Hari ini cuti semester. Ismeth macam biasa. Beli tiket untuk balik ke rumah Mak Lang beliau. Fed up juga Ismeth. Tapi Ismeth tak nak dicop anak derhaka. Atau dalam erti kata lain Ismeth tak nak dihentak oleh ibunya kalau enggan dengar kata.
Sekarang dah dua hari Ismeth di rumah Mak Lang Wawa. Mak Lang Ismeth malam tu tengah menjahit boxer Pak Lang Ijan. Pak Lang pula tengah tengok gusti kat TV3. Oh. Mak Lang dah bagi Izayu minum ubat batuk. Dia dah tak sedarkan diri dalam bilik dah.
So Ismeth pun approach Mak Lang. Dengan spontan, Mak Lang Ismeth berkata,
"Lu nak makan apa lagi? Nasi rumah gua dah habis la. Makan penumbuk lu nak?"
"Tak mau! Err, Mak Lang. Gua nak tanya sesuatu."
"Apa lu nak tanya?"
Kedengaran suara Ijan menjerit-jerit di ruang tamu.
"Arghhh!!! Cili kena muka! Cili kena muka!"
Tak pula dihiraukan oleh Ismeth dan Wawa. Ismeth meneruskan inkuiri.
"Errr, macam ni. Gua nak tanya pehal mak gua susah sangat nak kasi gua balik rumah? Nak kata gua kuat makan, gua makan separuh ja nasi kat rumah, sirap 1 jag."
"Owh kira lu mau tau cerita la? Camni ceritanya..."
_________________________
3 tahun selepas SPM Wawa masih single. Tapi tidak Zaleha. Ini adalah balak yang ke-13 untuk tahun ni. Setelah 3 hari couple, Leha keluarkan statement.
"Awak kurang semangat 1Malaysia. Saya nak clash."
Macam tu lah Leha. Tukar boyfren macam tukar spark plug Honda EX5 saja. Lagipun dah memang azali Leha lagi hot dari Wawa. Jadi tak hairan lah Leha yang ditagih oleh mana-mana lelaki di serata pelusuk alam buana.
Pernah sekali Leha pergi makan di mapley bersama Wawa. Masing-masing makan nasi lemak dan milo ais. Wawa kena RM4, Leha pula konon ada baucer kena 50 sen saja. Tengok. Status hot Leha sudah sampai peringkat antarabangsa barangkali.
Pernah juga Wawa nasihat Leha.
"Ang tu tiap-tiap hari tukaq boyfren. Cari la sorang."
Tapi Leha tak pernah mendengar. Bagi Leha dia mengamalkan lagu Stacy sebagai tema hidup. Cinta Pakai Buang.
Oh. Disebabkan frust dengan Wawa, Is pernah juga cuba mengorat Leha. Leha apa lagi. On saja. Tapi clash selepas 2 jam. Alasan? Is terlalu banyak bulu.
Dengan Palie pun pernah. Itu clash selepas 24 jam. Alasan? Kepala Palie cepat tergeliat.
Sekarang Leha di sebuah IPTA. Belajar di PPSM. Seorang diri bersama teman yang baru terjumpa, Fatin. Fatin seorang senior PPSM. Beliau merupakan seorang yang mahir jalan-jalan di KL kecuali jalan ke masjid.
Itulah bestfren Leha kecuali Wawa.
Suatu hari suatu kejadian berlaku. Ketika Leha kalut mahu pergi ke kelas bisnes. Jangan tanya sebab apa dia kalut, pergi pun asyik tidur saja. Dalam kalut-kalut dia membawa nota bagai, dia terlanggar seorang lelaki.
Bap! Terjatuh semua lemak-lemak di badan. Lelaki itu bangun, senyum pada Leha dan meminta maaf.
Dalam hati Leha, dup dap dup dap. Rasa apa tu?
_________________________
Esoknya Leha masih fikir lagi pasal hal tu. Sambil makan nasi kerabu kajang. Dan wantan pasar malam. Dan sambal mapley. Dan KFC bucket.
Sampai satu hari, cuti midsem. Leha balik lambat. Dia duduk tunggu bas seorang diri. Kemudian ada lelaki datang duduk sebelah Leha. Lelaki hari tu.
Leha pun apa lagi,
"Errr, tunggu bas?"
Lelaki tu angguk. Muka dia macam tak pernah nampak Leha. Leha pelik. Hari tu bukan main lagi minta maaf dengan Leha. Leha cuba buat muka sehabis tak bengis.
"Kenal saya lagi tak? Hari tu awak langgar saya. Nama saya Leha."
Lelaki tu senyum dan berkata,
"Maaf. Tak ingat."
Bas Leha sampai masa tu. Leha pun bangun. Mengeluh. Kenapa dia tak ambil peduli akan kecantikan Leha. Pernah sekali Wawa menujukan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi pada Leha dalam Pilihanmu di Era.
"Err, cik Leha."
Leha terkejut. Dia panggil Leha.
"Maaf. Saya ni pelupa. Kalau saya ada buat silap, maaf. Kalau saya ada hutang dengan awak, awak bolehlah tuntut di sini. Setiap cuti sem mesti saya akan ada di sini."
Oh! Memang kau ada hutang! Kau hutang hatimu denganku. Kata Leha. Dalam hati.
_________________________
Cuti sem seterusnya Leha balik lambat lagi. Kali ni ada alasan. Nak jumpa dia. Memang sungguh dia ada di situ. Leha sapa lelaki tu.
Lelaki tu buat tak tahu saja. Leha konfius. Leha tanya,
"Awak tak ingat saya?"
Lelaki tu pandang Leha. Dia tersenyum. Dia pohon maaf. Dia tanya,
"Saya ada hutang dengan awak ke?"
Leha geleng. Lelaki tu sambung cerita.
Sebenarnya lelaki tu penghidap penyakit Alzheimer. Memang rare jadi kat orang muda. Tapi jadi kat dia. Setiap hari dia makin lupa sejarah hidup dia. Apa yang dia ingat adalah bus stop ni setiap cuti sem pelajar IPTA. So secara automatik dia akan datang situ bila cuti sem.
Leha terpana. Dia tanya apa nama lelaki tu?
Lelaki tu senyum. Dia jawab,
"Tak ingat."
_________________________
Ismeth ternganga. Dia bajet mak dia selama ni pergi makan saja sepanjang cuti sem.
Wawa senyum. Dia tambah,
"Mak Lang kenal Leha dari kecil lagi. Mak Lang tau sangat perangai dia. Setiap cuti sem dia mesti pi situ. Tapi sebenaqnya dah lama dia tak jumpa lelaki tu dah. Dah dekat 7 tahun. Tapi dia pi jugak situ. Dia harap sangat satu hari nanti lelaki tu akan ingat balik. Lelaki tu akan balik kat bus stop tu."
Ismeth ternganga makin luas. Tak sangka. Tak sangka mak dia ada sejarah macam tu. Dalam diam Ismeth tersenyum.
_________________________
Jauh di sebuah bus stop yang hening seorang perempuan duduk sendirian. Menunggu. Dah berapa banyak bas yang lalu, satu pun tak ditahan. Entah apa yang ditunggu.
Hari mendung. Nak hujan barangkali. Dia bangun, mahu beredar. Dan secara tiba-tiba, di belakang perempuan itu,
"Assalamualaikum, Cik Zaleha?"
Fin.