Saturday, March 20, 2010

F.A.M.I.L.I - Personifikasiku Atas nama Osman

Osman bukanlah seorang pelajar yang cerdas mahupun cergas. Bahkan dalam bahasa Melayu klasiknya Osman boleh dikategorikan dalam kategori super lembap. Jadi tak hairanlah dia sering dibuli oleh rakan sejawat.

Suatu hari Osman jumpa segerombolan orang.

Orang di sini banyak buat aktiviti dengan Osman.

Mereka makan larut malam di restoran antarabangsa dengan Osman.
Mereka bergelak tawa dengan Osman.
Mereka keluar makan cendol dengan Osman.
Mereka keluar shopping complex terkemuka dengan Osman.
Mereka jaga Osman masa demam.
Mereka bagi T-shirt yang dibalut helaian plastic bag kat Osman.
Mereka ada untuk senyum ketika Osman tak mampu senyum.
Mereka buat Osman senyum. Ketawa. Dan menangis.

Osman senang dengan mereka. Osman balik rumah. Osman nak buat group FB untuk golongan ni. Tapi Osman tak tahu nak namakan kumpulan ni. Osman selak kamus. Osman selak dan selak.

Last baru Osman jumpa 1 perkataan yang paling sesuai.

"FAMILI"

Fin.

3 comments:

Unknown said...

nice!
cerita pasal diri sendiri.
tapi....kenapa osman?

wann afzan™ said...

osman KERING??
owhhh...
patut la...

Anonymous said...

huk..hukk...sedey nye....
xde t-shirt lain ke nak bg osman pakai...??
sian osman... =(