UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH
Sila tulis karangan tentang perkara paling bermakna dalam hidup keluarga anda.
Nama : Izayu bt Ijan
Tajuk :
Macam Mana Mummy Jatuh Cinta dengan Daddy?
Tahun berapa tak ingat. Yang penting tahun tu saya tak lahir lagi. Masa tu Ijan masih di sekolah menengah. Sekolah semua laki. Kat Kedah. Sekolah apa saya tak ingat juga. Tapi tak panggil sekolah. Panggil kolej kot. Bajet. Hingus meleleh sampai ke ketiak berangan nak masuk kolej. Tapi itulah Ijan.
Kalau sekolah semua mesti ada itu kan? Bukan. Bukan cerita gay. Geng gangster. Sekolah ni pun ada. Diketuai raja Gangster, Is. Badan besar macam badak. Memang gangster. Kalau dia jalan, semua orang tunduk. Kalau dia kentut, semua orang buat tak bau saja.
Nak dijadikan cerita Is ada 2 orang konco kuat. Ijan dan Palie. Ijan dipilih sebab dia pandai Add Math. Palie dipilih sebab senang nak mencuri rokok yang selalu diletak atas tingkap bilik guru. Palie juga dipilih kalau Is nak main basketball dan tiang netnya hilang.
Wawa pun sekolah kat Kedah. Sekolah perempuan semua. Sekolah Menengah Sultanah Asma kot. Standard perempuan, kalau di sekolah mesti ada teman ngumpat. Wawa punya teman ngumpat namanya Zaleha. Tak pernah jumpa Zaleha. Tapi dari khabar angin dengar cerita dia ni perempuan bengis.
Is pergi sekolah naik Kriss biru. Selalu kalau Is pergi sekolah mesti lalu depan sekolah perempuan ni. Asal lalu depan sekolah tu je, Is wekang la. Padahal tak ada orang pun pandang. Dia tak sedar bangunan sebelah tu bilik guru kot.
Satu hari Is lambat ke sekolah. Biasalah. Kata gangster, kalau awal ke sekolah jatuh la martabat. So Is pun lalulah depan sekolah perempuan ni. Hari tu kelas Wawa main netball. Is lalu depan court netball. Is nampak Wawa main netball. Tak apa lagi. Is nampak Wawa pakai baju sukan. Tak apa lagi. Is nampak Wawa berpeluh. Is teruja. Is masuk parit depan sekolah. Sebulan Is kat wad.
Keluar saja wad Is terus jumpa dengan Ijan dan Palie. Is sudah jatuh cinta. Kata Is. Ijan dan Palie tahan gelak. Tapi tak pandai cover. Apa lagi, kena hentak la dengan Is. Lepas tu kalau Is sebut saja perkataan cinta Ijan dengan Palie terus menangis. Diorang takut kena hentak lagi.
Is tulis surat cinta. Habis bedak mak dia balun letak atas surat cinta tu. Is suruh Palie pergi hantar surat kat Wawa. Palie takut kena hentak. Palie ikut saja. Sampai depan sekolah, kepala Palie sangkut tiang lampu. Tak boleh masuk. Tengkuk tergeliat.
Nak tak nak Ijan je lah kena hantar surat tu kat Wawa. Ijan kan pandai Add Math. Ijan tunggu Wawa balik sekolah. Wawa balik sekolah dengan Leha, naik basikal. Masa Ijan nampak Wawa, tiba-tiba Ijan kena heart attack. Gila. Sakit dada Ijan.
Esoknya Ijan tahan basikal Leha dan Wawa. Lagak gangster sikit. Leha macam biasa. Muka bengis sambil makan wantan cicah sambal mamak. Leha tanya lu nak apa? Ijan jawab, kita nak bagi ni kat Wawa. Ini Is yang bagi. (Sambil menunjukkan foto macho Is. Gambar pakai spek hitam sambil peluk pokok manggis depan rumah.)
Wawa senyum. Wawa ambil surat. Wawa simpan.
Balik pangkalan Ijan repot sama Is. Is bangga. Is pun apa lagi. Lagi kerap utus surat. Ijan jugalah kena hantar. Kesian Ijan kena buli. Tapi result Add Math tak jatuh juga. Macam mana study pun tak tau.
