“You
tahu ke tempat ni, D?” tanya Sham sambil membetulkan tali pinggang keledarnya.
“I
tahu area ni. Kampung ni I tak familiar. Alah, you jangan risau sampai sana
kita tanya la orang,” jelas Diana sambil menelek cebisan kertas yang tercoret
alamat.
“Hmmm,
yelah,” kata Sham sambil menghidupkan enjin kereta Proton Saganya.
“You
jangan la risau Sham. I yakin kita pasti dapat jumpa balik adik beradik you
nanti.
Sham
tersenyum pada Diana. Sejak ibunya meninggal dua minggu lepas, Sham mula hilang
punca. Hidupnya menjadi tunggang terbalik, makan pakainya tidak dijaga.
Nasiblah ada Diana, teman rapatnya dari kecil lagi.
Malah,
baru-baru ini ketika peguam ibunya datang membaca wasiat dan membuka rahsia
bahawa Sham punya seorang kakak dan abang yang berlainan bapa, Dianalah yang
memberi cadangan pada Sham supaya dia pergi mencari adik beradiknya itu. Sham tahu
tindakan Diana itu adalah untuk menyedarkannya bahawa dia bukan seorang dalam
hidup ni. Tiada sesiapa ditakdirkan hidup seorang di dalam hidup ini.
“Tapi
I pelik la, kenapa mak I tak bagi tahu pasal adik beradik I ni masa dia hidup?
Even on her deathbed pun dia tak ada sebut pasal ni,” kata Sham sambil melurut
pelipisnya dengan tangan kanan sementara tangan kirinya dibiarkan mengawal
stereng keretanya.
“I
don’t know. Maybe she had her reason,” jelas Diana. Mata mungilnya memandang
Sham dari sisi. Rona kerisauan jelas terpapar di alis matanya.
“Yeah,
reason.. Tapi apa?” tanya Sham.
Soalan
itu hilang dimamah udara kerana mereka masing-masing bingung dengan tindakan
ibu Sham. Mungkin benar dia ada alasannya sendiri.
***
Kereta
Proton Saga itu diparkir serong di tepi jalan kecil. Di seberang jalan,
terdapat sebuah kedai kecil yang padat dengan barangan runcit. Seorang lelaki
berkulit sawo matang dengan tee shirt warna hitam melangkah keluar dari warung
itu.
Langkahnya
dilajukan ke arah Proton Saga merah seolah-olah ada perkara yang tidak boleh
dinanti. Pintu bahagian pemandu Proton Saga itu dibuka dari luar dan lelaki itu
lekas masuk ke dalam ruang kecil kenderaan itu.
Seorang
gadis berambut pendek paras bahu yang sedang khusyuk membaca novel tersentak
dengan kehadiran lelaki itu.
“So?”
tanya si gadis.
“Dah
dekat dah. Rumah tu hujung kampung ni je,” kata Sham pendek. Kata-katanya mati
di situ. Matanya jauh merenung semak samun di hadapan keretanya, namun yang
pasti fikirannya bukan di situ.
“So,
jom lah,” ajak Diana.
“I
tak rasa macam nak pergi la,” kata Sham pendek.
“Kenapa?
Apa yang you dapat tahu? Tell me,” desak Diana.
Sham
memandang Diana perlahan-lahan. Renungannya penuh dengan kepenatan (dan mungkin
putus asa?)
“Pakcik
kat kedai tu kenal mak I. Dia cakap yang ayah tiri I tu dah lama meninggal, so
tinggal abang dengan kakak I je hidup berdua. Rupanya lama sebelum ayah tiri I
tu meninggal, mak I lari dari rumah,” jelas Sham sambil mengeluh.
“Do
you know why?”
“Kakak
I tu ada Down Syndrome. Sebab tak larat jaga dia, mak I lari pergi KL.”
Suasana
hening setelah Sham memberi penjelasan. Hanya bunyi pendingin hawa kereta yang
kedengaran seolah-olah cuba memecahkan suasana kekok itu.
“You
percaya ke?”
“I
tak tahu nak percaya apa lagi, D. Mungkin inilah sebabnya mak I tak bagitahu
pasal kakak dengan abang I, sebab dia malu!” tegas Sham, kedua tangannya
menggenggam erat stereng keretanya, menahan rasa.
“So
apa yang you nak buat sekarang?” tanya Diana pada Sham.
Sham
menghela nafasnya perlahan-lahan. Apa yang patut dia buat sekarang?
to be..
No comments:
Post a Comment