Kereta
Proton Saga Merah itu diparkir di hadapan rumah kayu itu. Rumah kayu itu jelas
sudah tua dimamah usia, kayunya sudah berwarna perang gelap dan atap zinknya
sudah berkarat sana-sini. Tiang simen yang menongkat rumah kayu ini sudah
berwarna hijau gelap dek lumut yang tumbuh merata. Daun kering di serata laman
membuktikan rumah ini jelas tidak dijaga.
Kedudukan
rumah ini di pinggir kampung berhampiran dengan semak-samun dan hutan
menyebabkan ia lokasi terbaik untuk sebarang imaginasi seram penduduk kampung.
Namun bagi Sham, rumah usang di pinggir kampung ini menyimpan 1001 rahsia yang
perlu dirungkai.
“You
sure ke ada orang tinggal kat rumah ni, Sham?” tanya Diana seraya dia menutup
pintu kereta Saga.
“This
was all your idea, D,” kata Sham sambil tersenyum nipis. Takut, mungkin.
Kurang
sejam sebelum ini, Sham menyimpan ragu sama ada mahu ke rumah usang ini ataupun
tidak. Dia tidak mahu dibayangi memori kesilapan ibu kandungnya yang dia
sayangi.
“So
you nak balik? Kita datang all the way dari KL, and you nak balik?” teriak
Diana di dalam ruang kereta Saga itu.
“I
sebenarnya jealous dengan you tahu tak? You ada mak yang sungguh kuat. Ingat
bila ayah you meninggal? Apa yang dia cakap? Life goes on. LIFE GOES ON, DUDE!
So you nak balik KL, sulking all over again?” teriak Diana lagi. Mukanya merah
padam menahan geram. Matanya berkaca menahan sebak.
Sham
terdiam memandang stereng keretanya. Mulutnya membisu, kelu untuk berkata-kata.
Diana
meletakkan tangan kanannya pada dada Sham.
“Mak
you masih ada lagi, Sham. Dia ada kat sini. Sekarang you tanya dia, apa yang
you patut buat sekarang. Be a coward or be a man like she raised you to be,”
kata Diana perlahan. Titisan jernih mengalir halus di pipi tembamnya.
Dan
itulah yang membawa Sham ke sini. Ke hadapan rumah usang yang menyimpan 1001
rahsia kehidupan ibunya.
Mungkin
persoalan itu akan terjawab sebentar lagi. Mungkin jawapan persoalan itu adalah
sesuatu yang tak ingin Sham tahu, tapi kata-kata ibunya masih tengiang-ngiang
di telinganya. Life goes on, hidup mesti diteruskan. Ya, walau apapun terjadi
hidup mesti diteruskan.
Bila
dia terlibat di dalam kemalangan dan dia terpaksa mengulang satu tahun
pengajian. Bila ayahnya meninggal akibat sakit jantung semasa meraikan hari
jadi ibunya. Bila ibunya sendiri meninggal dunia setahun selepas pemergian
ayahnya. Hidup mesti diteruskan.
Walau
apa pun jawapan persoalan ini, hidup mesti diteruskan. Hidup akan diteruskan.
Sham
merenung Diana sambil tersenyum. Gadis yang berperangai seakan lelaki itu dari
kecil berada di sisinya, masih dan akan terus.
“What?”
tanya Diana apabila Sham merenung kosong padanya.
“Tak
ada apa-apa. I ingat balik nanti I nak masakkan you siakap 3 rasa,” jelas Sham
sambil tersengih seraya dia mengalihkan pandangannya dari Diana.
“Heh,
you reti masak ke masalahnya?” perli Diana sambil mencebik.
Sham
tersenyum dalam diam. Kata-kata Diana 5 tahun lepas ketika mereka makan bersama
di Medan Ikan Bakar masih jelas dalam memori Sham.
“Oh
my god! Sedapnya, apa ni Sham?” tanya Diana yang pada ketika itu menyimpan
rambut pendek seakan lelaki.
“Jangan
la gelojoh sangat, gila. Ni la ikan siakap 3 rasa,” jelas Sham sambil tersenyum
perli pada kawan karibnya itu.
“So
its decided then. Mana-mana lelaki yang dapat masak siakap 3 rasa sedap macam ni,
konfirm I kahwin dengan dia!” kata Diana sambil mengunyah laju ikan siakap 3
rasa di dalam mulutnya.
‘konfirm I kahwin dengan dia,’ kata-kata
Diana pada masa itu masih jelas dalam ingatan Sham.
Sham
menghela nafasnya sekali lagi. Memori dia dengan ibunya dan Diana mengukuhkan
lagi langkahnya ke pintu rumah usang itu.
Dia
menjeling pada Diana yang berada di belakangnya.
Perlahan-lahan
daun pintu dikuak dari dalam.
to be..
No comments:
Post a Comment