Sekarang dah masuk hari last SPM. Is nak jumpa Wawa. Kali ni Is tak hantar surat. Dia suruh Ijan cakap direct dengan Wawa. Masa Ijan cakap Wawa senyum. Wawa angguk. Is nak jumpa depan kedai DVD porn dalam City Point, Alor Setar.
Is tunggu. Wawa datang seorang. Is pakai minyak wangi setong hari tu. Is nak cakap 'I love you'. Tapi Wawa yang cakap dulu.
"Saya tak pernah sukakan awak. Saya tak pernah baca surat yang awak hantar. Saya tak pernah jatuh hati dengan lelaki yang takut meluahkan rasanya sendiri. Sekian."
Hah. Ambil kau. Menangis Is depan kedai DVD porn. Jatuh standard gangster serta merta.
Wawa menangis masa balik rumah. Sebenarnya Wawa dah jatuh hati dengan Ijan. Tapi dia kuat berpegang pada prinsip. Takkan perigi nak cari timba. Kalau Ijan tak cakap, dia takkan menggedik.
Sampai rumah Leha dah tunggu. Kali ni muka dah tak bengis. Leha tanya,
"Wa ada baca surat yang Ijan bagi kat Wa selama ni?"
Wawa geleng. Buat apa nak baca kalau dari orang yang kita tak kenal dan tak suka. Leha balas,
"Aku ada simpan. Bacalah."
Wawa geram dengan Leha. Kenapa Leha tak faham prinsip Wawa? Tapi Wawa ambil juga surat-surat tu. Takut kalau Leha buat muka bengis barangkali. Wawa baca. Wawa terkejut. Dalam banyak-banyak surat hanya satu surat dari Is. Surat yang pertama. Surat yang lain semua dari Ijan.
Kalaulah Wawa baca semua surat ni. Kalaulah dari awal Wawa baca.
Wawa nak kejar Ijan. Leha tahan. Leha cakap,
"Dah lambat Wa. Dia dah gerak ke Jepun. Tapi dia bagi surat ni kat Wa."
Dalam kad tu tertulis,
"Kalau betul kita ada jodoh, tunggulah saya 5 tahun lagi. Saya pasti akan balik untuk awak."
Jadi, Wawa tunggu ke tak?
Ijan balik ke tak?
Hurm, itulah caranya Mummy Jatuh Cinta dengan Daddy :)

_______________________________

20 comments:
komen for this story...bongok!!!
ada patut palie tu trsgkut kt pintu pagar skolah...
klu jd konco utk amik rokok blew tahan lg...
haha..ngarut lagi..
cmne?
wawa tggu ijan ke x?
tggu ke x??
*muka suci abes*
smart la ending dia.
TERASAA~~~!!!
cite benar. aku da pecaya sampai abes cite baru aku kembali ke realiti. siyes
is it a true story???????? tp mmg bes!
is it a true story???????? tp mmg bes!
murni nazihah???
mcm mana ang bleh smpai sini?
hehehehe,
ini cerita fiksyen,
direka bpandukan watak rakan2 di sekeliling...
p/s : aku x expect korg akan suka cerita yg mcm ni... kdg2 terign buat cerita yg agk2 sweet, bukan?
hazal,
awat hang terasa?
ha......^.^
ok...hahaha
aaaa....
nape terasa.....
abg hazal.........
answer our quest!
wahh..sweetnye cite nih~
xsangka abg nazrin pon pndai mengarang yek, wakaka!
wtf??? bush???
dari mana ko dtg nih??
" Is nak jumpa depan kedai DVD porn dalam City Point, Alor Setar. "
ini ayat mahal...besenye pornstar2 je pakai
hahahaha.
ayt 'menangis Is depan kedai DVD porn pun menarik'
aku tulis, aku baca balik, aku pun gelak sorang2.
Sial.hahaha..
siyes ni cite terbaik. aku masih ulang-ulang baca cite nih. dem great!
sweet ahh . bole wt drama kot. sumpahh dpt awards . hahahahah
damn! suker ah~~~
pasni tlg la sape2 volunteer smbung citer ni..kasik tebal cam novel..xyah susah2 nk beli novel..
pastu wat citer abg hazal ngn kak leha,
yeah! xsbr nk tggu edisi bru? bile kua?
market tggi nih!
Jadi, ijan balik tak? dan wawa tjnggu tak?
Post a Comment