Tuesday, August 4, 2009
Saja nak tulis
Kali ini aku terasa seperti ingin berbakti pada blog DOT..bukan apa, aku terasa seperti.. seperti terpanggil untuk bercerita/merapu/luahan/whatever kejap kat sini. Kepada yang ada masa nak baca, terima kasih,...pada yang x mau baca, juga tak apa, no offense..
Orang kata, hidup yang bermakna adalah hidup yang penuh dengan dugaan.
Ada juga yang kata, masalah mematangkan kita. Dengan adanya masalah, diri kita lebih cekap dan tabah dalam mengaharungi hidup yang kita sendiri pun tak tahu bila penamatnya.
Dan selalunya kebanyakan orang akan bersemangat untuk mengatasi masalah itu, tak kira dengan cara yang baik mahupun kasar. Kebiasaannya juga, pelbagai rintangan extra akan wujud ketika kita hampir selesaikan masalah itu. Ketika itu, kita terasa seperti "nak terjun sungai" je(bukan bangunan, nanti mati bodoh je)..frust sebab masalah datang bertalu- talu...
Tapi bila waktu susah macam tu, selalunya akan ada kawan- kawan yang sedia di belakang, depan, kanan, kiri, atas, bawah untuk menyokong kita...biarpun takla seramai stu kelas zaman sekolah dulu..
But as long as you are here, giving me endless support and comfort, i will continue my struggle even till the end..
Itulah kelebihan bila kita kerja berpasukan. Akan sentiasa ada orang yang sedia memberi sokongan baik dari segi moral, makanan atau minuman sekalipun. Dan bila seorang gembira, yang lain turut merasa gembira.
Tetapi langit tidak selalunya cerah...
Seperti mana konsep yin yang, setiap yang putih akan ada hitamnya.setiap yang kelebihan akan ada keburukan..
Kronologinya mudah, tengok pada pasukan bola sepak. Kalau setiap pemain boleh memberi komitmen yang tinggi dari segenap aspek(datng latihan, dengar arahan jurulatih, tidak ego), maka mudahlah untuk jurulatihnya mencuba formasi, meningkatkan kemahiran pemain dan yang penting sekali akan wujud chemistry antara setiap pemain itu terhadap pasukannya. Jadi bila berlawan tak berlakulah kes fullback tak naik atas support attacking play, midfielders tak track back bila kena attack, tak ada understanding antara attackers yang menyebabkan peluang gol pergi begitu je, dan teruk sekali tak ada understanding antara defenders yang menyebabkan gol2 begitu mudah bolos..
Akhirnya hilanglah rasa percaya antara pemain dan satu "team" telah menjadi "sekumpulan pemain perseorangan"..
Jadi rasanya setakat ni je kot aku nak merapu dan bercerita..apapun aku berharap DOT akan terus maju dan happy.
Assalamualikum
Monday, August 3, 2009
Na, Na, Na, Ganu
Mu ingat saye kecek Ganu ni saye ni orang Dungung la ni kan? Nape mu ingat gitu? Saye ni bukang orang Ganu. Tapi kecek Ganu siket-siket boleh la.
Saye tulis kat sini sebab nak kabo sebenda kat semue yang bace. Tapi saye nak minta maaf dulu la. Saye tau semue mesti sibuk berlatih boria ni. Dakpe, sekejap je ni. Tapi ape-ape pun, wak yang dop pahang mende saye tulis ni, minta rujuk pada kamus Ganu bergerak anda ye. Name die Aida Najwa. Hoh, die kalau kecek Ganu ni lagi ganah dari saye ni!
Saye nulis ni sebab nak pesang kat korang semue. Kamu belatih boria sokmo tiap malang(malam) kan? Ade gocoh-gocoh dop? Saye ni bukan nape. Dop suke la tengok orang gocoh-gocoh. Satu pepatah Perancis ade mengatakang "Bakpe nak gocoh-gocoh, baek makang wantang". Kalau sebut dalam bahase Perancis sedap sikit kot.
Bereh, boh! Saye akhiri tulisang kali ni dengang sebuah lagu.
Na, Na, Na, Ganu kite!!!!!!
Saturday, July 25, 2009
Boria KDO Stupid?? WTF??
Sebarang rasa tak puas hati dengan kata-kata ini, aku minta maaf. Sekali lagi aku tegaskan, aku tak berniat untuk kecam mana-mana individu. Aku hanya mau mempertahankan maruah kami.
Friday, July 17, 2009
Menuju Puncak
Sekarang berada di kaki langit
Jatuh tersungkur setelah puas berlari
Nasib baik
Nasib baik aku punya sayap
Biarlah aku terus terbang ke Galaksi Andromeda
Tuesday, July 14, 2009
Bertemu Cinta Sejati
Monday, July 13, 2009
Tahi Bintang bukan dari Cybertron...
(Kisah hiasan, sekadar untuk lawak jenaka)
Owh, tanggal Julai, DOT juga bakal menjadi seperti geng-geng Optimus dan Bumble Bee... DOT juga bakal mengalami transformasi.. Yang dikatakang pengasas DOT sudah pun grad selepas dikatakan menikah (belum dapat dipastikan kesahihan fakta ini).. Yang dikatakan legenda DOT di samping mempunyai paras rupa pula sedang menjalani Latihan Industri di Paris (owh, spelling error, malas nak betulkan)... Lalalalalalaaaaa~
Jadi, pada Julai ini DOT bakal mengalami transformasi apabila tenaga pengajar dan idea-idea segar ibarat daun teh dari ladang akan diadaptasikan oleh muka-muka baru. Jangan gentar, walaupun sesetengah mereka mempunyai wajah dan bentuk tubuh yang ganas (Fatin, Leha dan Say O), mereka ni tak merbahaya sepertimana kolestrol pada 1 hidangan KFC.
Selain itu, DOT juga mungkin menceburkan diri dalam bidang boria. Sangat menarik. Kerana kecuali penulis yang mempunyai pengalaman mewakili UKM dalam boria pada tahun lepas, hanya Kak Leha mempunyai pengalaman bertahun-tahun sebelum dia menjadi sebulat ini, yakni ketika darjah 3...
Owh, tidak lupa DOT juga dimeriahkan dengan kehadiran jejaka kacak selain penulis dan gadis cantik dari kalangan adik-adik Tahun 1.. Baru saja bertemu dengan mereka, penulis telah mengenalpasti 1 bakat besar dari kalangan mereka iaitu saudara Syukri (tepuk2)... Kerna pada meeting sebelum ini, selain suara penulis, suara dia yang dinanti-nantikan oleh DOTters...
Buat Si Kecil Aida Najwa pula, kehadiran geng-geng Ganu beliau amatlah dinantikan.. Jelas sekali amat sukar untuk mencuri kad bank beliau pada tahun hadapan. Dan buat Amir, tahun ini adalah masanya anda menonjolkan keTrangganu-an anda.
Buat semua di UKM jangan rindukan saya... Carilah cahaya anda dalam dunia DOT, betul tak Aliaa?
"Kadang-kadang kita menoleh dan tak nampak sesiapa pun di belakang. Kadang-kadang kita pejam mata dan hanya mendengar kesunyian. Tak apa. Kerna kita tahu di garisan penamat, tangan itu sedang menunggu. Mari, bangun, berdiri dan berlari ke infiniti!"

