Aku menggunakan sepenuhnya kebebasan bersuara yang dipraktikkan dalam negara-negara demokrasi pada blog ni. Kalau tak tahan, minta tutup sebelah mata.
** bukan untuk bacaan golongan lemah semangat dan lemah jantung serta perempuan-perempuan mengandung kecuali Ismeth.
***
Sepertimana yang sedia maklum sudah berkurun poll ni ada kat sebelah. 16 orang saja yang mengundi. Dulu masa mengundi Dotters paling hot banyak pula mengundi. Gua jadi musykil tiba-tiba. Mungkin korang ada buat sesuatu untuk jadikan undi korang rosak.
Optimistik.
Tanpa melengahkan masa gua tulis apa yang gua nak tulis dalam bentuk point form bagi menampakkan ketegasan ala-ala cikgu sikit.
- Hal Ehwal Agama dan Sukan : Apa yang aku fikir pun aku tak tahu. Penulisan dua benda ni sangat tak praktikal di dalam blog teater. TAPI jika ada penulis yang mahu memberikan pendapat di dalam dua benda ni boleh saja berbuat demikian. Tapi sila jangan copy paste dari note FB atau blog siapa-siapa. Dan jangan bersifat terlalu preachy. Aku ulang. Tak praktikal.
- Muzik dan Movie : Ini mungkin sedikit sinonim dengan apa yang kita buat. Jadi boleh tulis. ikut suka hati korang. Tapi mesti berlandaskan prinsip bukan mahu menganjeng tak tentu hala. Gua suka menganjeng ni tapi kalau pointless tak guna juga.
- Aktiviti dan Cerita Fiksyen : Untuk review aktiviti ni pandai-pandai senior lah. Korang dah undi, kalau korang tak tulis nanti nampak hipokrit pula. Cerita fiksyen ni gua rasa barangsiapa pun boleh tulis. Gua tak bagi had. Cerita Say O perang dengan kuda kepala manusia pun boleh. Udah nama pun fiksyen. No limit for creativity.
- Hal Ehwal Teater : Hehehehe. =)
- Penulis : Penulis yang gua hantar mesej melalui mesej FB adalah penulis yang gua amanahkan sebagai penulis tetap blog ini. Jadi sebarang tanggungjawab menulis adalah pada hujung jari anda. Gua buat keputusan ini berdasarkan penulis 30-40 entri terdahulu.
- Penulis Tamu : Gua dengan Fatin. Kami tak dibayar untuk menulis, dan kami juga tak menyertai sebarang aktiviti anda secara langsung lagi. Jadi suka hati kami mahu tulis atau tidak. Kalau tulis, bagus. Kalau tak tulis, sibuk.
- Promosi : Gua tak kenal junior. Kenal pun dalam seminggu dua sebegitu. Jadi nak menyuruh junior baca dan buka blog ini mesti lah kerja orang yang jumpa mereka setiap minggu bukan?
- Pilih Kategori : Gua bagi can setiap penulis pilih kategori penulisan mereka sendiri. Setiap seorang boleh pilih berapa yang dia nak, apa yang dia nak. Demokrasi di Malaysia, gua gunakan sepenuhnya. Pilih dan tulis dalam komen supaya bukan gua saja tau, seluruh umat manusia pun tahu. Senang cakap macam lu isi kontrak dalam ni.
- Pelajar : Selaku seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai bidang dan juga akademik, gua faham masa anda terhad. Mana nak buat assignment lagi. Tapi gua harap lu dapat cari masa terluang untuk tulis sesuatu dalam ni. Sebulan sekali pun boleh. Internet free, laptop depan mata. Gua merayu untuk anda cari masa terluang di samping buat assignment, projek, main FB dari pagi sampai ke pagi, tengok wayang dan sebagainya. Gua faham tahap busy anda.
- Gua Hensem dan Seksi : Point ni memang dah tak boleh disangkal sejak azali.
Bahasa dalam sini agak direct, kasar dan mungkin menjurus kepada pergaduhan. Aku tak kuat tapi aku ada Diana Daniele.
Jadi minta jangan gaduh dengan aku.
Sekian.
fin.
10 comments:
point last sekali tu paling best. point taken.
por que tu apa?
sudah. sudah.
pilih kategori apa yg nak tulis. gua nak ambil serius entri ni.
klu cm falsafah ke yg berkaitan cmne plak?
dh pilih kategori!!
smua tag tu buat sndri lah kan......srius sgt lah kan...............
cerita benar,. muzik movie dan..........game!!! tak kira nak buh jugak!
lu nak amek serius. tapi lu tulis benda2 bukan. how?
owh!~
Oh,Diana Daniele lambat lagi kot nak kahwin...
Owh...!
entri ni mmg serius. tp kita bwk santai sama2.
amacam?
Post a Comment