Suara
dia terdengar lantang dari luar koridor. Aku tahu sekarang dia sedang di kamar
mandi, mencuci pakaian kotornya sambil mendengar khusyuk lagu-lagu yang telah
diisi di dalam MP3 Sony yang baru dibelinya.
Tali
leher warna merah jambu segera aku jerutkan ke leher. Kasut hitam yang sudah
aku gilapkan semalam aku pakai dengan sepantas kilat. Beg sandang yang
terdampar di atas katil aku capai dan aku terus keluar bilik.
Langkahku
disusun kemas ke arah tangga yang berhampiran kamar mandi. Keletak keletuk
bunyi sepatu hitamku dipadamkan dek suara si dia yang lantang bernyanyi disahut
dengan bunyi bilasan pakaiannya.
Aku
memberhentikan langkahku di hadapan kamar mandi. Susuk tubuh dia jelas
kelihatan dari belakang. Tuala merah lusuh yang dipakainya menampakkan warna
kulitnya yang sawa matang. Susuk tubuhnya yang tegap mungkin adalah hasil
senaman rutinnya setiap hari.
Air
liur yang tersekat di rengkung aku telan. Sela 3 saat itu rasa paling lama
dalam hidupku bila aku akhirnya boleh membuka mulutku dan menghamburkan
kata-kata yang mudah itu.
“Basuh
baju ke?”
Tersentak
dengan suaraku, si dia lantas menoleh ke arahku menampakkan sebahagian dadanya
yang tegap, berisi dan dipenuhi bulu-bulu jarang. Earphone yang ditekup di
telinganya ditanggalkan tanda hormat mahu berbicara.
“Ha’ah.
Pegi kelas ke?” balas si dia dengan satu soalan yang terang-terang sudah tahu
jawapannya.
“Yup.
Ada presentation. Erm, kejap lagi free tak? Lunch sama jom,” ajak aku sambil
membetulkan beg sandangku. Sengaja aku menjauhi pandangannya kerana bimbang dia
dapat menghidu debaranku sekarang ini. Dadaku berkocak kencang seolah-olah
sedang digerudi dari dalam.
“Laa,
sori. Dah ada plan la,” balas si dia sambil tersenyum menampakkan wajah kesal.
Aku
tahu benar apa rancangannya. Pasti dia ingin bertemu janji dengan teman
wanitanya, gadis kacukan Cina-Jawa yang super garang itu. Aku pun tak pasti
entah apa istimewanya gadis itu sampai mampu menambat hati si dia.
“Kalau
macam tu takpalah,” kataku sambil menjuihkan bibir.
Itulah
nasibku. Nasib di dunia songsang, cinta pada yang tak patut dicintainya.
Sudah
lama aku memendam rasa cinta ini pada si dia. Mungkin si dia tidak akan pernah
sedar kehadiranku dan perasaanku ini. Tapi ini adalah jalan yang telah aku
pilih. Dan aku terpaksa harunginya walau apa sekalipun.
Aku
berpaling ingin menyusun langkah menuruni tangga. Mataku sudah mula berkaca
menahan rasa sebak
.
“Erm
dinner boleh la. Kita dinner kat mamak nak, Ismeth?”
Hatiku
berbunga kembali tatkala si dia menyebut namaku.
fin.
5 comments:
Hahah!
haha cam celaka punya brader basuh baju tu, haha!
hahahahaaha!
dr awal cakap pasal bulu aku dah dapat detect sapa brader basuh baju,
dr tajuk awal songsang aku dah gambarkan ismeth dah! har3!~
BABI. Apahal nama gua lak jd org songsang ni?
fuh...selamat gua x dikaitkan
Post a Comment