenanga. Lalu dia pun mengambil langkah yang drastik. Beliau pun mengupah seorang bonzer unruk memukul muka Ilya sehingga tembam dengan lebam-lebam. Bonzer yang diupah oleh Opah bukanlah calang-calang orangnya. Beliau memiliki tali pinggang hitam dalam menggunakan jurus ‘Tangan 360 darjah’. Namanya Aliaa. Aliaa TTB (Tangan Tak Bedung).
Sementara itu, Ilya pula sedang sibuk mengaji di rumah Ustaz Amir. Ustaz Amir Lazarus el Diablo. Aliif, Ba, Ta. Sudah tiga tahun Ilya repeat subjek yang sama.
Dalam perjalanan pulang, Ilya pun diserang oleh Aliaa. Ilya yang pada ketika itu sedang memegang wantan di kedua-dua belah tangan (satu makan masa jalan, satu atas bas, satu lagi masa dah sampai rumah) tidak sempat mempertahankan diri, lalu telah ditangkap Aliaa.
Kejadian itu telah disaksikan oleh Roy. Maka dia pun menjerit meminta pertolongan, “Tolong! Tolong! Pengetua diculik!”. Maka tak ada siapa la yang datang membantu setelah mendengar jeritan Roy. Roy Cassandra Lalalala.
Aliaa telah membawa Ilya ke dalam hutan dengan bantuan motor yang dipinjam dari Ijan. Ijan Rombolele. Di dalam hutan, Aliaa bercadang untuk membelasah Ilya dengan jurus ‘Tangan 360 darjah’ beliau.
Namun begitu, hajat Aliaa tidak kesampaian kerana beliau kesian pula melihat tahi lalat Ilya. Maka beliau pun melepaskan Ilya begitu saja.
Sementara itu, Ilya yang ketakutan dan kelaparan (walaupun telah meratah 1 dozen wantan sebentar tadi) telah berlari mencari tempat berlindung. Dan alangkah bertuahnya Ilya apabila dia berjumpa dengan sebuah rumah kecil di dalam hutan itu. Oleh disebabkan ketakutan, Ilya pun masuk dan buat rumah tersebut seperti rumah beliau.
12 minit kemudian,3 lembaga pun masuk ke rumah itu. Alangkah terkejutnya mereka melihat makanan di rumah mereka telah habis. Apabila mereka ke bilik tidur, barulah mereka berjumpa dengan Ilya.
“Siapa kamu!?”, tanya lembaga yang pertama.
Ilya pun terjaga dari tidur. Dia terlihat 2 lembaga. Setelah diperhati, barulah dia menyedari situasi sebenar. Rumah orang kerdil rupanya.
“Saya Ilya@Snow White. Tolong la saya. Mak tiri saya nak simbah asid kat muka saya!”, jelas Ilya dengan menokok tambah unsure jenayah yang tidak wujud.
Orang kerdil yang pertama pun tiba-tiba sedih, dan tiba-tiba juga menangis sambil duduk.
“Owh, sedihnya kisah awak. Sesedih semasa kad ATM saya hilang dulu. Baiklah biar saya kenalkan diri. Nama saya Aida Najwa. Aida Najwa Hud Hud.”, jelas orang kerdil pertama.
“Nama saya pula Kay. Kay Ell. Ada lagi seorang, abang kami.” Jelas orang kerdil kedua.
“Kenapa dia tak naik?” tanya Ilya sambil berharap semoga orang kerdil ketiga merupakan seorang kerdil yang kacak.
“Owh. Nama dia Say O. Say O La La. Dia tak boleh naik tingkat dua sebab dia orang kerdil terlebih hormon.” jelas Kay.
“Owh..” kata Ilya perlahan. Maka tinggal la Ilya di pondok orang kerdil itu.
Sementara itu, di kampung, berpandukan Maxis broadband, maka kantoi la bahawa Ilya masih lagi belum dibelasah sehingga lebam. Oleh disebabkan keadaan sudah semakin desperate, Kejohanan Ratu Cantik Peringkat Daerah pun semakin dekat, maka Opah mengambil keputusan untuk meracun Ilya menggunakan epal beracun.
Kali ini, dia mengupah pula tauke buah gedik di kampong itu, Zai. Zai al-Gew al- Deek. Malangnya kejadian itu disaksikan oleh Roy. Maka Roy pun menjerit, “Tolong! Zai mau racun pengetua!” Maka, tiada sesiapalah yang datang membantu.
Di rumah orang kerdil, makin hari, stok beras pun makin surut. Maka Aida Najwa pun meluahkan cadangan kepada Ilya.
“Beras dah nak habis ni. Apakata kalau saya masak bayang goreng?”
Tiba-tiba…
“Buah! Buah!”
Dengan sifat ingin tahu, Ilya pun keluar untuk survey keadaan. Maka terlihat la dia seorang makcik sedang menjual buah sambil membuat aksi yang tidak perlu.
“Adik manis. Akak jual buah ni. Cuba adik rasa epal ni. Sedap tau.”
“Owh. Tak nak la. Ingatkan wantan tadi. Kalau putu buluh boleh la gagah. Tak nak la.” jelas Ilya dengan nada yang agak hampa.
Maka, gagal lagi la rancangan Opah. Oleh sebab terlalu tertekan, Opah pun berhajat untuk pindah dari kampung itu. Opah pun pindah ke Manjung untuk mencari cinta sejati beliau.
Sementara Ilya pula telah dilamar oleh seorang Putera ketika terserempak semasa majlis kenduri kahwin Say O. Putera Ali al-Zul Cempaka Dewi. Malangnya lamaran itu telah ditolak oleh Ilya kerana Ilya sudah menjumpai cinta sejatinya.
Dua tahun kemudian, Ilya pun menikah dengan seorang peniaga wantan dari pasar malam. Majlis perkahwinan ini diserikan lagi dengan nyanyian band indie dari Yana. Yana Keju.
Ini ending untuk semua:
‘Maka mereka pun hidup bahagia selamanya.’
Ini ending untuk Aida Najwa sahaja:
‘Maka dua minggu kemudian, semua watak pun mati akibat terkena selsema babi.’
5 comments:
knape selsema babi doe?
hahaha
hahaha...
ada watak yg xde la...
Dushhh! Double loser kau nokkk, x ada benda nak buat lah tu. hahaha.
saje jer, wawa suke sgt kalo ending ada yg mati...
aku nk ltk smua tp kang smpai pg esok korg baca ni... so yg laen kena smpn utk cita laen jgk...
opah, suka??
ngeeeeee~
abg naz!!!!!!!!1
tumbuk nakk???
Post a Comment